omniture

HISENSE DEDAHKAN MASA DEPAN TEKNOLOGI PAPARAN DI CES 2024

Hisense
2023-12-08 08:59 46

SUWANEE, Georgia, 8 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat elektronik pengguna dan perkakas yang bertaraf global, mengundang khayalak di seluruh dunia untuk menyertai syarikat ini ketika ia mengumumkan masa depan teknologi paparan di CES 2024. Hisense akan mempamerkan pelbagai inovasi perintis yang mentakrifkan semula cara kita berinteraksi dengan skrin.

Acara media Hisense akan bermula pada hari Isnin, 8 Januari 2024 jam 9:00 pagi di Pusat Konvensyen Mandalay Bay, Dewan Besar F South Seas di Las Vegas, Nevada di bawah tema, "Lihat. Berhubung. Alami." Jadilah antara yang pertama mengalami generasi teknologi paparan yang seterusnya serta masa depan Hisense.

Mendedahkan Inovasi yang Mengubah Pengalaman Harian

Di CES 2024, Hisense akan memperkenalkan pelbagai produk baharu yang akan mengubah cara kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Bermula daripada TV Laser baharu yang revolusioner hingga TV ULED yang canggih, Hisense komited untuk menyampaikan pengalaman paparan sebaik mungkin.

Bersiap sedia untuk berasa kagum dengan pengalaman visual yang menakjubkan yang membawa teknologi TV Hisense kepada generasi seterusnya bagi menyampaikan visual mengagumkan dengan kejelasan dan kontras yang tiada tandingan, menukar ruang tamu menjadi tempat berlindung sinematik. Lebih-lebih lagi, produk pintar yang terkini daripada Hisense untuk kediaman akan menawarkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan lebih banyak perkara, dengan sambungan lancar serta cadangan yang lebih diperibadikan demi pengalaman yang lebih baik.

Hisense: Membentuk Masa Depan Teknologi Paparan

David Gold, Presiden Hisense Americas, akan disertai di atas pentas oleh rakan-rakan sejawat beliau yang akan menunjukkan bahawa Hisense bukan sekadar membangunkan produk, ia mencipta senario yang meningkatkan kehidupan pengguna. Sama ada pengalaman visual yang dinamik dalam kereta, kali pertama ibu bapa melihat bayi mereka melalui ultrabunyi atau bilik darjah imersif serta interaktif yang mana pembelajaran tanpa sempadan, Hisense komited untuk menerobos sempadan teknologi paparan dan membayangkan semula cara kita berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita.

Jangan lepaskan peluang ini untuk melihat apa yang disediakan oleh Hisense untuk masa depan teknologi paparan dan hadirin CES digalakkan untuk mengunjungi pameran Hisense di Dewan Tengah - Reruai 18217 di Pusat Konvensyen Las Vegas (LVCC) mulai 9-12 Januari 2024.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan tumpuan pada TV Pintar), peralatan rumah dan maklumat pintar IT. Baru-baru ini, Hisense telah berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

Source: Hisense
Keywords: Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Television New products/services Trade show news Future Events