omniture

TIGA GALERI MALAYSIA MEMBUAT KEMUNCULAN SULUNG DI ART SG 2024 -- PAMERAN SENI KONTEMPORARI ANTARABANGSA SINGAPURA

ART SG
2023-12-27 10:56 11

Wei-Ling Gallery, Rissim Contemporary dan The Back Room akan mempamerkan karya oleh para artis kontemporari terkemuka Malaysia, manakala galeri-galeri lain turut menonjolkan pengamal seni Malaysia yang terkenal

SINGAPURA, 27 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Buat julung kalinya, tiga galeri Malaysia yang baharu akan dipersembahkan di edisi kedua ART SG – pameran seni kontemporari antarabangsa yang membawakan dunia ke Singapura dan Asia Tenggara – manakala artis-artis Malaysia turut ditonjolkan di galeri-galeri lain.

ART SG kembali ke Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, Marina Bay Sands, Singapura pada bulan Januari 2024. Imej ehsan daripada ART SG
ART SG kembali ke Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, Marina Bay Sands, Singapura pada bulan Januari 2024. Imej ehsan daripada ART SG

Berlangsung mulai 19 hingga 21 Januari 2024 di Sands Expo and Convention Centre, Marina Bay Sands, ART SG ialah salah satu sorotan Minggu Seni Singapura, sambutan tahunan bandar ini bagi seni visual.

ART SG 2024, dianjurkan oleh The Art Assembly dan dipersembahkan oleh pengasas dan rakan kongsi utama UBS, menampilkan 115 galeri hebat dari 33 negara dan wilayah. Sejumlah 39 galeri baharu akan menyertai pameran ini buat julung kali, yang mana tiga daripadanya adalah dari Malaysia.

Pameran seni bertaraf dunia ini merangkumi tiga sektor utama:

  • GALERI, pertunjukan pameran berbilang artis yang pelbagai;
  • FOKUS yang menampilkan galeri yang mempersembahkan program artis solo atau duo atau persembahan tematik dipilih susun; dan
  • MASA DEPAN, yang menyokong galeri baharu di bawah tempoh 10 tahun, menyampaikan persembahan yang dicipta khas untuk ART SG.

Sepanjang pameran ini, pengunjung akan turut menemui pemasangan dinamik, berskala besar, khusus tapak sebagai sebahagian daripada sektor PLATFORM; mengalami program FILEM yang dipilih susun yang dianjurkan melalui kolaborasi dengan ArtScience Museum dan mengambil bahagian dalam program BUAL BICARA yang menampilkan pemimpin pemikiran dunia seni.

PERSPEKTIF PROGRESIF DARIPADA GALERI MALAYSIA YANG DIPERKENALKAN BUAT JULUNG KALI

Tiga galeri dari Kuala Lumpur akan mengadakan pameran buat julung kalinya di ART SG, menawarkan pandangan tentang ekspresi dan medium berbeza daripada bidang seni kontemporari yang semakin berkembang di ibu kota Malaysia.

Wei-Ling Gallery, sebahagian daripada sektor FOKUS ART SG 2024, akan menampilkan siri terkini perintis Malaysia Wong Chee Mung yang mana beliau menggabungkan lukisan tradisional dengan bidang termaju Realiti Imbuhan (AR). Dilaksanakan secara mahir dengan lapisan cat akrilik, setiap karya oleh Wong Chee Meng mempersembahkan hasil ciptaan berbilang lapisan. Realiti Imbuhan (AR) mengubah pemerhatian pasif kepada interaktif aktif oleh khalayak, menjalin hubungan simbiotik antara pemerhati dan seni.

The Back Room, sebahagian daripada sektor MASA DEPAN ART SG, akan mempersembahkan karya berasaskan tekstil dan besar yang berkisarkan secara meluas tentang tema identiti dan kebebasan oleh tiga bakat baru muncul dari Asia Tenggara dan Amerika Tengah: Marcos Kueh (Malaysia/Belanda), Red Hong Yi (Malaysia) dan Antonio Pichillá Quiacaín (Guatemala). Reruai akan dipasang kukuh dengan pemasangan tenunan pendarfluor berbilang karya oleh Marcos Kueh yang menyentuh tentang tema subjek pascakolonial, diapit oleh karya tenunan oleh Antonio Pichillá Quiacaín yang diilhamkan oleh identiti pribumi beliau dan penyelidikan oleh Red Hong Yi tentang kewanitaan.

Menonjolkan artis-artis baru muncul Malaysia, Rissim Contemporary, sebahagian daripada sektor MASA DEPAN, akan mempamerkan lukisan oleh Paul Nickson Atia daripada siri beliau "Torun Tana? (There Is Something About Home)" yang menyelami secara mendalam tentang hubungan peribadi artis ini dengan Sarawak dan warisan Bidayuh beliau. Bersama-samanya ialah karya kolaj oleh Saiful Razman daripada siri beliau "Apartments", diperbuat daripada kain kasa perubatan dan kertas tisu gulung, diilhamkan oleh reka bentuk pangsapuri berkos rendah dalam tahun 1990-an Kuala Lumpur.

ARTIS-ARTIS MALAYSIA LAIN UNTUK DISAKSIKAN 

Sektor utama dan terbesar ART SG — GALERI — akan menampilkan 68 galeri antarabangsa dan serantau yang terkemuka.

Chok Yue Zan — pemenang Pertandingan Lukisan Terbaik Tahunan UOB 2017 (Malaysia) — merupakan salah seorang daripada dua artis yang ditampilkan untuk persembahan galeri Singapura, Art Porters Gallery, "Dual Realities: Unraveling the Upside Down World". Reruai ini mengatur seiring karya oleh Zan bersama-sama Bestrizal Besta (Indonesia) untuk mendedahkan dua perspektif dunia terbalik kita. Gabungan mahir Zan antara kreativiti, emosi dan keteknikan memantapkan kedudukan beliau sebagai artis baru muncul pelbagai bidang di rantau ini.

Galeri yang kembali semula Richard Koh Fine Art (Kuala Lumpur, Bangkok, Singapura) akan menonjolkan tapestri yang semakin berkembang dan bahasa visual beraneka yang mencirikan bidang seni kontemporari Asia Tenggara melalui sekumpulan artis dari rantau ini. Justin Lim dan Yeoh Choo Kuan, kedua-duanya dari Malaysia, menyertai pameran bersama-sama Htein Lin (Myanmar), Oca Villamiel (Filipina), Ruben Pang (Singapura) dan Yim Maline (Kemboja).

Bertempat di Singapore gallery Art Seasons, artis seramik Malaysia kontemporari Umibaizurah merupakan sebahagian daripada "TIME AND CHANGE". Keseriusan bidang subjek Umibaizurah disamarkan oleh kualiti visual berwarna-warni arca seramik dan asemblaj beliau.

DUNIA DI ART SG 2024

Dalam tahun 2024, ART SG sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada beberapa galeri yang terkenal di dunia termasuk Gagosian, White Cube, Thaddaeus Ropac, Lehmann Maupin, neugerriemschneider, Xavier Hufkens, Galerie Gisela Capitain, Annely Juda Fine Art, Goodman Gallery, Kukje Gallery, P.P.O.W, Peres Projects, ShanghART Gallery, Ota Fine Arts, MadeIn Gallery, albertz benda dan banyak lagi.

"Kami berbesar hati mengalu-alukan kembali dunia seni antarabangsa ke Singapura sekali lagi dengan edisi kedua ART SG," kata Shuyin Yang, Pengarah Pameran, ART SG. "Pengumpul dan pengunjung pameran akan berpeluang melihat persembahan seni yang hebat dari Singapura dan Asia Tenggara termasuk nama-nama yang telahpun mantap dan bakat-bakat baharu yang menarik, berserta seni kontemporari global yang terbaik daripada galeri seluruh dunia melalui sektor dan program pameran yang dipilih susun dengan teliti."

Untuk maklumat lanjut mengenai ART SG:
Laman Web: artsg.com
Instagram: @art.sg
Facebook: @artsgfair

Untuk maklumat lanjut mengenai Minggu Seni Singapura:
Laman Web: artweek.sg

Maklumat dan visual boleh ditemui pada kit media ART SG 2024.

 

Source: ART SG
Keywords: Art Entertainment New products/services Trade show news