omniture

Produk Kehidupan Pintar Hisense Diberi Pengiktirafan dengan Anugerah Inovasi CES 2024

Hisense
2023-11-17 14:36 76

QINGDAO, China17 November 2023 /PRNewswire/ -- Tiga produk daripada Hisense, syarikat elektronik dan perkakas pengguna global, telahpun diiktiraf sebagai penerima Anugerah Inovasi CES® 2024: 110 UX, Sistem Tayangan Dalam-Kenderaan dan Pembasuh Pinggan Mangkuk Terbina-Dalam Pintar.

Anugerah Inovasi CES tahunan daripada Consumer Technology Association (CTA), organisasi di sebalik CES, mengiktiraf reka bentuk dan kejuruteraan yang cemerlang dalam produk teknologi pengguna baharu.

Revolusi berpacukan-Senario dalam Teknologi Paparan

Sebagai perintis dalam inovasi industri LED, Hisense telah mencapai tahap kecerahan dan kualiti imej realistik yang belum pernah dicapai sebelum ini dengan teknologi ULED X. Ini merupakan kemuncak pengalaman penyelidikan dan pembangunan Hisense selama lebih sepuluh tahun, menandakan puncak kualiti gambar LED untuk hiburan rumah.


110 UX Hisense – Pengiktirafan dalam kategori Komponen & Aksesori Audio & Video memperlihatkan lonjakan yang sangat besar untuk Hisense dalam inovasi paparan LED. 110 UX memperkenalkan tahap kejituan paparan serta prestasi baharu dengan menggabungkan lebih 40,000 zon cahaya belakang pada skrin 110-inci yang luas, meminimumkan kebocoran cahaya belakang dan meningkatkan kontras. Menampilkan teknologi Mini LED yang berkuasa tinggi mencapai tahap kecerahan sehingga 10,000 nit yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang meningkatkan kontras dan julat dinamik dengan ketara.


Sementara itu, Hisense turut membawakan teknologi paparan yang canggih kepada industri automotif menerusi Sistem Tayangan Dalam-Kenderaan pertamanya yang diiktiraf dalam kategori Hiburan Dalam-Kenderaan. Dengan mengintegrasikan dengan lancar HUD holografik laser berprestasi tinggi Hisense, paparan tayangan berpanorama dan sistem tayangan pencahayaan luar, Hisense merevolusikan interaksi dengan kenderaan terhubung pintar.

Kehidupan Pintar Masa Depan di Rumah

Sejak memperkenalkan peti sejuk saiz penuh pertamanya ke A.S. dalam tahun 2019, Hisense terus meluaskan katalog perkakas rumahnya, yang berkembang untuk menyertakan rangkaian gas dan elektrik, ketuhar gelombang mikro atas dapur, pembasuh pinggan mangkuk serta alat pendingin wain & minuman.

Pembasuh Pinggan Mangkuk Terbina-Dalam Pintar baharu menerima pengiktirafan untuk fungsi pintar dan reka bentuknya. Dengan pembasuh pinggan mangkuk pintar yang terkini daripada Hisense, pengguna boleh memuatkan pinggan mangkuk mereka, memilih program pencuci dan menambah detergen secara automatik pada pinggan mangkuk dalam kuantiti tepat yang diperlukan untuk setiap cucian.


"Anugerah ini hanyalah permulaan apa yang akan datang untuk perkakas rumah Hisense," kata David Gold, Presiden Hisense Americas. "Dengan pasukan yang berpengalaman di A.S. yang menumpukan perhatian pada prestasi produk yang berkualiti dan membangunkan inovasi baharu, perkakas Hisense akan terus bertambah baik dan berkembang maju pada kelajuan yang amat pantas. Kami tidak sabar-sabar untuk memperkenalkan pelbagai jenis produk baharu sepanjang beberapa tahun akan datang dan mengukuhkan kedudukan Hisense sebagai peneraju kategori bukan sahaja di A.S., bahkan di seluruh benua Amerika."

Hisense akan memperkenalkan buat julung kalinya inovasi yang memenangi anugerah ini di CES® 2024 mulai 9-12 Januari di Dewan Tengah, Reruai 18217, Pusat Konvensyen Las Vegas.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards New products/services Trade show news