omniture

GDS Peroleh RM 1.27 Bilion Pembiayaan Hijau Bersindiket untuk Selesaikan Fasa Seterusnya Pembangunan Kampus Pusat Data Taman Teknologi Nusajaya

GDS
2023-12-11 12:58 33

Pembiayaan hijau bersindiket terbesar syarikat diiktiraf dengan "Urus Niaga Hartanah Terbaik" di Asia Tenggara di FinanceAsia Achievement Awards 2023

JOHOR BAHRU, Malaysia, 11 Disember 2023 /PRNewswire/ -- GDS, pemaju dan pengendali terkemuka pusat data berprestasi tinggi, mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah memperoleh kemudahan pembiayaan hijau bersindiket sebanyak RM 1.27 bilion daripada: UOB Malaysia, Bank of China (Malaysia) Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad.

Pembiayaan hijau bersindiket untuk GDS merupakan pembiayaan diperoleh yang terbesar setakat ini oleh syarikat ini. Projek ini bukan sahaja mewakili pelaburan langsung asing yang signifikan ke Malaysia, tetapi turut menonjolkan komitmen kemampanan GDS dan memperkukuh impak positifnya di rantau ini. Hasil daripada pinjaman akan digunakan untuk menyelesaikan pembangunan Plot 1 Kampus Pusat Data Taman Teknologi Nusajaya (NTP) di Johor, Malaysia. Minggu lalu, kemudahan pinjaman berjangka hijau yang diperoleh turut dianugerahkan "Urus Niaga Hartanah Terbaik" di Asia Tenggara di FinanceAsia Achievement Awards 2023.

UOB Malaysia berperanan sebagai Satu-satuya Penyelaras dan bertindak bersama-sama sebagai Penyelaras Pinjaman Hijau dengan Standard Chartered Bank (Singapore) Limited untuk transaksi ini. Di samping itu, UOB Malaysia bertindak secara bersama sebagai Penyusun dan Penaja Jamin Utama Diberi Mandat (MLAB) dengan Bank of China (Malaysia) Berhad, OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan Standard Chartered Bank (Singapore) Limited.

En. William Huang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GDS berkata, "Kami dengan gembiranya mengumumkan kolaborasi kami dengan bank-bank yang amat berprestij dan berpandangan jauh ini. Dengan sokongan mereka, pinjaman hijau ini akan mendorong perniagaan kami dengan tenaga hijau, memperkasa kami untuk meluaskan jangkauan kami dan memulakan perjalanan yang mampan di seluruh Asia Tenggara. Tatkala kami menumpukan perhatian kami terhadap masa depan, kami beraspirasi untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh dengan organisasi pembiayaan tempatan, memupuk ekosistem dinamik yang memperjuangkan kemajuan hijau dan mendorong ekonomi digital pada skala serantau."

Cik Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia berkata, "Malaysia yang terus mendapat manfaat daripada pempelbagaian rantaian bekalan global dan pelaburan yang besar ke dalam pusat data merupakan bukti potensi negara ini untuk menjadi hab pusat data yang penting di Asia. UOB telah menyokong GDS dalam cita-cita tinggi serantaunya melalui kesalinghubungan kami yang kukuh dan kami berbesar hati kerana diberi mandat sebagai satu-satunya penyelaras dan MLAB bersama untuk usaha niaga sulung mereka di Malaysia. Pembiayaan kami untuk pusat data hijau termaju GDS ini menegaskan komitmen kami untuk menyokong cita-cita sifar bersih negara ini dan aspirasi untuk menjadi hab pusat data serantau yang terkemuka. Ia juga selaras dengan komitmen kami untuk membantu pelanggan kami beralih kepada ekonomi hijau."

Cik Tan Ai Chin, Pengarah Urusan, Pegawai Bank Kanan dan Ketua Perbankan Pelaburan, OCBC Bank (Malaysia) Berhad berkata, "Kami gembira menyokong perjalanan mampan GDS di Asia Tenggara dan aspirasinya untuk menjadi pengendali pusat data pertama bagi mencapai keneutralan karbon di rantau ini, dengan 100% penggunaan teknologi boleh baharu menjelang tahun 2030. OCBC Bank berada di barisan hadapan agenda ESG, memacu perubahan dengan proaktif dan progresif dalam industri kewangan dengan menginovasi penyelesaian kewangan yang berkesan yang dapat menggalakkan dan memberi insentif terbaik untuk amalan terbaik yang mampan. Kami yakin bahawa kolaborasi dengan GDS mempunyai potensi yang besar untuk memberi manfaat kepada Malaysia memandangkan kolaborasi ini akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia."

En. Mak Joon Nien, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank (Malaysia) Berhad berkata, "Kemampanan merupakan tonggak utama di Standard Chartered dan kami amat menyokong pelanggan yang membuat keputusan perniagaan dan pelaburan secara sedar yang mempunyai impak positif. Melalui usaha ini, kami memainkan peranan kami sebagai perantara yang penting dalam sistem kewangan bagi memastikan pembiayaan mencapai projek yang tepat bagi memastikan momentum berterusan."

Fasa 1 kampus NTP GDS meliputi jumlah luas lantai bersih 30,312 meter persegi dan mempunyai kapasiti kuasa IT sebanyak 69.9 MW. Kampus ini telah menerima pelbagai inisiatif mampan yang luar biasa, khususnya penggunaan infrastruktur pasang siap dan penyelesaian penyejukan cecair. Pelaksanaan reka bentuk pasang siap termaju mengupayakan penyerahan pantas NTP1 dalam rangka masa 14 bulan, meminimumkan beban kerja pembinaan dengan berkesan dan memperkemas seluruh proses penyerahan.

Sementara itu, penerimaan teknologi penyejukan cecair memudahkan pengurangan yang banyak dalam Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE), seterusnya memperkukuh kecekapan tenaga keseluruhan. Dengan pemberian penyelesaian pembiayaan yang mampan ini, GDS bersedia untuk mempromosikan penyelesaian jejak rendah karbon termajunya dengan aktif dan berusaha mendapatkan pensijilan Gold LEED untuk semua bangunan di dalam kampus.

[TAMAT]

Latar Belakang GDS Holdings Limited

GDS Holdings Limited (NASDAQ: GDS; HKEX: 9698) ialah pemaju dan pengendali pusat data berprestasi tinggi yang terkemuka di China dan Asia Tenggara. Kemudahan-kemudahan Syarikat ini terletak secara strategik di hab ekonomi utama di mana permintaan terhadap perkhidmatan pusat data berprestasi tinggi tertumpu. Syarikat ini turut membina, mengendalikan dan memindahkan pusat data di lokasi-lokasi lain yang dipilih oleh pelanggannya bagi memenuhi keperluan mereka yang lebih luas. Pusat data Syarikat ini memiliki keluasan lantai bersih yang besar, kapasiti kuasa yang tinggi, ketumpatan dan kecekapan serta berbilang lewahan dalam semua sistem yang kritikal. GDS ialah pembawa dan neutral-awan, yang membolehkan pelanggannya mengakses rangkaian telekomunikasi utama serta PRC terbesar dan awan awam global yang dihoskan di banyak kemudahannya. Syarikat ini menawarkan ko-lokasi dan suit perkhidmatan bernilai tambah, termasuk perkhidmatan awan hibrid terurus melalui sambungan persendirian terus ke awan awam utama, perkhidmatan rangkaian terurus dan apabila diperlukan, penjualan semula perkhidmatan awan awam. Syarikat ini memiliki rekod prestasi penyerahan perkhidmatan selama 22 tahun, memenuhi dengan jayanya keperluan beberapa pelanggan terbesar dan paling mendesak untuk perkhidmatan pusat data bersumber luar di China. Kumpulan pelanggan Syarikat ini sebahagian besarnya terdiri daripada penyedia perkhidmatan awan hiperskala, syarikat internet besar, institusi kewangan, pembawa telekomunikasi, penyedia perkhidmatan IT selain sektor swasta domestik yang besar dan juga syarikat mutlinasional.

Source: GDS
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Cloud Computing / Internet of Things