omniture

CGTN:Pendekatan berpusatkan rakyat: China akan teruskan peningkatan usaha pencegahan bencana

CGTN
2023-11-15 16:22 38

BEIJING, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- China berkata ia akan terus mendukung pendekatan berpusatkan rakyat dan mempercepatkan kemajuan dalam meningkatkan pencegahan bencana, mitigasi dan keupayaan bantuan, tatkala Beijing, Wilayah Hebei dan beberapa pelosok lain negara ini dilanda oleh banjir dan bencana geologi yang disebabkan oleh curahan hujan yang ekstrem pada lewat bulan Julai dan awal bulan Ogos.

Pada hari Jumaat, Presiden Cina Xi Jinping melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir pada musim panas ini di Beijing dan Wilayah Hebei, di mana beliau memeriksa kerja-kerja pembinaan semula pascabencana. Memandangkan musim sejuk menghampiri di utara China, Xi menyeru untuk menggandakan usaha bagi menangani masalah keselamatan dan mengukuhkan hubungan yang lemah, sekali gus mempercepatkan kemajuan dalam menambah baik sistem dalam projek-projek pencegahan banjir serta pengurusan kecemasan.

Di sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan sementara di Mentougou, Beijing, Xi berbual-bual bersama pelajar dan berkata beliau gembira dapat melihat wajah mereka yang tersenyum setelah dapat kembali ke sekolah mengikut jadual. Beliau menggesa usaha peningkatan pendidikan keselamatan kanak-kanak bagi meningkatkan kesedaran mereka.

Presiden Cina itu, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, kemudian bertemu dengan ahli-ahli keluarga mangsa korban yang meninggal dunia semasa berkhidmat pada musim banjir dan mengucapkan takziah. Beliau turut berbual-bual bersama ahli-ahli dan kader-kader Parti akar umbi yang mengambil bahagian dalam kerja-kerja pencegahan banjir dan bantuan bencana.

Peningkatan usaha pencegahan bencana

Xi turut mengadakan lawatan ke sebuah kampung di perbandaran Miaofengshan pada hari itu, yang mana beliau memeriksa kerja-kerja pengukuhan infrastruktur tempatan.

"Selepas banjir besar, pembinaan dan penambahbaikan yang ekstensif perlu dilaksanakan dan dalam masa yang sama meningkatkan dengan ketara tahap kemudahan penjimatan air dan kemudahan kawalan banjir," kata Xi kepada pihak berkuasa tempatan, menggesa integrasi pembinaan semula bencana dan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Beliau turut menyeru penambahbaikan dengan cara yang saintifik, menyatakan khususnya bahawa penggiatan semula kawasan luar bandar dan pembinaan tamadun ekologi haruslah dilaksanakan semasa proses pembinaan semula dalam usaha penambahbaikan pencegahan bencana, mitigasi dan keupayaan bantuan yang komprehensif.

Beliau turut menegaskan perlunya untuk memajukan sistem pengurusan kecemasan untuk kedua-dua peringkat akar umbi bandar dan luar bandar agar dapat memastikan keupayaan untuk menyelamatkan diri dan menyelamat bersama.

https://news.cgtn.com/news/2023-11-10/Xi-inspects-post-flood-reconstruction-in-Beijing-Hebei-1oCBdHf1DFK/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Public Safety