omniture

CGTN: Pegawai antarabangsa jangkakan pertemuan Xi-Biden untuk cari jalan yang sesuai untuk perbaiki hubungan China-A.S.

CGTN
2023-11-16 08:55 55

BEIJING, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2023 bakal bermula di San Francisco. Pertemuan yang akan datang antara ketua negara China dan A.S. amatlah dinanti-nantikan.

Para pegawai daripada organisasi-organisasi antarabangsa berpengaruh dan Amerika Syarikat bersetuju bahawa hubungan China-A.S. yang baik penting khususnya pada masa kini dan perbualan dua hala bersedia untuk membawa optimisme dan peluang kepada dunia.

Pertemuan Xi-Biden dijangka bawakan 'dos optimisme yang kuat'

Rebecca Fatima Sta Maria, pengarah eksekutif Sekretariat APEC berkata, "Hakikat bahawa dua ekonomi terbesar yang penting ini berada di sini untuk mengadakan perbualan yang sangat penting, perbualan yang mustahak, pada masa ini benar-benar membuka pintu kepada peluang yang lain untuk dunia."

"Ia membawakan dos optimisme yang kuat apabila tahun ini hampir melabuhkan tirai dan bermula tahun yang akan datang," kata beliau.

Beliau menambah bahawa negara-negara harus melihat kepada faedah-faedah yang lebih holistik yang dapat mendorong pertumbuhan global dari perspektif yang lebih luas.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama CGTN, bekas Ketua Pengarah WTO Roberto Azevedo berkata beliau berharap A.S. dan China dapat mencari jalan untuk melangkah ke hadapan melalui pertemuan itu, memandangkan persekitaran yang lebih positif antara dua kuasa besar ini "sememangnya menjadi asas untuk dunia berasa lebih selamat, untuk merasakan bahawa kita melangkah di laluan yang betul."

Beliau mencadangkan agar kedua-dua pihak bersikap terbuka untuk berbincang dan bersedia mendengar perkara yang tidak mereka senangi.

Gita Gopinath, timbalan pengarah urusan pertama IMF, memberitahu CGTN bahawa amat penting untuk China dan A.S. serta untuk ekonomi global menjalin hubungan yang erat dan hubungan kerja yang baik. "Perlu ada cara untuk kedua-dua negara dapat saling bekerjasama," kata beliau.

Sementara itu, bekas Setiausaha Tenaga A.S. Steven Chu memberitahu CGTN dalam satu temu bual bahawa "penyahgandingan" antara A.S. dan China merupakan "idea yang buruk", menambah bahawa sekiranya mereka berbuat demikian, sekecil manapun kepercayaan yang tinggal akan mula hilang.

Mengambil maklum bahawa China telah muncul sebagai pengusaha penting dan ekonomi kedua terbesar di dunia, Chu berkata A.S., China dan Eropah perlu bekerjasama dengan erat bagi mencapai karbon sifar.

Titik permulaan baharu untuk pertukaran sesama rakyat

Philadelphia Orchestra kembali ke China 50 tahun selepas perjalanan bersejarahnya dalam tahun 1973 apabila ia menjadi orkestra Amerika pertama yang mengunjungi negara ini.

Mulai 9 hingga 18 November, ia mengadakan konsert dan menganjurkan aktiviti residensi di Beijing, Tianjin, Suzhou dan Shanghai.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama CGTN, Tristan Rais-Sherman, penolong konduktor Philadelphia Orchestra berkata, "Kami benar-benar teruja untuk meraikan acara yang bersejarah ini dan juga detik yang bersejarah ini."

Penolong konduktor itu berkata beliau berharap kunjungan itu dapat menjadi titik permulaan yang baik dan orkestra Amerika yang lain akan meneruskan kemunculan semula untuk bermain buat khalayak Cina.

Selepas konsert Philadelphia Orchestra di Beijing, Duta A.S. ke China Nicholas Burns memberitahu CGTN bahawa muzik menyatukan kedua-dua negara ini. "Pada tahun 1973, orkestra ini datang ke sini dan menyatukan kedua-dua negara ini; kini kita berada pada zaman yang lain, yang mana kedua-dua negara ini berhubung semula, begitu juga dengan pemimpin kita, kerajaan kita dan juga rakyat kita."

China dan A.S. turut menyaksikan penerbangan penumpang terus yang berkala meningkat sekali lagi bermula pada 9 November, membawa lebih banyak pertukaran sesama rakyat antara kedua-dua negara ini.

San Francisco, bandar tuan rumah bagi mesyuarat APEC yang akan datang, bersiap sedia untuk menarik perhatian global dengan hubungan budaya dan ekonominya yang mendalam dengan rantau Asia-Pasifik, yang dapat dilihat daripada Chinatown yang bersejarah dan hakikat bahawa sepertiga daripada penduduknya mempunyai keturunan Asia atau Kepulauan Pasifik.

Menggambarkan bandar tersebut sebagai pintu masuk ke Asia Pasifik, London Breed, Datuk Bandar ke-45 San Francisco berkata bandar tersebut berharap dapat membina jambatan dan hubungan yang lebih baik. Breed menambah bahawa beliau tidak sabar-sabar untuk melihat pelancong Cina.

Dengan tanglung yang sentiasa tergantung di Chinatown bandar itu sepanjang tahun, Breed berkata bandar tersebut memastikan ia "bersinar lebih cerah di APEC".

https://news.cgtn.com/news/2023-11-15/Xi-Biden-meeting-expected-to-find-right-path-improve-bilateral-ties-1oJGBuvMShq/index.html   

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service