omniture

Wujudkan daerah harapan dengan cara digital

Guizhou Daily
2023-11-16 09:04 27

BIJIE, China, 16 November 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh Guizhou Daily:

"Tanah ini digunakan bagi mengumpul data untuk Sistem Pemulihan Ekologi Tanah. Setelah pengumpulan data selesai, kami akan memulangkan kembali tanah ini kepada penduduk kampung."

Huang Mingli, seorang pelajar daripada Bijie Vocational and Technical College, memperkenalkan Sistem Pemulihan Ekologi Tanah kepada wartawan. Sukar untuk membayangkan bahawa beliau telahpun menjadi orang yang sah bagi sebuah syarikat, memandangkan beliau baru berumur 22 tahun.

Bahkan, beliau tidak berbeza dengan rakan-rakan sebaya beliau pada masa lalu. Beliau mula berubah pada hari beliau berada di sebuah tempat yang dikenali sebagai "Digital Courtyard".

Students who have participated in the Apprentice of Metaverse program (Source: Chen Dehui)
Students who have participated in the Apprentice of Metaverse program (Source: Chen Dehui)

Pada tahun 2019, Jawatankuasa Pusat Parti China Zhi Gong memilih Komuniti Shuangyan, Pekan Zhuchang, Daerah Qixingguan, Bandar Bijie sebagai komuniti perintis untuk penggiatan semula luar bandar dan melantik Pan Zhiyuan, ahli Parti China Zhi Gong, sebagai setiausaha pertama komuniti itu untuk membina tapak pembiakbakaan ekologi pintar. Secara kebetulan, Chen Dehui, selaku ahli Jawatankuasa Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Pusat, Parti China Zhi Gong, mempunyai pengalaman tertentu dalam bidang itu. Maka, atas jemputan daripada Pan Zhiyuan, Chen Dehui dan pasukan beliau datang ke Bijie untuk memulakan projek WuMeng Red Black Phenix yang memerlukan kehebatan minda pada skala yang besar.

"Terdapat lebih daripada sembilan juta pemastautin berdaftar dengan umur median sekitar 32 tahun, iaitu lebih rendah daripada umur median penduduk Shenzhen." Selepas mempelajari tentang kelebihan sumber manusia Bijie, satu idea muncul dalam fikiran Chen Dehui.

Pada tahun 2022, di bawah sokongan kewangan dan intelek yang disediakan oleh Jawatankuasa Pusat Parti China Zhi Gong dan Daerah Tianhe, Bandar Guangzhou, beliau dan pasukan beliau menubuhkan "Digital Courtyard" di Kampung Luosi, Pekan Zhuchang, Daerah Qixingguan, Bandar Bijie dan mula bekerjasama dengan Bijie Vocational and Technical College.

Belajar di "Digital Courtyard" merupakan suatu pengalaman baharu kepada pelajar senior Bijie Vocational and Technical College. "Apabila saya memasuki kolej, saya tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti saya akan menjadi seorang 'petani'. Namun kemudiannya, saya mendapati ia cukup bermakna," kata Wang Yang, seorang pelajar daripada Bijie Vocational and Technical College.

Tatkala kerjasama itu diteruskan secara mantap, model pengajaran dan pembelajaran baharu terbentuk secara beransur-ansur. Chen Dehui menamakannya Apprentice of Metaverse yang melibatkan empat langkah: pendidikan inovasi digital, latihan perkhidmatan sosial, bantuan digital dan sumbangan kecerdasan digital.

Menurut Chen Dehui, mereka berpegang kepada idea untuk melaburkan ilmu terlebih dahulu, kemudian modal. Ketika ini terdapat enam subsidiari yang ditubuhkan oleh BiJie HengQu Information Technology Co., Ltd, mempunyai pelajar daripada Bijie Vocational and Technical College sebagai entiti undang-undang dan pemegang saham serta mengendalikan empat projek milik sendiri dan enam projek luar. Hanya dengan mengambil pesanan dengan harga seunit bermula daripada 30,000 hingga 50,000 yuan, pendapatan tahunan bahagian pembangunan perisian mencecah lebih daripada satu juta yuan.

Kini "Digital Courtyard", dengan program Apprentice of Metaverse sebagai terasnya, beroperasi seperti mata air yang tidak pernah kehabisan air, terus menyampaikan bakat dan perkhidmatan teknikal kepada kawasan luar bandar Bijie dan timur China.

"Golongan belia Bijie mempunyai keinginan yang kuat untuk berkembang maju. Saya rasa mereka merupakan penyumbang penting, malah pemimpin dalam proses penaiktarafan dan transformasi digital yang komprehensif dalam masyarakat ini." Chen Dehui masih ingat lagi, kanak-kanak itu gementar dan berasa tidak yakin pada diri sendiri apabila mereka mula tiba di "Digital Courtyard". Namun kini, beliau merasakan sesuatu yang berbeza.

Apabila ditanyakan tentang perasaan beliau mengenai empat tahun lalu di Bijie, beliau hanya menjawab dengan lima patah perkataan yang ringkas: "Sebuah daerah penuh dengan harapan."

Source: Guizhou Daily
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Cloud Computing / Internet of Things