omniture

Universiti Melbourne Bekerjasama dengan Cognizant bagi meningkatkan penglibatan pelajar

Cognizant Technology Solutions
2023-12-05 23:17 51

Cognizant membantu melaksanakan Platform Data Pelanggan Tealium untuk Universiti Melbourne memperibadikan perjalanan pelajar dan alumni

TEANECK, New Jersey, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Cognizant (NASDAQ: CTSH) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Universiti Melbourne (UoM atau Universiti), sebuah universiti antarabangsa terkemuka yang memiliki tradisi kecemerlangan dalam pengajaran dan penyelidikan, untuk membantu melaksanakan Platform Data Pelanggan Tealium (CDP). Universiti Melbourne secara konsisten disenaraikan dalam kalangan universiti terbaik dunia. 

Universiti Melbourne menganugerahkan taklimat bagi menyokong penciptaan pengalaman yang diperibadikan dan diterajui data untuk para pelajar, kakitangan dan alumni kepada Cognizant kerana ia ingin meningkatkan penglibatan konstituen yang bermakna. 

Ai Lin Choo Macdonald, Pemangku Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Pemasaran Universiti Melbourne menjelaskan bahawa CDP direka untuk memperkasakan konstituen UoM dengan kandungan dan pengalaman yang berkaitan berdasarkan hasrat mereka dan perkara yang diketahui tentang mereka untuk menginspirasikan penglibatan dengan Universiti secara lebih mendalam dan berterusan. 

"Ketika kami menjalankan proses transformasi digital secara berterusan, kami berpeluang untuk meningkatkan pengalaman pelajar. Kami menjangkakan perjalanan ini akan terbukti menjadi amat berharga kepada universiti, pelajar dan alumni memandangkan kami mencipta talian komunikasi yang disesuaikan, berdasarkan keperluan individu."

"Melalui transformasi ini, misi kami adalah untuk berkomunikasi secara cekap dan berkesan dengan para pelajar pada masa lepas, sekarang dan juga yang akan datang bagi membantu penglibatan mereka dengan UoM mengikut syarat mereka."

Bercakap mengenai kerjasama tersebut, Kristen Anderson, Pengarah yang mengetuai pemodenan pemasaran di Cognizant, menekankan tentang keterujaan syarikat itu untuk bekerjasama dengan Universiti Melbourne. 

"Kami teruja untuk bekerjasama lagi dengan salah sebuah universiti terkemuka di Australia. Malah melalui pelaksanaan CDP Tealium, kami berharap dapat membantu UoM meningkatkan penglibatan dengan para pelajar, alumni dan komuniti."

Tentang Cognizant 
Cognizant (Nasdaq: CTSH) merekayasa perniagaan moden. Kami membantu para pelanggan kami memodenkan teknologi, memperbaharui proses dan mengubah pengalaman supaya mereka boleh terus maju dalam dunia kita yang pantas berubah. Secara bersama-sama, kami memperbaiki kehidupan harian. Lihat caranya di www.cognizant.com atau @cognizant.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

EMEA / APAC / Amerika:

India:

Christina Schneider

Rashmi Vasisht

christina.schneider@cognizant.com

rashmi.vasisht@cognizant.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1794711/Cognizant_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Cognizant Technology Solutions
Related Stocks:
NASDAQ:CTSH
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Data Analytics