omniture

Global Times: BRI tawarkan pembangunan bersama: pegawai dari negara-negara rakan kongsi

Global Times
2023-11-24 08:47 33

WENZHOU, China, 24 November 2023 /PRNewswire/ -- Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China telah menjadikan visi "keterhubungan hati" menjadi kenyataan dan ia merupakan laluan menuju pembangunan bersama, menurut beberapa duta dan pegawai dari negara-negara rakan kongsi BRI pada hari Rabu semasa berlangsungnya perbincangan meja bulat yang diadakan di Fuzhou, Wilayah Fujian, Timur China.

BRI offers common development: officials from partner countries
BRI offers common development: officials from partner countries

"BRI telah membawa perubahan dalam minda dunia ini," kata Bishnu Pukar Shrestha, Duta Nepal ke China, menyatakan bahawa inisiatif berkenaan memfokuskan pada ketersambungan, bukan sahaja dalam pengangkutan, tetapi juga dalam minda dan jiwa.

"Visi dan konsep ini kini memungkinkannya untuk diakses," sambung Shrestha. Nepal mendapat banyak manfaat daripada BRI dan terdapat projek-projek berbeza yang telah disiapkan di Nepal, termasuk landasan kereta api dan jalan raya, yang telah menyemarakkan kerjasama dua hala dan membolehkan negara itu untuk terus membangun," kata beliau.

Shrestha membuat kenyataan itu semasa perbincangan meja bulat pada Persidangan Dewan Perniagaan dan Persatuan Global Jalur dan Jalan, yang merupakan platform kerjasama dan pertukaran antarabangsa pertama di dunia dengan dewan perniagaan, persatuan industri serta organisasi sosial yang lain sebagai peserta utama. Persidangan ini, yang diadakan setiap tahun, bertujuan untuk memanfaatkan sumber dewan perniagaan tatkala kerjasama BRI semakin maju dan untuk meninjau peluang kerjasama antarabangsa yang baharu.

"BRI memberi peluang kepada dunia yang terhubung ketika ini dan potensi untuk inisiatif ini adalah tidak terhad," kata Awale Ali Kullane, Duta Somalia ke China, berkata semasa perbincangan meja bulat, menyatakan bahawa pandemik COVID-19 telah melambatkan proses, namun ia juga telah menunjukkan pentingnya inisiatif global sedemikian.

Kadirkamu Kandasamy Yoganaadan, kuasa usaha bagi Kedutaan Sri Lanka di China, menyenaraikan beberapa projek pembinaan infrastruktur di bawah BRI termasuk pelabuhan, lapangan terbang dan lebuh raya. Mengambil projek Colombo Port sebagai contoh, Yoganaadan berkata ia dibina dengan reka bentuk mampan yang moden dan konsep bandar pintar, menyediakan peluang pelaburan dalam industri IT, perkhidmatan kewangan dan logistik perkapalan.

Ahmed Chouaib, kuasa usaha bagi Mission of the League of Arab States di Beijing, berkata bahawa negara-negara Arab yang mengambil bahagian dalam BRI menunjukkan tahap penglibatan yang tinggi dengan China. Inisiatif ini menunjukkan kuasa kerjasama antarabangsa, kuasa kesalinghubungan yang merentas sempadan negara dan etnik.

Chouaib menyatakan bahawa mengukuhkan komunikasi sesama rakyat antara China dan negara-negara Arab juga telah menjadi bahagian yang penting dalam BRI, manakala kerjasama kebudayaan, pelancongan serta kesenian kesemuanya telah muncul.

BRI merupakan lambang perpaduan antara China dan negara-negara Arab. Selain membina jalan raya dan jambatan, ia juga boleh menjalin kerjasama yang lebih saling terhubung, makmur dan harmoni, kata Chouaib.

 

Source: Global Times
Keywords: Art Banking/Financial Service Construction/Building Trade show news