omniture

Perjalanan puisi sedunia: CGTN sambut tahun 2024 dengan siaran langsung global

CGTN
2024-01-01 14:34 23

BEIJING, 1 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Tatkala kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023 dan menyambut tahun 2024, CGTN melancarkan acara siaran langsung "Read a Poem" tanpa henti selama 24 jam di tujuh bandar di seluruh dunia pada hari Ahad untuk menyambut Tahun Baharu bersama rakan taulan dan keluarga dari seluruh dunia.

Official poster for CGTN's "Read a Poem" livestreaming event. /CGTN
Official poster for CGTN's "Read a Poem" livestreaming event. /CGTN

Acara selama 24 jam ini akan bermula jam 08:00 GMT (16:00 Waktu Beijing) bersama para tetamu di Sydney, Xi'an, Changsha, Almaty, Cairo, Paris dan Bandar Raya Mexico. Penduduk di tujuh bandar berkenaan akan dijemput untuk bersiaran ke udara dan berbicara tentang resolusi Tahun Baharu mereka, mendeklamasikan sajak atau menyampaikan ucapan selamat kepada orang lain di hadapan kamera penstriman kami.

Pertemuan dengan orang Cina luar negara dan penduduk tempatan di Sydney akan membolehkan kami merayakan Tahun Baharu sambil meneroka perbezaan dan persamaan antara budaya Cina dan Australia. Seiring dengan penantian subuh pertama tahun 2024, kami juga akan menikmati pertunjukan bunga api Malam Tahun Baharu yang terkenal di bandar tersebut.

Di Xi'an, ibu kota Wilayah Shaanxi, barat laut China, kami akan membawa anda melawat ke Taman Tema "The Longest Day in Chang'an" untuk melihat beberapa tarian dan muzik purba yang paling indah daripada Dinasti Tang (618-907). Penduduk tempatan dan peminat hanfu akan turut diundang untuk menyertai sambutan di Pintu Bandar Selatan.

Apabila berada di Changsha, ibu kota Wilayah Hunan, kami akan singgah di jalan bersejarah Taiping untuk menikmati beberapa hidangan masakan Hunan asli dan melihat sekilas Muzium Changsha Tongguan Kiln bagi menghargai porselin yang halus. Kami juga akan meninjau lebih lanjut tentang hubungan budaya, komersial dan ekonomi China dan Afrika di Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika Dewan Pameran Kekal. Sementara itu, penonton dapat berhubung dengan rakan dalam talian dari China dan Afrika sambil menghayati keindahan lirik puisi.

Kami akan mengundang orang Cina yang tinggal di luar negara dan rakan tempatan di Almaty, Kazakhstan ke Abai Square yang membawa nama penyajak berpengalaman negara tersebut, Abai Kunanbayev, bagi meneroka keindahan kraftangan tradisional dari China dan Kazakhstan serta tarikan muzik dan tarian serantau.

Selepas ketibaan kami di Cairo, kami akan menaiki bot Sungai Nil dan meraikan di sepanjang tebing bersama pemain dram dan pemuzik tempatan. Bagi menyambut Tahun Baharu yang bakal menjelang tiba, kami akan menyanyikan lagu artis dan penyajak.

Hentian kami yang seterusnya ialah Pusat Kebudayaan Cina di Paris, di mana kami akan bertemu dengan peminat hanfu tempatan, ekspatriat Cina dan individu berpengaruh dalam dunia seni. Kami akan bersama-sama menyambut Tahun Baharu sambil merenung pemandangan Paris yang menakjubkan.

Akhir sekali, kami akan melawat patung Malaikat Kemerdekaan (Angel of Independence) Bandar Raya Mexico yang terkenal untuk menyertai penduduk dan pengguna internet Mexico dalam sambutan Malam Tahun Baharu tradisional mereka.

Sertai kami untuk perayaan puisi yang menawan hati yang melaluinya individu daripada pelbagai latar belakang berhimpun untuk mengekspresikan emosi mendalam mereka tentang kehidupan. Acara ini berperanan sebagai platform untuk peserta melibatkan diri dalam perbualan yang bermakna, membincangkan tentang prospek dan aspirasi mempesonakan bagi Tahun Baharu yang semakin hampir.

https://news.cgtn.com/news/2023-12-29/A-worldwide-poetry-journey-CGTN-rings-in-2024-with-global-livestream-1pTWCECTIpq/p.html 

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Future Events