omniture

CGTN: Menyambut tahun 2024, bagaimana China akan berikan kehidupan lebih baik kepada rakyat?

CGTN
2024-01-03 00:16 24

BEIJING, 3 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Matlamat utama China adalah untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat, kata Presiden Cina Xi Jinping semasa ucapan Tahun Baharu beliau pada hari Ahad di Beijing sempena menyambut tahun 2024.

"Anak-anak kita harus dijaga dengan baik dan mendapat pendidikan yang bagus. Anak muda kita harus mendapat peluang untuk mengejar kerjaya mereka dan berjaya. Warga emas kita pula harus mendapat akses yang mencukupi kepada perkhidmatan perubatan dan penjagaan warga tua," janji Xi.

Isu-isu ini penting untuk setiap keluarga dan mereka juga merupakan keutamaan tertinggi pihak kerajaan, tegas beliau. "Kita harus saling bekerjasama untuk merealisasikan isu-isu ini."

Tatkala mengejar pembangunannya, China turut menerima dunia dan memenuhi tanggungjawabnya sebagai sebuah negara utama, tambah Xi.

"Tidak kira sejauh mana landskap global mungkin berkembang, keamanan dan pembangunan tetap menjadi trend yang mendasari dan hanya kerjasama demi faedah bersama dapat merealisasikannya," kata presiden Cina.

Bergantung kepada rakyat

Tahun 2023 bukanlah tahun yang mudah untuk China. Biarpun dengan pertumbuhan global yang lembap, China telah mengatasi hambatan ekonomi dan bertahan dengan ujian bencana alam yang besar.

"Setelah mengharungi badai, ekonomi Cina menjadi lebih bingkas dan dinamik berbanding sebelum ini," kata Xi dalam ucapan pada hari Ahad.

"Rakyat merupakan individu yang kami kenang ketika kami berjuang untuk mengatasi semua kesukaran atau cabaran," tegas Xi.

Dalam ucapan itu, beliau menyebut bahawa dalam tahun 2023, sesetengah perusahaan mengalami waktu sukar, beberapa individu mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan dan memenuhi keperluan asas dan beberapa tempat pula dilanda banjir, taufan, gempa bumi atau bencana alam yang lain.

"Kesemua ini tetap menjadi keutamaan dalam minda saya," kata beliau.

Memandang ke hadapan, Xi menggesa usaha untuk memajukan pemodenan Cina dengan teguh, mengamalkan falsafah pembangunan baharu sepenuhnya dan dengan penuh setia dalam segenap aspek, mempercepatkan pembinaan paradigma pembangunan baharu, menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dan kedua-dua mengejar pembangunan dan menjaga keselamatan.

Presiden Cina turut berikrar memberi sokongan berterusan kepada Hong Kong dan Macau bagi memanfaatkan kekuatan mereka yang tersendiri, menyepadukan mereka dengan lebih baik ke dalam pembangunan keseluruhan China serta menjamin kesejahteraan dan kestabilan jangka panjang.

"China pastinya akan bersatu semula dan semua warga Cina di kedua-dua bahagian Selat Taiwan harus terikat dengan rasa tujuan yang sama dan berkongsi kegemilangan penggiatan semula bangsa Cina," tambah beliau.

Menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk semua

Presiden Cina berkata dalam ucapan Tahun Baharu beliau bahawa konflik masih lagi berleluasa di beberapa pelosok dunia.

"Kami akan bekerjasama erat dengan komuniti antarabangsa demi kebaikan umat manusia bersama, membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia dan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik untuk semua," kata Xi.

Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China menyediakan platform untuk membina semua komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia melalui kerjasama yang pelbagai dan berkualiti tinggi.

Di bawah BRI, China telah menandatangani lebih daripada 200 dokumen berhubung kerjasama dengan lebih 150 negara dan lebih 30 organisasi antarabangsa. Dari tahun 2013 hingga 2022, nilai dagangan kumulatif antara China dan negara-negara BRI mencapai $19.1 trilion, dengan purata kadar pertumbuhan tahunan mencapai 6.4 peratus.

Pada peringkat dua hala dan berbilang hala, China telah membina komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama menerusi bilangan rakan kongsi yang semakin meningkat dalam bentuk-bentuk yang berbeza. Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Sekuriti Global yang dicadangkan oleh China mendapat sokongan daripada lebih 100 negara sementara Inisiatif Tamadun Global juga disambut baik.

https://news.cgtn.com/news/2023-12-31/Embracing-2024-how-will-China-deliver-a-better-life-for-the-people--1pZi3XkVjVe/p.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service