omniture

Seerslab Jalin Perkongsian Strategik di Persidangan MINT Vietnam untuk Bawakan Teknologi Realiti Campuran ke Vietnam

Seerslab
2024-01-01 14:53 20

SEOUL, Korea Selatan, 1 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Seerslab, syarikat pemula teknologi dan kandungan media yang mengkhusus dalam penyelesaian dan kandungan realiti imbuhan (AR) dan realiti campuran (MR), baru-baru ini mengambil bahagian dalam persidangan Pembeli/Pelabur MINT Vietnam yang diadakan di Hanoi, Vietnam mulai 12 hingga 15 Disember.

MOU Signing Ceremony in MINT VIETNAM
MOU Signing Ceremony in MINT VIETNAM

Persidangan tersebut disokong oleh Kementerian Sains dan ICT Korea dan diwujudkan di bawah 'Projek Sokongan Pemasaran Global Metasemesta 2023' yang dijalankan oleh National IT Industry Promotion Agency (NIPA). Seerslab menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan dua syarikat teknologi Vietnam yang utama, Web3Space dan GTS untuk meneruskan perkongsian strategik dan peluang perniagaan bersama.

Seerslab merupakan antara 13 pembeli lain dari Vietnam di persidangan itu yang meninjau sinergi dengan sektor IT Vietnam yang berkembang maju. Melalui MOU dan kolaborasi yang akan datang, Seerslab bermatlamat untuk memperkenalkan teknologi inovatifnya seperti Visi-AI, platform AR dan Metasemesta ke Vietnam. Ini membuka kemungkinan untuk perkongsian B2B dan membawa pengalaman realiti-campuran yang baharu kepada pengguna Vietnam.

"SeersLab, ditubuhkan di Silicon Valley pada tahun 2014, ialah sebuah syarikat kandungan berpacukan-teknologi dengan kepakaran dalam realiti imbuhan dan teknologi metasemesta. Kami menghargai peluang yang disediakan oleh Persidangan MINT untuk mencipta peluang perniagaan dengan syarikat-syarikat Vietnam yang mahir," kata Michel Chong, Ketua Pegawai Eksekutif SeersLab.

Platform dunia maya syarikat ini, Mirrortown, mula dilancarkan di Korea dan terdapat rancangan untuk pengembangan global dalam tahun 2024. Mirrortown membolehkan penerokaan berdasarkan peta untuk pengguna mengalami keterujaan menavigasi dunia maya melalui ruang yang mencerminkan dunia sebenar.

Jadilah antara yang pertama meneroka dunia maya Mirrortown yang imersif dan realiti imbuhan ARGear dan Hypen yang inovatif. Kunjungi pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar.

  • Mirrortown: Bawa diri anda ke ruang maya yang menakjubkan di Mirrortown.io
  • ARGear: Lihat alam semula jadi dengan cara serba baharu menerusi realiti imbuhan di Argear.io
  • Hypen: Sistem pemadanan universiti berpacukan-AI di Korea yang berasaskan kepada keputusan Ujian Keupayaan Skolastik Kolej (CSAT). Ketahui universiti anda di Hypen.ai

Untuk pertanyaan perniagaan, sila berhubung dengan support@seerslab.com.

Latar Belakang SeersLab

Seerslab ialah pakar Realiti Campuran (MR) berasaskan Visi AI yang menghubungkan dunia sebenar dan dunia maya dengan lancar, mempopularkan persekitaran MR. Syarikat ini menyediakan penyelesaian kandungan dan platform MR dengan menggabungkan kepakaran dalam teknologi pemahaman manusia, ruang dan platform.

Source: Seerslab
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence