BEIJING, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- China dan ASEAN baru sahaja menyambut ulang tahun kedua bagi perkongsian strategik mereka yang komprehensif. Presiden Cina Xi Jinping berkata dalam tahun 2021 bahawa China telah, masih dan akan sentiasa menjadi jiran yang baik, sahabat yang baik dan rakan kongsi yang baik untuk ASEAN. Semasa program khas CGTN "China and ASEAN: Embracing A Safe and Shared Future" ("China dan ASEAN: Mendepani Masa Depan Selamat dan Dikongsi Bersama") kami berbicara bersama tetamu dari sepuluh negara ASEAN untuk membongkar apa yang boleh dicapai apabila negara-negara mengambil contoh China dan ASEAN serta meletakkan senjata mereka dan membangun bersama-sama. Program ini diterbitkan bersama-sama Myanmar International Television, Star Siam Daily Thailand dan Sin Chew Daily Malaysia.
Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Sekuriti Global dan Inisiatif Tamadun Global kesemuanya seiring dengan Asia Tenggara. Sovinda Po, pengarah Pusat Kajian Asia Tenggara di Royal University of Phnom Penh, Kemboja berkata bahawa "ketiga-tiga inisiatif utama" untuk sekuriti dan pembangunan global yang dicadangkan oleh pemimpin-pemimpin Cina mempunyai kepentingan masa depan. Inisiatif Sekuriti Global akan membantu negara-negara Asia memahami dunia dengan lebih jelas dan membina bersama-sama masa depan yang aman, stabil dan makmur.
Kerjasama China-ASEAN tidak dapat dilihat lebih daripada dalam infrastruktur. Ibrahim Kholilul Rohman, Rakan Penyelidik Kanan di Indonesia Financial Group Progress, berkata bahawa Landasan Kereta Api Jakarta-Bandung bukan sahaja membantu pembangunan ekonomi dan perdagangan, malah turut membantu menyara hidup orang ramai sepanjang laluan. Beliau menambah, "Landasan Kereta Api itu bukan sahaja mempercepatkan pengangkutan barangan, tetapi dapat menjadi talian hayat sekiranya berlaku bencana alam." China turut terlibat dalam infrastruktur hijau dan penjanaan kuasa boleh baharu di seluruh ASEAN.
Kesalinghubungan dan pertukaran budaya mendorong pembangunan rantau ASEAN. Nina Saiful, yang berasal dari Brunei dan menubuhkan SEA Association di Peking University percaya bahawa tamadun China dan negara-negara ASEAN memiliki asal usul yang sama. Terdapat titik persamaan dari segi nilai sejarah. Zhang Li, pengarah Global Innovation Center di Siam University, Thailand, percaya bahawa kesalinghubungan bersama terletak pada kesalinghubungan budaya dan konsep "keamanan" dalam budaya Cina adalah sangat penting dalam bidang pengajian tinggi hari ini. Sebagai seorang pendidik, kita harus membentuk pandangan hidup dan nilai anak muda yang berasaskan kepada keamanan dan menyumbang kepada pembangunan serantau yang damai.
China bersiap sedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi memahami trend yang paling utama, menghapuskan halangan, berkongsi peluang dan menggalakkan kemakmuran bersama. China dan ASEAN akan mencapai kemajuan baharu ke arah membina komuniti China-ASEAN yang lebih erat dengan masa depan yang selamat dan dikongsi bersama.