omniture

'Elon, Bawa Kami Juga!', Iklan XOOX di Times Square Menonjolkan Impian Penerokaan Angkasa Lepas Haiwan Peliharaan, Menjadi Tajuk Besar

XOOX
2023-11-15 22:00 50
  • Dengan Pelancaran PNS Eksklusif-Haiwan Peliharaan 'XOOX,' Strategi Pemasaran Bukan Konvensional Didedahkan

NEW YORK, 15 November 2023 /PRNewswire/ -- Pesanan yang mengekspresikan impian penerokaan angkasa lepas oleh haiwan peliharaan muncul pada papan iklan besar di New York Times Square.

Pada 11 November, sebuah video ditayangkan pada skrin 'One Times Square' berukuran 61-meter-panjang, menunjukkan adegan pelancaran SpaceX Starship berserta pesanan: 'Hai, Elon! Jom kita hantar haiwan peliharaan kesayangan XOOX kita dalam Starship ke planet Marikh untuk mencipta sejarah. Bersama-sama, kita jadikan impian ini suatu kenyataan!' Pesanan ini ditujukan kepada Elon Musk, pengasas SpaceX, mencadangkan untuk membawa haiwan peliharaan dalam perjalanan Starship ke planet Marikh, bertujuan untuk mencipta sejarah bersama-sama. Video itu dihasilkan pada aplikasi perkhidmatan rangkaian haiwan peliharaan (PNS) eksklusif-haiwan peliharaan XOOX, dilancarkan secara global pada hari yang sama, berdasarkan kepada cabaran kandungan bentuk pendek.

XOOX ialah aplikasi yang dikendalikan melalui akaun haiwan peliharaan, bukan akaun manusia. XOOX menyediakan fungsi perkhidmatan yang menganalisis corak di sekeliling kelopak mata dan mata haiwan peliharaan untuk mendaftarkan ID biometrik Pengecaman Wajah mereka dan kemudian mengesahkan identifikasi mereka. Haiwan peliharaan yang memiliki akaun pada aplikasi ini boleh berkongsi kehidupan harian mereka sebagai watak utama, berinteraksi dengan pengikut, malah menjadi pempengaruh dengan mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran. Kristen Kim, pengurus perhubungan awam (PR) di XOOX, menjelaskan, "Dalam XOOX, manusia hanyalah sekadar penjaga (Petlers)." Beliau menambah, "Ia merupakan perkhidmatan rangkaian sosial pertama di dunia yang mana haiwan peliharaan terlibat secara aktif sebagai pengguna utama." Bersama-sama aplikasi utamanya yang berasaskan kepada cabaran kandungan bentuk pendek, XOOX memperkenalkan pelbagai aplikasi haiwan peliharaan khusus, termasuk muzik eksklusif-haiwan peliharaan, kit diagnostik urin dan permainan.

Di samping itu, aplikasi yang mengintegrasikan DNA dan MBTI haiwan peliharaan, berdasarkan kepada keluaran aplikasi kit diagnostik urin haiwan peliharaan dengan kerjasama Medical Cloud, sebuah syarikat analisis genetik global yang menggunakan teknologi NGS, turut dirancang untuk dilancarkan.

Keith Kim, Pengerusi XOOX Foundation, menyatakan, "Bilangan haiwan peliharaan terus bertambah, namun undang-undang yang berkaitan adalah kurang secara realitinya." Beliau menegaskan, "Walaupun perpaduan global adalah mencabar lantaran perbezaan kaum, agama, politik dan budaya, kita boleh bersuara lebih lantang bersama-sama untuk haiwan peliharaan. Melalui XOOX Foundation, kami akan memperjuangkan reformasi undang-undang bersama-sama pemilik haiwan peliharaan."

Apabila menyertai XOOX, 1 peni akan didermakan secara automatik kepada yayasan ini. Di samping itu, XOOX menganugerahkan mata XOOX kepada ahli-ahlinya. Ahli-ahli boleh menggunakan mata yang diperoleh ini dengan memuat naik video, foto atau mengambil bahagian dalam cabaran aplikasi.

Syarikat: XOOX LAB,INC
Alamat Laman Web: www.xoox.pet
Individu untuk Dihubungi: Kristen Kim
Alamat emel: Press@xoox.pet

Source: XOOX
Related Stocks:
Korea:035720 Korea:035720.KS
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Social Media Telecommunications Animals/Pets New products/services Not for profit Cloud Computing / Internet of Things