omniture

NEXTCHEM MAIRE MEMPERLUAS PORTFOLIO TEKNOLOGINYA DENGAN PEMBANGUNAN DAN BEKALAN PEMANGKIN GENERASI SETERUSNYA DARIPADA CLARIANT

MAIRE S.p.A.
2023-11-28 22:00 12

MILAN, 28 November 2023 /PRNewswire/ -- MAIRE S.p.A. mengumumkan bahawa Conser S.p.A., sebahagian daripada unit perniagaan Penyelesaian Teknologi Lestari MAIRE yang diketuai oleh NEXTCHEM, telah mencapai persetujuan dengan Clariant untuk pembangunan dan bekalan pemangkin maleik anhidrida generasi seterusnya daripada Clariant.

Perjanjian ini adalah selaras dengan strategi MAIRE untuk meluaskan tawaran pelesenannya kepada peralatan proprietari dan pemangkin serta mengukuhkan kedudukan Conser di peringkat global dalam salah satu teknologinya yang terkemuka. Penyelesaian baharu ini akan memberikan pelbagai kelebihan dari segi penggunaan tenaga serta pada masa yang sama menjadikan produk lebih lestari dan berdaya saing.

Selain itu, kedua-dua syarikat ini turut bekerjasama secara aktif bagi meningkatkan lagi teknologi maleik anhidrida dan menjadikannya lebih cekap dari segi jejak karbon. Teknologi maleik anhidrida merupakan satu elemen utama dalam rantaian pengeluaran polimer biodegradasi seperti polibutilena suksinat dan polibutilena adipat kotereftalat – di mana kedua-duanya digunakan dalam industri makanan untuk pembungkusan dan pinggan mangkuk pakai buang, termasuk dalam sektor pertanian untuk lapisan sungkup – mewakili alternatif yang lebih mesra alam untuk plastik biasa, malah telah diiktiraf oleh pengawal selia yang menetapkan penggunaannya di beberapa buah negara untuk pelbagai penggunaan.

Alessandro Bernini, Ketua Pegawai Eksekutif MAIRE mengulas: "Dengan perjanjian ini, kami meningkatkan lagi kekukuhan portfolio Penyelesaian Teknologi Lestari kami yang merangkumi pelesenan teknologi hingga peralatan proprietari dan perkhidmatan bernilai tinggi yang lain yang sejajar dengan pelaksanaan rancangan sepuluh tahun kami. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Clariant bagi meningkatkan lagi tawaran teknologi kami untuk memenuhi permintaan pelanggan terhadap penyelesaian cekap tenaga yang inovatif dengan baik. 

MAIRE S.p.A. mengetuai sebuah kumpulan teknologi dan kejuruteraan yang membangun dan melaksanakan penyelesaian inovatif bagi mendayakan Peralihan Tenaga. Kami menawarkan Penyelesaian Teknologi Lestari dan Penyelesaian E&C Bersepadu dalam baja nitrogen, hidrogen, karbon kitaran, bahan api, bahan kimia dan polimer. MAIRE mencipta nilai di 45 buah negara dan bergantung kepada lebih 7,000 orang pekerja yang disokong oleh lebih 20,000 orang yang terlibat dalam projeknya di seluruh dunia. MAIRE disenaraikan pada Bursa Saham Milan (penanda, "MAIRE").

Untuk maklumat lanjut:  www.mairetecnimont.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2286528/4425162/Maire_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: MAIRE S.p.A.
Keywords: Chemical Computer/Electronics Joint ventures