omniture

Kampus Pintar Karbon Sifar Bersih, dibina oleh Yancheng Power Supply Company of State Grid Jiangsu dan Huawei, Menang Energy Globe Award

Huawei
2023-11-21 14:13 209

SHENZHEN, China, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, majlis penyampaian Energy Globe Award telahpun diadakan di Shenzhen. Kampus Pintar Karbon Sifar Bersih di Wilayah Jiangsu, China, disempurnakan secara bersama oleh Huawei dan State Grid, merupakan satu-satunya projek Cina yang menerima anugerah ini. Anugerah ini mengiktiraf sumbangan cemerlang yang dibuat oleh Yancheng Power Supply Company of State Grid Jiangsu dan Huawei Electric Power Digitalization BU dalam bidang peralihan tenaga serta pembangunan hijau dan mampan. Birgit Murr, Konsul Komersial dan Pemangku Ketua Konsulat Jeneral Austria di Guangzhou serta penyampai anugerah, menyatakan bahawa "Kampus Pintar Karbon Sifar Bersih di Wilayah Jiangsu, China telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai model untuk keneutralan karbon global serta pembangunan mampan."

Birgit Murr presenting the award to Wang Sheng, General Manager of State Grid's Jiangsu Yining Energy Industry Group, and Dr. Anthony Hu, Chief Expert of Huawei's Electric Power Digitalization BU
Birgit Murr presenting the award to Wang Sheng, General Manager of State Grid's Jiangsu Yining Energy Industry Group, and Dr. Anthony Hu, Chief Expert of Huawei's Electric Power Digitalization BU

Dianjurkan oleh Global Energy Foundation bebas dari Austria dan ditaja bersama oleh organisasi-organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Pembangunan Perindustrian PBB (UNIDO) dan Kementerian Tindakan Iklim Persekutuan Austria, anugerah tersebut disampaikan kepada sebilangan kecil penerima yang dikurangkan bilangannya daripada lebih 1000 projek. Pakar-pakar tenaga global terkemuka membuat pemilihan mereka sepanjang beberapa pusingan untuk mencari calon terbaik.

Projek pemenang anugerah ini diketuai oleh Anthony Hu daripada Huawei dan berdasarkan kepada model transformasi T3 yang dicadangkan oleh beliau bagi transformasi tenaga, transformasi karbon sifar dan transformasi digital. Peserta-peserta projek ini membina tiga aplikasi senario yang memfokuskan untuk mengurus tenaga pintar, karbon sifar pintar dan kampus pintar.
Menjangkau seluas 25.7 ekar, projek ini mencakupi 134,000 meter persegi pembinaan mesra alam yang berfokuskan pada prinsip-prinsip seperti reka bentuk hijau, kecekapan ekonomi, kecerdasan, perkongsian dan berperanan sebagai demonstrasi. Menerima lima nilai teras - bekalan tenaga karbon sifar bersih, penyelarasan berbilang tenaga, kecekapan tenaga optimum, pemerkasaan digital dan inovasi rentas sempadan - projek ini mengintegrasikan sistem tenaga boleh baharu, terpusat dan teragih, hidrogen dan storan tenaga.

Di samping itu, projek dan penyelesaian ini memenangi Hadiah Juara di Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2022 dalam bulan Jun 2022 dan dianugerahkan sebagai salah satu daripada 10 Projek Global Terbaik untuk Hadiah Kelestarian Paulson 2022. Teori, seni bina dan model utama projek ini telah memenangi dua anugerah untuk Kertas Kajian Terbaik dan Laporan Terbaik di Persidangan Antarabangsa IEEE mengenai Internet Tenaga dan Integrasi Sistem Tenaga serta Forum Pembangunan Kuasa dan Tenaga Antarabangsa 2023.

Ketahui lebih lanjut mengenai Energy Globe Award di:
https://www.energyglobe.info/

Untuk maklumat lanjut tentang hadiah, sila rujuk:
Yancheng Low-Carbon and Smart-Energy Innovation Park: From Low Carbon to Zero Carbon.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian dan amalan Huawei dalam industri kuasa elektrik, sila kunjungi Huawei Electric Power.

Source: Huawei
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Utilities Awards