omniture

Huawei perkenal biasiswa bersama ITU, mengorak langkah dalam rangkuman digital

HUAWEI TECHOLOGIES CO., LTD.
2023-11-23 13:01 32

90 juta orang dihubungkan di bawah ikrar Huawei kepada Pakatan Digital Partner2Connect ITU

DONGGUAN, China, 23 November 2023 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan ia telahpun membawa fungsi ketersambungan kepada 90 juta orang di kawasan terpencil hampir di 80 negara susulan ikrarnya kepada Pakatan Digital Partner2Connect (P2C) International Telecommunication Union (ITU). Pengumuman ini dibuat sebagai sebahagian daripada laporan kemajuan pertama Huawei sejak ia menyertai Pakatan ini tahun lalu.

Dr. Liang Hua, Pengerusi Lembaga Huawei, membuat pengumuman ini di Forum Kelestarian 2023 syarikat ini, yang bertemakan "Berkembang Maju Bersama-sama Teknologi: Merealisasikan Pembangunan Mampan." Acara tersebut turut menghimpunkan Doreen Bogdan-Martin, Setiausaha Agung ITU; Jeffrey Sachs, Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pembangunan Jalur Lebar PBB; serta wakil-wakil daripada kementerian dan pengawal selia telekomunikasi, termasuk beberapa pihak dari Pakistan dan Ghana. Para hadirin meneroka bagaimana infrastruktur digital dapat memacu pembangunan mampan dengan lebih baik dan membantu membina dunia pintar yang lebih hijau dan lebih inklusif.

"Infrastruktur digital generasi seterusnya, seperti ketersambungan dan kuasa pengkomputeran, adalah sama penting untuk memacu pembangunan sosio-ekonomi seperti infrastruktur fizikal kita, sama seperti jalan raya. Infrastruktur baharu ini akan menjadi amat penting untuk pembangunan mampan untuk semua masyarakat," kata Dr. Liang. "Pengkomputeran merupakan pemacu teras produktiviti dalam ekonomi digital. Pelancaran infrastruktur pengkomputeran yang lebih pantas akan membantu mempercepatkan peralihan digital dalam banyak industri dan menggalakkan penyepaduan yang lebih mendalam ekonomi digital dan ekonomi sebenar. Ini dapat menggalakkan lagi kestabilan ekonomi global dan juga pembangunan mampan."

Speakers from Huawei and ITU gave speeches
Speakers from Huawei and ITU gave speeches

Menambah selanjutnya kepada ulasan daripada Dr. Liang, Doreen Bogdan-Martin, Setiausaha Agung ITU, berkata: "Janganlah memilih antara teknologi dan pembangunan mampan. Kita memerlukan kedua-duanya! Ayuh kita berkembang maju bersama-sama dengan teknologi. Ayuh kita bina masa depan digital yang memajukan perkembangan untuk insan dan planet ini."

Huawei benar-benar percaya bakat digital merupakan kunci kepada inovasi teknologi masa depan. Bagi menggalakkan penglibatan digital yang lebih meluas dan membangunkan pemimpin masa depan, syarikat ini memperdalam perkongsiannya dengan ITU dengan melancarkan biasiswa yang digelar "Program Kepimpinan Muda Generation Connect ITU melalui Perkongsian dengan Huawei."

Biasiswa ini akan dibuka untuk permohonan pada awal tahun hadapan dan akan berlangsung selama tiga tahun. Setiap tahun, 30 anak muda berwawasan (berusia 18-28 tahun) dari serata dunia akan mendapat sokongan dalam projek-projek mereka untuk menggunakan teknologi digital bagi memacu pembangunan komuniti.

Jeff Wang, Presiden Jabatan Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Huawei, menyatakan: "Huawei berbangga dapat bekerjasama dengan ITU untuk tujuan yang penting ini dan untuk melihat anak muda berwawasan memberi impak yang nyata untuk rangkuman digital di seluruh dunia. Sokongan yang akan diterima oleh para peserta termasuk sumbangan kewangan untuk projek mereka, bimbingan daripada pakar ITU dan Huawei serta peluang untuk mengambil bahagian dalam acara bersama."

"Melalui usaha bersama ITU dan Huawei, anak muda akan belajar, menyumbang dan memimpin dalam dunia digital," kata Dr Cosmas Luckyson Zavazava, Pengarah Biro Pembangunan Telekomunikasi ITU. "Digital merupakan prasyarat bagi mempercepatkan pencapaian SDG. Kami ingin belia untuk menerobos sempadan ekosistem digital global yang semakin berkembang dan memberi sumbangan transformatif mereka. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Huawei atas perkongsian yang hebat ini dan berharap dapat melihat impak global daripada projek yang inovatif ini."

Pakatan P2C, dilancarkan oleh ITU, memupuk ketersambungan bermakna dan transformasi digital di peringkat global, mengutamakan komuniti terpencil di negara-negara dan wilayah-wilayah yang mengalami kekurangan akses digital. Huawei menandatangani komitmen global pada tahun lalu, menetapkan matlamat untuk membawa fungsi ketersambungan kepada kira-kira 120 juta orang di kawasan terpencil di lebih daripada 80 negara menjelang tahun 2025. Setakat ini Huawei menyediakan 2,066 peluang latihan di negara rakan kongsi P2C pertama ITU, Kemboja, melalui kerjasama dengan kementerian serta universiti tempatan.

https://www.huawei.com/en/news/2023/11/huaweiitu-p2c

Source: HUAWEI TECHOLOGIES CO., LTD.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements New products/services Not for profit Trade show news Cloud Computing / Internet of Things