omniture

Laporan Risikan Ancaman Global Suku Tahunan BlackBerry Menunjukkan 70 Peratus Peningkatan dalam Serangan Perisian Hasad Baharu

BlackBerry Limited
2023-11-28 19:00 95

Sektor perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan berkepentingan tinggi menjadi industri sasaran utama

WATERLOO, ONTARIO, 28 November 2023 /PRNewswire/ -- BlackBerry Limited (NYSE: BB; TSX: BB) hari ini mengeluarkan Laporan Risikan Ancaman Global Suku Tahunan (Quarterly Global Threat Intelligence Report) terbarunya, mendedahkan peningkatan sebanyak 70 peratus dalam perisian hasad baharu yang dihadapi oleh penyelesaian keselamatan siber BlackBerry yang dikuasakan AI. Pada kadar 26 serangan siber seminit, ini menyerlahkan kepelbagaian alatan dan serangan oleh pelaku ancaman serta menyaksikannya menyasarkan industri yang mempunyai kepentingan yang tinggi atau menguntungkan dari segi kewangan.

"Pelaku yang berniat jahat bekerja lebih keras berbanding sebelum ini untuk meluaskan julat dan jumlah serangan siber mereka," kata Ismael Valenzuela, Naib Presiden Kajian Ancaman dan Risikan BlackBerry. "Jumlah serangan baharu yang semakin meningkat yang menyasarkan negara dan industri menunjukkan kesan iklim makroekonomi terhadap keselamatan siber. Namun begitu, sementara ancaman semakin meningkat dari segi bilangan dan kepelbagaian, begitu juga dengan keupayaan kita untuk mempertahankannya dengan teknologi canggih yang dapat meramal dan mencegah serangan."

Sorotan daripada Laporan Perisikan Ancaman Global BlackBerryterkini, meliputi tempoh tiga bulan iaitu Jun-Ogos, adalah termasuk:

  • Kadar Kenaikan Berterusan dalam Serangan Siber Setiap Minit. BlackBerry menghentikan lebih 3.3 juta serangan; kira-kira 26 serangan dan 2.9 sampel perisian hasad unik seminit.
  • Sektor Kewangan dan Penjagaan Kesihatan Menjadi Industri Sasaran Utama. Sektor kewangan merupakan industri yang paling kerap diserang pada suku tahunan ini, dengan institusi penjagaan kesihatan menduduki tempat kedua. Data bernilai tinggi dan peluang untuk mengganggu perkhidmatan penting menjadikan sektor-sektor ini sasaran utama untuk serangan yang memberi kesan atau menguntungkan.
  • Kumpulan Perisian Tebusan Menjadikan Pemerasan Berganda sebagai Amalan Piawaian. Kumpulan perisian tebusan LockBit, Cl0p, Cuba dan ALPHV semakin banyak menggunakan taktik pemerasan berganda sebagai insurans terhadap serangan mereka ketika organisasi di seluruh dunia menambah baik strategi sandaran data mereka.
  • Australia dan Amerika Syarikat menyaksikan Peningkatan Tertinggi dalam Serangan Sektor Awam. Australia dan AS mengalami lebih 50 peratus lebih banyak serangan terhadap sektor awam pada suku tahunan ini. BlackBerry Cylance® AI telah menghalang paling banyak serangan siber secara keseluruhan di Amerika Syarikat, diikuti oleh Kanada, Jepun, Peru dan India. Perisian hasad yang paling unik dapat diperhatikan di Amerika Syarikat, kemudian Jepun, Korea Selatan, India dan Kanada.

Muat turun salinan Laporan Risikan Ancaman Global BlackBerry di BlackBerry.com, dan daftarlah untuk menghadiri webinar Global Threat Intelligence Report Deep Dive kami pada 6 Disember ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Tentang BlackBerry 

BlackBerry (NYSE: BB; TSX: BB) menyediakan perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar kepada perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia. Syarikat ini memperoleh lebih 500 juta titik akhir yang merangkumi lebih 235 juta jentera. Berpangkalan di Waterloo, Ontario, syarikat ini memanfaatkan AI dan pembelajaran mesin bagi menyampaikan penyelesaian inovatif dalam bidang keselamatan siber, keselamatan dan penyelesaian privasi data serta merupakan peneraju dalam bidang pengurusan peringkat akhir, keselamatan peringkat akhir, penyulitan dan sistem terbenam. Visi BlackBerry adalah jelas - untuk menjamin masa depan terhubung yang boleh anda percayai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari BlackBerry.com dan ikuti @BlackBerry.

Tanda dagangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada BLACKBERRY dan Reka Bentuk LAMBANG, adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar BlackBerry Limited, dan hak eksklusif untuk tanda dagangan tersebut adalah terpelihara dengan nyata. Semua tanda dagangan yang lain merupakan hak milik pemilik masing-masing. BlackBerry tidak bertanggungjawab untuk sebarang produk atau perkhidmatan pihak ketiga. 

Hubungan Media:
Perhubungan Media BlackBerry
+1 (519) 597-7273
mediarelations@BlackBerry.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/726868/BlackBerry_Logo.jpg?p=medium600

Source: BlackBerry Limited
Related Stocks:
NYSE:BB Toronto:BB
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Survey, Polls & Research