Alami Ritual Keindahan Botani dalam setiap titisan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Jenama penjagaan diri vegan 'DRYOPE', yang menampilkan syampu, rawatan dan pencuci badan yang diperbuat daripada formula vegan seperti *ekstrak bunga kamomil dan ekstrak teh hijau, mengumumkan secara rasmi pelancarannya di Malaysia dan boleh didapati di Watsons, Shopee, Lazada dan Zalora.
'DRYOPE' diilhamkan oleh DRYOPE dewi daripada mitologi Yunani yang bertukar menjadi bunga dan pokok untuk melindungi keluarganya. DRYOPE merangkumi falsafah untuk menyediakan keselesaan yang lembut kepada tubuh dan minda pemakai melalui kuasa sebenarnya.
Istilah 'vegan' telah mendapat perhatian global. Pada mulanya dilancarkan di Korea pada tahun 2020, DRYOPE merebut peluang untuk membawakan formulasi vegan yang digemari dengan *ekstrak bunga kamomil dan ekstrak teh hijau ke Asia Tenggara. Ekoran daripada itu, DRYOPE mencapai kejayaan penting dengan memasuki kedai luar talian Watsons di Asia Tenggara, dengan pencapaian jualan kumulatif $1,000,000, termasuk 725 kedai di Malaysia, 200 kedai di Singapura dan kedai dalam talian di Hong Kong.
Rangkaian penjagaan rambut dan badan DRYOPE dibangunkan dengan surfaktan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan yang mengandungi *ekstrak bunga kamomil dan ekstrak teh hijau. Formulasi ini memastikan pelembapan dan kelegaan yang tepat untuk kulit.
Syampu pembersih mendalam kulit kepala terutamanya mengandungi biotin untuk membekalkan nutrisi kepada rambut dan kulit kepala, sementara rawatan yang berkhasiat menyihatkan semula rambut yang kering dan rosak dengan protein yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan. Bagi pencuci badan yang menyegarkan, asid hialuronik yang disertakan membentuk penghalang kelembapan, mengupayakan penjagaan kulit yang tahan lama.
Wangian terdiri daripada lima varieti: 'Kayu Ros' yang menenangkan dan mendalam, 'Kasturi Jasmin' meredakan yang memberi ketenangan kepada minda yang letih dan 'Bunga Freesia Berbau Buah, Bunga Oren serta Selasih limau nipis & mandarin' yang bertenaga.
Temui dan nikmati keindahan vegan Rangkaian Penjagaan Rambut & Badan DRYOPE di Watsons, Shopee, Lazada.
Latar Belakang DRYOPE
Jenama kami dibangunkan berdasarkan penghargaan yang mendalam terhadap keindahan alam semula jadi, inovasi dan nilai.
Kisah DRYOPE mengingatkan kami tentang perkaitan yang mendalam antara kecantikan manusia dan dengan intipati alam semula jadi. Kami menggunakan bahan botani, herba dan mineral untuk mencipta formulasi yang memberi penghormatan kepada kebijaksanaan yang lama sambil menerima inovasi termaju.
Inovasi menjadi teras jenama kami, tatkala kami terus mencari cara baharu untuk menggabungkan kebijaksanaan alam semula jadi yang abadi dengan sains moden. Produk kami menawarkan bukan sekadar keindahan kepada anda, tetapi keindahan yang berharmoni dengan alam semula jadi.
DRYOPE mengundang anda untuk mengikuti perjalanan penjagaan diri dan kelestarian, yang melaluinya daya tarikan dunia semula jadi bergabung lancar dengan inovasi dan nilai. Sertai kami bagi meraikan keindahan yang ditawarkan oleh alam semula jadi.
* ekstrak bunga kamomil (Nama INCI: Ekstrak Bunga Anthemis Nobilis) |