omniture

TAILG Lancar Teknologi Bateri Ion-Natrium Termaju di China

TAILG
2023-12-19 13:39 100

BEIJING, 19 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Pada 14 Disember 2023, TAILG, peneraju global bagi kenderaan dua roda elektrik, mengumumkan pelancaran teknologi bateri ion-natrium terkininya, menandakan permulaan era baharu untuk kenderaan dua roda elektrik. Teknologi ini menampilkan keupayaan jarak jauh yang luar biasa, jaminan dilanjutkan, rintangan suhu rendah unggul dan keselamatan yang dipertingkat. E-basikal mewah TAILG akan menjadi yang pertama membawakan bateri ion-natrium dan pada mulanya ia akan tersedia di China.

Kenderaan dua roda elektrik pertama TAILG dengan teknologi bateri ion-natrium kini tersedia

Pasaran kenderaan dua roda elektrik global kini sedang berkembang pada kadar melebihi 20% setahun. Biarpun dengan kemajuan ini, kebimbangan mengenai jarak kekal menjadi halangan yang signifikan kepada kemajuan industri.

Penyelesaian bateri ion-natrium TAILG, yang dilancarkan di peringkat global di Forum Bateri Kenderaan Elektrik Ringan (Beijing) China, merupakan satu kejayaan penting dalam sektor kenderaan dua roda, seterusnya memulakan era baharu bateri ion-natrium. Sebagai bateri ion-natrium pertama daripada TAILG, ia turut menunjukkan komitmen teguh TAILG kepada penyelesaian jarak jauh.

Sun Muchu, Presiden EksekutifTAILG Group, mengetengahkan empat kelebihan utama teknologi bateri mereka:

  • Bateri ini mempunyai jarak yang amat jauh, berupaya mencapai 115 kilometer walaupun dalam suhu di bawah 0°C, sambil mengekalkan kelajuan 25km/j.
  • Kitar hayat melebihi 2,000 kitaran, 5-7 kali lebih lama berbanding bateri asid-plumbum konvensional.
  • Bateri ini mengekalkan kira-kira 93% kapasitinya walaupun pada suhu sejuk melampau iaitu -20°C, menjadikannya amat sesuai untuk kegunaan pada musim sejuk.
  • Di samping itu, prestasi keselamatan bateri ini melangkaui standard industri lantaran teknologi kalis air gred-IPX7 yang meliputi seluruh pek.

TAILG akan mengaplikasikan bateri ion-natrium kepada rangkaian e-basikal mewahnya untuk pasaran pengguna sederhana-hingga-premium.

Sebagai yang pertama dalam industri ini yang melancarkan kenderaan dua roda elektrik yang dilengkapi dengan bateri ion-natrium, TAILG bermatlamat untuk memanfaatkan kelebihan penggerak pertamanya untuk mencipta ekosistem yang lengkap. Strategi ini melibatkan pembangunan ekosistem komprehensif yang mencakupi penyelidikan dan pembangunan (R&D), produk dan pemasaran, seterusnya memberi kedudukan kepada TAILG atas kelebihan daya saing kompetitif yang sistematik dalam pasaran bateri ion-natrium.

Dinamakan sebagai perintis global penyelesaian jarak jauh

Sempena sambutan ulang tahun ke-20 TAILG baru-baru ini, lembaga syarikat mengulangi komitmennya untuk mengutamakan keperluan pelanggan dan meningkatkan pengalaman pengguna dalam usaha masa depan mereka. Di samping itu, mereka mengumumkan hasrat untuk memperluaskan jangkauan global mereka, selaras dengan cita-cita mereka untuk muncul sebagai jenama terunggul di dunia.

Chen Yingsheng, Naib Presiden dan Presiden Kumpulan Perniagaan Luar Negara di TAILG, mengumumkan pembentukan sebuah pasukan operasi sebagai sebahagian daripada strategi penyetempatannya. Langkah ini bertujuan untuk menetapkan penanda aras global. TAILG, yang sudahpun terkenal dengan pusat R&D dan reka bentuknya di seluruh dunia, komited terhadap inovasi dan kecekapan. Memanfaatkan keupayaan pembuatan dan rantaian bekalan Kumpulan yang mantap, TAILG mewujudkan jejak global secara berkesan dalam pembuatan pintar.

Pada 15 Disember, TAILG dinamakan sebagai salah satu perintis global bagi kenderaan dua roda elektrik jarak jauh oleh Frost & Sullivan, sebuah firma perunding strategi pertumbuhan yang terkemuka di dunia. Berikutan pensijilannya di bawah standard kenderaan elektrik jarak jauh China dalam bulan September, TAILG melengkapkan pensijilan yang membolehkan perjalanan sejauh 100km dengan hanya 1kWj tenaga elektrik. Pencapaian ini memberi kedudukan kepada TAILG sebagai contoh industri, menerajui penerimaan dan pelaksanaan standard yang inovatif.


Sebagai peneraju global bagi kenderaan dua roda elektrik jarak jauh, TAILG berada di barisan hadapan bagi penyelesaian mobiliti elektrik lestari. Melalui kolaborasinya dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), TAILG mengambil bahagian secara aktif dalam projek-projek mobiliti elektrik seluruh dunia. Tambahan pula, TAILG merupakan pembekal eksklusif kenderaan dua roda elektrik kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengukuhkan jejak antarabangsanya.


TAILG mempertingkatkan teknologi jarak jauhnya secara progresif, meningkatkan keupayaan daripada 50km kepada 75km dan dalam pusingan terkini ini, sehingga 100km setiap kilowatt-jam. Penambahbaikan ini menandakan kemasukan syarikat ini ke dalam era baharu kenderaan dua roda elektrik jarak jauh.

Source: TAILG
Keywords: Auto Household Products Transportation New products/services