omniture

Modul Vertex S+ Clear Black Trina Solar beri kuasa projek demonstrasi PV dengan prestasi tinggi, keindahan dan kelestarian

Trina Solar Co., Ltd
2023-11-15 16:57 78

CHANGZHOU, China, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Pembinaan projek loji janakuasa fotovolta demonstrasi dengan modul-modul disediakan oleh Trina Solar telahpun siap di Institut Pembangunan Mampan Delta Sungai Yangtze di Shanghai. Loji tersebut, dengan jumlah kapasiti terpasang mencecah 26.66 kW, diramalkan menjana 26,853 kWj dan mengurangkan emisi CO₂ sebanyak 22.5 tan setiap tahun.

Modul-modul di loji itu dipasang di atas koridor, memerlukan estetik bumbung. Modul Vertex S+ Clear Black Trina Solar berupaya menggalas tugas itu, yang telahpun memenangi German Design Award pada tahun ini.

Modul ini, dilancarkan dalam bulan Februari, menjana kuasa sehingga 445W dan memiliki kecekapan 22.3%. Ia mencapai keseragaman yang tinggi antara semua sel dan antara sel serta bingkai, seterusnya memberikan integriti reka bentuk kepada bahagian luar bangunan. Sesungguhnya, modul ini telah menetapkan trend baharu dalam inovasi estetik PV dalam pasaran kediaman sederhana dan mewah global.

Ia menggabungkan teknologi sel dwimuka dengan enkapsulat lutsinar demi estetik yang sempurna dalam persekitaran aplikasi seperti bangsal kereta, ruang awam dan projek pertanian dengan perolehan kuasa tambahan daripada bahagian belakan modul.

Menggabungkan teknologi sel wafer silikon segi empat tepat 210mm (210R) dengan teknologi canggih i-TOPCon jenis-n, siri modul ini menyediakan kuasa tinggi, kecekapan dan output kuasa sepanjang hayat terjamin. Struktur dwikaca ringan berukuran 1.6mmx1.6mm memastikan keandalan dan keselamatan modul yang amat tinggi. Di samping itu, panel dwikaca Vertex S+ adalah sangat mesra alam kerana ia diperbuat dengan lebih banyak kaca berbanding panel lembaran belakang tradisional, lalu mengurangkan emisi karbon semasa pengeluaran sebanyak 11%.

Projek institut berkenaan, sambil mengekalkan gaya taman yang klasik, mengguna pakai beberapa teknologi canggih untuk mewujudkan persekitaran rendah karbon, sejahtera, pintar dan selesa. Kuasa elektrik yang dijana akan dimanfaatkan untuk kegunaan harian di pusat pameran institut berkenaan. Ia menjadi contoh sempurna bagi meneroka amalan pengurangan karbon kitaran hayat penuh dalam bidang pembinaan dan akan menjadi projek demonstrasi bagi meninjau model baharu transformasi karbon hampir sifar dan mencapai matlamat pembangunan mampan di Delta Sungai Yangtze serta dalam keneutralan karbon nasional dan juga global.

Trina Solar komited untuk menerajui jalan dalam penyelesaian PV pintar dan storan tenaga serta memudahkan transformasi sistem kuasa baharu demi masa depan sifar bersih. Syarikat ini akan terus memanfaatkan kelebihan teknologi dan produknya yang luar biasa serta bekerjasama dengan pihak-pihak lain demi membina masa depan yang lebih lestari.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues Cision Influencer List - ESG