omniture

Soomro: Pakar global menyoroti peluang dalam sains untuk anak muda

China Daily
2023-11-21 14:54 60

BEIJING, 21 November 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada China Daily: 

 

Di hadapan kamera, Manzoor Hussain Soomro, 67, berpakaian sut, kelihatan amat bersemangat. Berbicara tentang peranan belia dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), beliau melemparkan pandangannya kepada para sukarelawan yang hadir dengan keterujaan yang terzahir. "Mereka merupakan masa depan," kata beliau. "Mereka lebih bersemangat berbanding generasi kita dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan teknologi moden dan mereka juga merupakan pemimpin masa depan dunia."

Ini merupakan kali ketujuh Profesor Manzoor Hussain Soomro mengambil bahagian dalam Kem Penggerak Remaja dan Bengkel Guru Jalur dan Jalan. Kelibat guru dan pelajar dari Azerbaijan, Iran, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pakistan, Tajikistan, Uzbekistan, negara-negara sepanjang Jalur dan Jalan, serta sukarelawan Cina yang bekerja di tempat itu, membuatkan beliau kagum dengan matlamat acara itu: untuk memanfaatkan kuasa belia. Bekalan bakat yang mampan merupakan faktor penentu untuk pertumbuhan dalam bidang sains dan teknologi serta selanjutnya.

Landasan kereta api, jalan raya dan jambatan membawa masuk jurutera

"Sains dan teknologi berkuasa. Bagi negara-negara dengan golongan muda yang tidak mahir dalam pembangunan dan aplikasi teknologi, mereka harus mencari peluang kerjasama untuk mengejar," kata Soomro. Guru Pakistan itu komited untuk menyelidik tentang kolaborasi saintifik dan teknologi antarabangsa, terutamanya kolaborasi antara rakan-rakan kongsi BRI. Beliau diiktiraf sebagai orang berpengaruh di peringkat antarabangsa sebagai Naib Presiden Konsortium Pendidikan Sains Antarabangsa Jalur dan Jalan (BRISEC) dan penerima Anugerah Persahabatan kerajaan Cina dalam tahun 2020.

Soomro merujuk kepada Pakistan, negara asal beliau, sebagai sebuah makmal untuk banyak projek kolaboratif antara China dan rakan-rakan kongsi BRI yang lain. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau melihat landasan kereta api, lebuh raya, jambatan, empangan dan projek-projek infrastruktur besar yang lain muncul di Pakistan hasil daripada kolaborasi yang erat dengan China. Setelah siap projek-projek ini, ramai warga Pakistan diambil bekerja untuk tugas penyelenggaraan harian kemudahan itu, yang selepas itu mereka akan dilatih untuk menjadi jurutera atau juruteknik dengan literasi saintifik. "Ia akan menawarkan akses yang luas kepada pendidikan sains [untuk golongan muda di negara-negara sedang membangun], kata Soomro. Sebagai sebahagian daripada BRI, latihan belia telah mengikuti peredaran zaman dan menyampaikan hasil yang luar biasa.

Remaja membesar di sebuah kampung tanpa bekalan elektrik

Soomro dibesarkan dalam keadaan miskin di sebuah kampung Pakistan yang panas tanpa bekalan elektrik dan sedikit akses kepada maklumat.

Bapa beliau, seorang petani, tidak mendapat pendidikan formal, namun bijak dalam membesarkan anak lelakinya yang masih kecil, menggalakkan rasa ingin tahunya tentang dan penerokaan dunia sains, termasuk astronomi.

Sebagai seorang pelajar, Soomro memiliki keinginan yang kuat untuk membebaskan diri daripada kemiskinan. Beliau menyukai sains dan ketika menerokainya, beliau menyedari kepentingan komunikasi dan pendidikan untuk pertumbuhan individu. Selepas menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai pertandingan sains, beliau dianugerahkan Biasiswa Merit Presiden di Pakistan dan mengembara ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian PhD. Beliau mendapat tempat secara berperingkat-peringkat di pentas antarabangsa dan terlibat dalam kolaborasi antarabangsa yang lebih banyak dan lebih besar.

Teknologi memberi akses pendidikan kepada mereka yang kurang bernasib baik

Pengalaman bekerja di UNESCO, FAO UN dan organisasi-organisasi lain membuatkan Soomro benar-benar sedar tentang peranan sains dan teknologi dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik. Pada masa lalu, di beberapa kawasan luar bandar yang terpencil, sekolah-sekolah mengalami kurang kakitangan dan kurang kelengkapan, terutamanya untuk subjek seperti fizik. Sains bersifat dinamik namun umumnya guru-guru tidak mendapat latihan yang dikemas kini. Akibatnya kualiti pendidikan mereka jauh ketinggalan berbanding kualiti pendidikan sekolah bandar. Pengenalan kepada pendidikan jarak jauh dan kolaborasi bersama guru-guru luar memungkinkannya untuk meningkatkan pendidikan di kawasan miskin dengan ketara. Walau bagaimanapun, tiada pengganti untuk interaksi secara bersemuka.

Pembelajaran diperibadikan juga lebih sesuai untuk pendidikan apabila kecerdasan buatan diperkenalkan ke bilik darjah tradisional, kata Soomro. Para pelajar boleh melaraskan kadar dan kesukaran pembelajaran mereka agar sesuai dengan keperluan mereka dan mereka yang kurang upaya serta yang bertutur dalam bahasa yang berbeza tidak lagi dipinggirkan daripada pendidikan.

"Anak muda boleh saling bekerjasama dan bukan hanya bersaing dan membandingkan antara satu sama lain." "Masa depan kerja akan berubah secara drastik, namun dapat diramalkan bahawa pemikiran krisis yang kuat, keupayaan analitikal, kebolehsesuaian dan pembelajaran yang berterusan kesemuanya akan menjadi amat penting untuk anak muda."

Melalui Kem Penggerak yang dianjurkan oleh China Association for Science and Technology serta kerajaan tempatan, beliau berkata, beliau berharap anak muda akan mencari kekuatan unik mereka sendiri, menemui diri mereka dan akan belajar untuk bekerjasama dengan orang lain sambil mengejar impian mereka. Idea beliau konsisten dengan visi BRI: memanfaatkan kekuatan seseorang agar dapat mencapai pertumbuhan yang dapat dimanfaatkan oleh semua orang.

Source: China Daily
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Publishing/Information Service Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)