omniture

Kerja hibrid terus membentuk budaya tempat kerja, memberi peluang dan cabaran untuk golongan profesional di Malaysia

Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD)
2023-12-05 09:42 21

Memandangkan 70% golongan profesional Malaysia berkata mereka akan mula meninjau peluang pekerjaan baharu dalam tahun hadapan, organisasi-organisasi perlu menangani cabaran perekrutan semasa.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Laporan baharu oleh Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD), badan profesional untuk sumber manusia (HR) dan pembangunan insan, mendapati bahawa impak kerja hibrid adalah berbeza-beza di seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) dan penglibatan tenaga kerja merupakan keutamaan yang kritikal dalam semua pasaran APAC yang ditinjau. Biarpun sesetengah negara APAC bersikap positif tentang impak kerja hibrid, golongan profesional Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat cabaran untuk penyampaian HR, terutamanya apabila melibatkan untuk menyokong pengurus barisan bagi mengurus pasukan mereka dengan berkesan dan membina budaya serta nilai organisasi.

"People Profession 2023: Asia-Pacific Survey" ("Profesion Rakyat 2023: Tinjauan Asia-Pasifik") yang menyoal selidik lebih 800 ahli profesional di seluruh Australia, Hong Kong S.A.R., Malaysia dan Singapura, memberi pemahaman tentang landskap pengurusan bakat, keutamaan tenaga kerja dan nuansa kerja hibrid.

May Leng Kwok, Ketua Bahagian Pembangunan Pasaran – Global, untuk CIPD, berkata:

"Dengan kekayaan kepelbagaiannya, Malaysia mempunyai cabaran dan peluang yang unik dalam pengurusan bakat. Menyedari sifat tersendiri pasaran Malaysia, jelas bahawa pendekatan sejagat tidak mencukupi. Dalam mengemudi kerumitan ini, tinjauan tersebut bertindak sebagai kompas, membimbing kami dan golongan profesional untuk memahami dan menangani selok-belok yang rumit dalam membentuk masa depan kerja di negara ini dan seluruh pelosok rantau ini."

Penemuan utama daripada laporan tersebut termasuk

  • Pemacu perubahan utama untuk organisasi-organisasi di Malaysia
    • Perubahan ekonomi dan kos yang semakin meningkat disenaraikan sebagai pemacu perubahan utama untuk golongan profesional tempatan. Ini diikuti oleh (#2) transformasi digital dan teknologi yang semakin maju, (#3) platform teknologi digital dan (#4) perubahan industri serta ketangkasan organisasi.
    • Media sosial dan penggunaan kandungan turut disenaraikan sebagai antara 5 pemacu utama, satu-satunya pasaran di rantau ini yang menyatakan hal ini.
    • Melibatkan diri dengan tenaga kerja merupakan satu lagi bidang keutamaan pekerja, terutamanya kerana model kerja hibrid akan kekal. Ini menunjukkan bahawa tetapan semula budaya diperlukan untuk memfokuskan pada pengalaman pekerja, penglibatan dan budaya di tempat kerja pasca-pandemik.
  • Impak kerja hibrid ke atas amalan pekerja
    • Hanya sekitar satu pertiga responden Malaysia merasakan bahawa kerja hibrid menjadikan objektif-objektif pekerja lebih mudah dicapai. Biarpun hampir seperempat percaya berkenaan menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, mengurus prestasi dan menyokong pengurus barisan bagi mengurus pasukan mereka dengan berkesan menjadi lebih mencabar dalam konteks hibrid.
    • Walau bagaimanapun, golongan profesional kerjaya awal di seluruh APAC, dengan pengalaman sehingga lima tahun, menyatakan kepercayaan yang lebih besar bahawa kerja hibrid memudahkan pengurusan pekerja. Perbezaan pandangan ini menimbulkan persoalan sama ada keutamaan bekerja, kebolehsuaian dan keterbukaan kepada perubahan mempengaruhi persepsi kerja hibrid, berpotensi berbeza daripada mereka yang mempunyai lebih banyak pengalaman yang mungkin lebih terbiasa dengan cabaran strategik.
  • Penghalang kemajuan dalam kalangan golongan profesional
    • Rantau APAC menunjukkan kepelbagaian yang jelas dari segi halangan kepada kemajuan kerjaya dengan golongan profesional Malaysia mengetengahkan tentang politik organisasi (18%) sebagai halangan yang ketara. Khususnya, kira-kira separuh daripada responden Malaysia menunjukkan kemungkinan yang besar untuk meninggalkan organisasi semasa mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang dan 70% meninjau peluang baharu dengan aktif.
    • Bagi menangani isu ini, ketua harus menggalakkan perbincangan prestasi dan pembangunan yang berterusan sesama kakitangan, mengintegrasikan metrik prestasi ke dalam objektif-objektif untuk mereka yang memegang jawatan pengurusan barisan serta mendorong keyakinan pengurus barisan untuk terlibat dalam perbincangan ini, memberi latihan dan maklumat yang jelas untuk menyokong dialog pembangunan yang berkesan.
  • Keutamaan tertinggi tenaga kerja
    • Di tengah-tengah cabaran perekrutan yang berterusan, majikan di Malaysia memberi keutamaan untuk membangunkan kemahiran tenaga kerja semasa bagi merapatkan jurang dan mendorong pertumbuhan perniagaan. Kajian tambahan menyokong hal ini, dengan 56% pemimpin kanan HR mengetengahkan latihan dan pembangunan pekerja sebagai tumpuan utama dalam tahun 2023.[1]
    • Perancangan tenaga kerja menjadi tumpuan di Malaysia sebagai strategi yang penting untuk mengurus bakat, mengatasi jurang kemahiran dan mengurangkan risiko perniagaan yang berkaitan. Khususnya, responden APAC kurang memberi penekanan kepada perekrutan berbanding dengan pasaran antarabangsa yang lain.
    • Responden Malaysia menunjukkan kecenderungan yang lebih besar untuk menyumber luar tugas HR pentadbiran, menandakan trend yang lebih luas di Asia yang mana pasukan HR berkembang daripada peranan sokongan kepada rakan kongsi strategik yang mempengaruhi keputusan perniagaan. Penyumberluaran membantu peralihan ini dengan menyediakan sumber tambahan untuk mengurus tanggungjawab HR transaksional, termasuk tugas pentadbiran.
  • Sentimen berkisarkan prospek kerjaya dan kesejahteraan mereka
    • Apabila melibatkan kemajuan kerjaya, pembangunan kemahiran kekal kukuh di kedudukan teratas dan dilaporkan sebagai pengupaya utama oleh tiga perempat (75%) responden di Malaysia.
    • Kajian CIPD yang lain mengetengahkan isu lazim lesu upaya dalam kalangan ahli pasukan, dikaitkan dengan jangkaan dan tekanan yang tinggi daripada lantaran menyokong tenaga kerja semasa gangguan berterusan yang disebabkan oleh pandemik. Walau bagaimanapun, apa yang menggembirakan kajian ini mendapati bahawa lebih separuh daripada golongan profesional Malaysia merasakan bahawa kerja memberi kesan positif kepada kesihatan mental (52%) dan fizikal (53%) mereka. Memandangkan kesihatan dan kesejahteraan mempengaruhi banyak hasil yang berkaitan kerja, pemimpin harus mempertimbangkan pendekatan holistik dengan pilihan kerja yang fleksibel, peluang kemajuan dan menetapkan sempadan yang jelas antara keperluan perniagaan dan peribadi.

May Leng Kwok menyimpulkan: "Model-model kerja hibrid dan fleksibel membentuk semula cara kita bekerja dan penting untuk ahli pasukan dan pengurus untuk mengenali implikasi mendalam untuk kedua-dua strategi individu dan perniagaan. Tatkala Malaysia mendepani era transformatif ini, organisasi-organisasi perlu mengamalkan pola fikir yang didorong oleh data dan menganalisis dengan teliti bagaimana kerja hibrid memberi impak dengan unik kepada landskap tempatan, segmen pekerja serta pihak berkepentingan dalaman dan luaran. Untuk beradaptasi dan berkembang maju dalam landskap yang berubah-ubah ini, organisasi-organisasi perlu meneroka penyelesaian kreatif bagi meningkatkan pengalaman pekerja, sama ada menerusi pembangunan kerjaya dan kemahiran yang dinamik melalui giliran kerja, peminjaman atau sokongan teguh untuk kelayakan dan pensijilan profesional."

Baru-baru ini, CIPD melancarkan Jawatankuasa Penasihat pertamanya di Malaysia, bagi membantu membentuk profesion rakyat dan meningkatkan kedudukannya di negara ini. Jawatankuasa pertama rantau ini menghimpunkan pemimpin dan pengamal HR yang unggul dalam seluruh industri, mencetuskan kepimpinan pemikiran dan inovasi sekali gus memperjuangkan standard pengurusan pekerja yang dipertingkat di seluruh Malaysia.

Nota untuk editor

  • Laporan di sini: https://www.cipd.org/globalassets/media/knowledge/knowledge-hub/reports/2023-pdfs/2023-people-profession-report-asia-pacific.pdf
  • Untuk melihat bagaimana rantau APAC dibandingkan dengan golongan profesional dari UK/Ireland dan wilayah Afrika Utara Timur Tengah, lihat laporan antarabangsa CIPD: Profesion Rakyat 2023: Laporan tinjauan antarabangsa | CIPD
  • May Leng Kwok, Chartered FCIPD, Ketua Rantau APAC di CIPD, sedia diwawancara.
  • Penemuan tersebut adalah berdasarkan kepada perspektif mereka yang mengambil bahagian dalam tinjauan Profesion Rakyat dalam bulan April dan Mei 2023.
  • Tinjauan Profesion Rakyat merupakan program penyelidikan yang telah lama berjalan yang memperlihatkan pandangan semasa kehidupan bekerja dan kerjaya golongan profesional. Tinjauan ini berkembang kepada gambaran antarabangsa terhadap profesion dan memberi pandangan terkini mengenai amalan orang ramai di seluruh dunia. Sampel melibatkan ahli dan bukan ahli CIPD dan merupakan campuran golongan profesional dalaman dan bebas daripada pelbagai kepakaran (termasuk HR, pembelajaran dan pembangunan (L&D), pembangunan organisasi (OD) dan lain-lain)
  • Pengumpulan data, dilaksanakan oleh CIPD dan YouGov, dijalankan di seluruh Australia, Hong Kong S.A.R., Malaysia serta Singapura dan saiz sampel adalah berdasarkan kepada 812 responden merentas negara-negara berkenaan.
  • CIPD telah memperjuangkan kerja dan kehidupan bekerja yang lebih baik selama lebih 100 tahun. Ia membantu organisasi-organisasi berkembang maju dengan memfokuskan kepada pekerja mereka, menyokong ekonomi dan masyarakat kita. Ia merupakan badan profesional untuk HR, L&D, OD serta semua ahli profesional – pakar bagi pekerja, kerja dan perubahan. Dengan lebih 160,000 ahli di peringkat global – dan komuniti semakin berkembang yang memanfaatkan penyelidikan, pandangan dan pembelajarannya – ia memberi nasihat yang boleh dipercayai dan menawarkan kepimpinan pemikiran bebas. Ia merupakan suara utama dalam menyeru kerja yang bagus yang mencipta nilai untuk semua orang. www.cipd.org

[1] Herbert, C., Dorsey, M. and Quaadgras, T. (2023) Global study: HR executives and XM. Qualtrics XM Institute.

Source: Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD)
Keywords: Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research