omniture

Jualan Mega Tahun Ini: Karnival Jumaat Hitam 2023 Huion Kini Tiba

Huion
2023-11-24 16:00 11

NEW YORK, 24 November 2023 /PRNewswire/ -- Jumaat Hitam (Black Friday) ialah masa yang paling mengujakan pada tahun ini untuk menaik taraf alat kreatif anda, sama ada untuk diri sendiri, insan tersayang atau studio profesional anda. Walaupun tarikh Jumaat Hitam rasmi ditetapkan pada 24 November, Huion memulakan sambutannya lebih awal.


Bagi mereka yang sudah biasa dengan industri peranti berdakwat digital, Huion ialah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terkenal dengan inovasi dan kualitinya, Huion menawarkan barisan tablet yang cemerlang untuk artis digital serta pereka grafik dan Jumaat Hitam ini tidak terkecuali. Gedung dalam talian rasmi Huion memperkenalkan Jualan Jumaat Hitamnya, bermula pada 15 November 2023 dan berlangsung sehingga 30 November 2023, dengan penjimatan sehingga 43%.


Sorotan Jualan Utama:

  • Nikmati diskaun sehingga 43% untuk rangkaian produk yang luas.
  • Dapatkan hadiah eksklusif apabila membeli komputer pen hebat dan pilih paparan pen yang canggih.
  • Nikmati sesi membeli-belah dilanjutkan untuk kemudahan anda.
  • Kamvas Pro 13 (2.5K) mesra bajet kini merupakan pilihan yang lebih mudah diakses untuk pelajar seni pada harga $339.
  • Kamvas Pro 16 (2.5K) yang mendapat pujian tinggi tersedia pada harga $509 semasa jualan.
  • Bawa kreativiti anda ke tahap seterusnya dengan Kamvas Pro 24 (4K), jimat $180.
  • Buat pertama kalinya, Huion menawarkan diskaun besar $200 untuk kedua-dua komputer pen Kamvas Studio 16 dan Kamvas Studio 24.
  • Dan banyak lagi...

Sekiranya anda seorang pemula yang mementingkan belanjawan yang sedang memulakan perjalanan kreatif, jangan ketinggalan untuk tablet grafik Huion mampu milik dan berkualiti tinggi ini. Pilihlah Huion Note, Inspiroy Giano, Inspiroy Dial 2 dan Inspiroy H950P, kesemuanya hadir dengan nilai yang hebat. Di samping itu, jangan lupa Inspiroy H580X, boleh didapati pada harga hanya $39.99 semasa acara jualan ini.

Untuk butiran lanjut mengenai jualan Jumaat Hitam 2023 Huion, kunjungi gedung dalam talian rasmi kami di store.huion.com. Sentiasa dapatkan perkembangan terkini dengan mengikuti kami di media sosial @huiontablet.

Latar Belakang Huion:

Huion ialah jenama yang diiktiraf di peringkat global mengkhusus dalam tablet pen digital serta penyelesaian berdakwat digital. Dengan misi untuk menjadikan seni boleh diakses oleh semua, Huion komited untuk memperkasa artis dan golongan kreatif dengan alat-alat inovatif serta berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan bagi mengilhamkan kreativiti dan meningkatkan pengalaman seni digital mereka.

 

Source: Huion
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services