omniture

Wanhua Chemical akan Perlihatkan Komitmen kepada Matlamat Dwi Karbon dan Penyelesaian Hijau di COP28

Wanhua Chemical
2023-12-05 22:51 100

DUBAI, UAE, 5 Disember 2023  /PRNewswire/ -- Wanhua Chemical, mengambil bahagian dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB 2023 (UNFCCC COP28) yang diadakan mulai 30 November hingga 12 Disember 2023, di Dubai. En. Liao Zengtai, Pengerusi Wanhua Chemical, menunjukkan dedikasi Syarikat ini untuk memantapkan matlamat dwikarbon, berkongsi model praktikal penggunaan tenaga dan pengurangan karbon serta menyampaikan penyelesaian teknologi dan produk kimia hijau yang inovatif bagi menangani cabaran pembangunan mampan global.


"Aspek yang paling penting dalam pembangunan mampan ialah melindungi alam sekitar demi kemandirian manusia. Wanhua komited untuk mencapai karbon puncak selewat-lewatnya pada tahun 2030 dan berusaha mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2048, lalu menyumbang kepada agenda kemampanan global yang lebih luas," kata En. Liao Zengtai.

Pendekatan strategik Wanhua untuk mengurangkan emisi karbon melibatkan mempercepatkan pengeluaran dan kecekapan operasi melalui inovasi teknologi dan mengoptimumkan proses peralatan. Inisiatif-inisiatif penting termasuk:

Pengkarbonan Sifar Elektrik

  • Pelaburan dalam projek tenaga bersih untuk mencapai kuasa elektrik bersih sebanyak lebih 50% antara semua taman industri menjelang tahun 2030.
  • Taman Industri Wanhua di China menyasarkan kuasa elektrik bersih 100% menjelang tahun 2040, dengan pengurangan emisi tahun yang dijangkakan sebanyak 37 juta tan CO2 selepas pelaksanaan projek.

Penyahkarbonan Tenaga 

  • Mengitar semula haba sisa melalui teknologi inovatif menjimatkan 2.6 juta tan arang batu setiap tahun.
  • Memproses tenaga terma gred-rendah kepada tenaga terma gred-tinggi, mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 6.7 juta tan, menjamin pemanasan untuk 100 juta meter persegi isi rumah.

Pengurangan Karbon Inovatif 

  • Pengenalan kepada reaktor teknologi lapisan terbendalir pertama dunia untuk kitar semula hidrogen klorida, mengurangkan penghasilan asid hidroklorik sebanyak 300,000 tan setiap tahun dan menjimatkan 1.4 bilion kWj/tahun.
  • Teknologi pengedaran air garam sisa MDI dengan kadar kitar semula 100%, mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 140,000 tan setiap tahun.

Wanhua Chemical membangunkan dan mempromosikan penyelesaian hijau dengan aktif untuk industri ini, mencapai kemajuan yang signifikan melalui inovasi termaju termasuk:

Penyelesaian Hijau 

  • Produk berasaskan-bio dengan lebih 90% kandungan berasaskan bio mengurangkan penggunaan tenaga pengeluaran sebanyak 20% dan emisi karbon sebanyak 30%-50%.
  • Penggunaan plastik kitar semula melalui kaedah kitar semula mekanikal dan kimia. Melalui penggunaan bahan-bahan PCR, kitar semula baldi plastik dan sumber lampu automotif dicapai dari segi kitar semula mekanikal, menyediakan bahan-bahan ini dengan kitar hayat yang seterusnya. Dengan fokus pada kitar semula kimia, Wanhua Chemical mencadangkan teknologi yang mengitar semula busa poliuretana dan partikel plastik, seterusnya mempromosikan model kitar semula pusingan yang menekankan bahan hijau, pengeluaran dan kitar semula.

Wanhua Chemical, turut merumuskan dan menyebarkan kaedah mampan bagi membantu metamorfosis ekologi dalam rantaian industri.

Memperkasa Transformasi Aplikasi Industri

  • Menyokong industri tenaga baharu, seperti kuasa angin, fotovolta dan hidrogen hijau, dengan penyelesaian bahan untuk penuaian, penyimpanan dan aplikasi tenaga bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga tradisional.
  • Pembangunan bahan poliuretana untuk industri pembinaan bagi memenuhi keperluan jimat tenaga yang lebih tinggi.
  • Pembungkusan kitar semula hijau untuk membina ekosistem perdagangan baharu, Wanhua Chemical bersedia untuk mengurangkan emisi CO2 sebanyak 100,000 tan dan menyelamatkan lebih 250,000 batang pokok matang setiap tahun melalui 1.5 juta kitaran penggunaan palet terkongsi. Syarikat ini juga melaporkan peningkatan kadar pusing ganti sebanyak 500% bagi pembungkusan terkongsi dan pengurangan sebanyak 40% penggunaan plastik pakai buang. Di samping itu, pemprosesan 10,000 tan tong pembungkusan sisa setiap tahun dijangka mengurangkan lagi emisi CO2 sebanyak 4,000 tan.

Wanhua akan terus mematuhi tanggungjawab sosial korporatnya, menjaga komuniti, wanita dan kanak-kanak. Syarikat ini komited untuk memperkukuh pelaburan dan amalannya dalam pembangunan mampan, memanfaatkan kimia bagi mencipta masa depan yang lestari dan lebih baik untuk umat manusia.

 

Source: Wanhua Chemical
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues