omniture

GeeTest Perkenal Siri eBuku Bot Management 101, Menjelaskan Panduan Penyerang

GeeTest
2023-12-27 18:29 52

WUHAN, China, 27 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dalam pertempuran tanpa henti memerangi bot berniat jahat, GeeTest mengambil langkah perintis ke hadapan dengan memperkenalkan siri eBukunya yang terkini, dimulakan dengan "Bot Management 101: The Basics of CAPTCHA's Security Showdown - CAPTCHA Harvesting."

Mengupayakan Perniagaan Dalam Talian Kekal Selangkah di Hadapan Ancaman Berpotensi

Setiap eBuku dalam siri ini menyelami aspek-aspek panduan penyerang tertentu, menawarkan pemahaman yang mendalam tentang kaedah yang digunakan untuk mengeksploitasi kerentanan. Menyedari keperluan terhadap strategi pertahanan yang proaktif, siri Bot Management 101 daripada GeeTest melengkapkan perniagaan ilmu pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk memperkuat pertahanan dalam talian mereka.

Panduan Komprehensif GeeTest terhadap Serangan dan Pertahanan Bot

Memulakan perjalanan untuk memahami pemecahan CAPTCHA, siri Bot Management 101 penting untuk mewujudkan keselamatan rangkaian yang teguh. Pembaca akan memperoleh khazanah ilmu, mempersiapkan diri mereka dengan alat yang diperlukan untuk menentang ancaman pemecahan CAPTCHA.

GeeTest Unveils Bot Management 101 eBook Series, Illuminating the Attacker's Playbook
GeeTest Unveils Bot Management 101 eBook Series, Illuminating the Attacker's Playbook

Apa Menanti Anda dalam eBuku Ini

  1. Pengewangan Serangan Bot: Memahami strategi klasik yang digunakan oleh penyerang untuk memaksimumkan keuntungan mereka dan bagaimana strategi ini bersilang dengan langkah balas vendor CAPTCHA.
  2. Menyahbina teknik pemecahan CAPTCHA: Membongkar kerumitan serangan bot, menawarkan pandangan, strategi dan penyelesaian bagi melindungi platform dalam talian daripada ancaman automatik berniat jahat.
  3. Impak Dunia Sebenar ke atas Perniagaan: Terokai kes-kes kehidupan sebenar yang mana perniagaan menghadapi akibat daripada serangan pemecahan CAPTCHA dan cabaran yang mereka hadapi.
  4. Pendekatan GeeTest: Dapatkan pandangan eksklusif tentang strategi pertahanan proaktif GeeTest terhadap pemecahan CAPTCHA. Ketahui tentang kemas kini pangkalan data imej kami yang kerap dan peningkatan keselamatan dibuat khas yang direka bentuk untuk menghalang penyerang pada setiap masa.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengakses Siri eBuku 'Bot Management 101', sila klik di sini. GeeTest terus menerajui usaha dalam keselamatan siber, memperkasa perniagaan untuk mengemudi landskap digital dengan yakin dan bingkas.

Latar Belakang GeeTest:

GeeTest, penyedia bagi pengurusan CAPTCHA dan bot, melindungi laman web, aplikasi mudah alih dan API daripada serangan berpacukan bot yang automatik, seperti ATO, sumbat kelayakan, penggondolan web dan sebagainya. GeeTest telahpun membangunkan teknologi pengesahan manusia-bot sejak tahun 2012. Kini, ia memproses 2.9 bilion permintaan CAPTCHA setiap hari dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 320,000 syarikat dalam sektor-sektor seperti blok rantai, permainan dalam talian, e-dagang dan sebagainya. Pada November 2021 GeeTest diiktiraf sebagai vendor pilihan dalam Now Tech: Bot Management Forrester, S4 2012. Dalam bulan Ogos 2023, GeeTest CAPTCHA Dianugerahkan sebagai Kemudahan Penggunaan Terbaik dan Lencana Nilai Terbaik 2023 oleh Capterra.

 

Source: GeeTest
Keywords: Books Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications