omniture

CGTN: Xi Jinping gesa China, EU tingkatkan kerjasama, tangani perbezaan

CGTN
2023-12-09 00:09 27

BEIJING, 9 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Pertemuan secara bersemuka yang pertama seumpamanya antara dua kuasa serta pasaran utama dunia selepas pandemik COVID-19 – Sidang Kemuncak China-Kesatuan Eropah (EU) ke-24 – telahpun diadakan di ibu negara China, Beijing pada hari Khamis.

Semasa perbincangan beliau bersama Presiden Majlis Eropah Charles Michel dan Presiden Kesatuan Eropah Ursula von der Leyen, Presiden Cina Xi Jinping, yang menekankan kepentingan hubungan China-EU kepada kestabilan dan keamanan global di tengah-tengah keadaan antarabangsa yang bergolak, menyeru kedua-dua pihak untuk meningkatkan kerjasama dan mengendalikan perbezaan mereka melalui dialog.

Menegakkan deskripsi yang sesuai bagi hubungan China-EU

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-20 perkongsian strategik yang komprehensif China-EU dan menyaksikan pertukaran peringkat tinggi yang kerap antara China dan EU.

Dalam bulan Jun, Perdana Menteri China Li Qiang mengadakan lawatan luar negara pertama beliau selepas mengambil alih jawatan ke Jerman dan Perancis. Dalam bulan Oktober, pusingan ke-12 Dialog Strategik Peringkat-tinggi China-EU telahpun diadakan di Beijing, interaksi yang terkini antara kedua-dua pihak.

"China dan EU harus menegakkan deskripsi yang sesuai bagi hubungan mereka sebagai perkongsian strategik yang komprehensif," kata Xi pada pertemuan hari Khamis. Beliau menggesa kedua-dua pihak untuk memanfaatkan sepenuhnya peranan panduan Sidang Kemuncak China-EU dan lima dialog peringkat-tinggi, mengukuhkan komunikasi strategik, meningkatkan persefahaman dan mengendalikan perbezaan dengan betul melalui dialog yang membina.

"Kita tidak seharusnya melihat satu sama lain sebagai pesaing hanya kerana sistem kita berbeza, mengurangkan kerjasama kerana adanya persaingan atau terlibat dalam konfrontasi kerana adanya perselisihan faham," tegas presiden Cina itu.

Sependapat dengan Xi, Michel dan von der Leyen menyatakan bahawa EU tidak mahu berpisah daripada China. Ia mencari peluang hubungan jangka panjang, stabil, boleh diramal dan mampan bersama China dan berharap agar Sidang Kemuncak China-EU akan membantu mengeratkan semula hubungan antara kedua-dua pihak.

Diwujudkan pada tahun 1998 sebagai mekanisme pertemuan tahunan, Sidang Kemuncak China-EU menumpukan perhatian untuk meningkatkan dialog dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang termasuk politik, ekonomi, budaya dan masyarakat. Sidang kemuncak terdahulu berlangsung dalam bulan April tahun lalu melalui sidang video.

Di sidang kemuncak pada tahun ini, kedua-dua pihak turut berikrar untuk mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dalam forum pelbagai hala, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan G20, mendukung multilateralisme serta menggalakkan penyelesaian politik kawasan panas antarabangsa dan serantau.

Pemodenan Cina suatu peluang untuk EU

"Tatkala China mengusahakan pembangunan yang berkualiti tinggi dan keterbukaan standard tinggi, ia melihat EU sebagai rakan kongsi yang penting untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan, rakan kongsi pilihan untuk kerjasama saintifik dan teknologi serta rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk kerjasama rantaian industri dan bekalan," kata Xi kepada kedua-dua pemimpin EU.

China dan EU kekal menjadi rakan dagangan kedua terbesar satu sama lain. Data rasmi menunjukkan bahawa perdagangan dua hala berjumlah $847.3 bilion pada tahun 2022, atau purata sebanyak lebih $1.6 juta setiap minit.

Tahun ini turut menandakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China. Semasa pertemuan itu, Xi menyatakan kesediaan China untuk mengukuhkan kerjasama Jalur dan Jalan, termasuk dengan mewujudkan sinergi antara BRI dan Global Gateway EU.

China-Europe Railway Express, salah satu perusahaan unggul BRI, menyediakan perkhidmatan untuk 217 bandar di 25 negara Eropah dengan kira-kira 81,000 perjalanan kereta api pengangkut China-Eropah hingga penghujung November, menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China.

Pihak EU melihat pertumbuhan mantap, jangka panjang ekonomi Cina sebagai kepentingan Eropah, kata Michel dan von der Leyen, yang berharap agar kedua-dua pihak akan mengukuhkan dialog serta kerjasama dalam ekonomi dan perdagangan, lapangan hijau dan digital serta memastikan rantaian bekalan dan industri stabil dan terjamin.

"Pemodenan Cina dan penyepaduan Eropah merupakan pilihan strategik yang masing-masing dibuat oleh China dan Eropah, dengan mengutamakan masa depan," kata Xi.

Kedua-dua pihak harus menghormati dan menyokong antara satu sama lain serta memanfaatkan kesalinglengkapan strategi pembangunan mereka demi kemajuan bersama, tambah beliau.

https://news.cgtn.com/news/2023-12-07/Chinese-President-Xi-Jinping-meets-with-EU-leaders-1pkQaZeBkJO/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Trade show news