omniture

Yadea Ulangi Komitmen kepada Gaya Hidup Ulang-alik Hijau di CES 2024

Yadea
2024-01-08 23:00 46

LAS VEGAS, 8 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Yadea (01585.HK), sebuah syarikat teknologi global perintis yang mengkhusus dalam e-mobiliti beroda dua, memperkenalkan inovasi pengangkutan peribadi terkininya bersama-sama portfolio produk penuhnya di CES 2024. Menerusi kemajuan dalam teknologi bateri, Yadea menunjukkan komitmennya untuk mencipta gaya hidup ulang-alik yang mampan melalui teknologi berpusatkan pengguna yang canggih.


Produk Baharu Diperkenalkan di CES 2024

"Inovasi terkini kami menawarkan cara baharu yang menarik untuk pergi ke tempat kerja, ke taman atau mengunjungi insan tersayang," kata Vicky Yang, Pengurus Besar Bahagian Mikromobiliti Yadea. "Pengembara bergelut dengan keadaan berulang-alik yang semakin mencabar dan atas sebab inilah di CES 2024, kami berbangga memperkenalkan Yadea Artist, e-skuter tendang Yadea EliteMax dan e-basikal Yadea Cocoa untuk membantu pengulang-alik mengelakkan lalu lintas bandar raya yang sesak. Membawakan ciri keandalan, prestasi dan keselesaan yang tersendiri daripada Yadea, penyelesaian baharu kami melakarkan laluan baharu untuk mobiliti bandar mesra alam."

Produk baharu ini menggabungkan dengan teliti prestasi dan reka bentuk bagi mempermudah perjalanan ulang-alik bandar moden. Yadea Artist memiliki ciri kestabilan dan kemudahalihan luar biasa, dilengkapi dengan sistem peredam julur berganda depan dan belakang dengan hanya seberat 18.6kg. Sementara itu, Yadea Cocoa membawakan kecerdasan digital yang dipertingkat dan sistem rak terbuka praktikal, dilengkapi dengan papan pemuka 5.5-inci pintar yang memaparkan data masa sebenar seperti kalori yang dibakar, emisi karbon dan metrik prestasi berbasikal utama yang lain. Yadea Cocoa turut didatangkan dengan set gear Shimano premium dan tempat lekap untuk aksesori, seperti pembawa kanak-kanak bagi meningkatkan kapasiti bawaannya.

Kemajuan Teknologi Bateri

Selain daripada keluaran baharu ini, Yadea mempamerkan produk utamanya dalam e-motosikal, e-skuter, e-basikal dan e-skuter tendang, membawakan rangkaian penyelesaian e-mobiliti hijau holistik yang dapat memenuhi pelbagai keperluan perjalanan. Di pameran teknologi bertaraf dunia ini, Yadea turut mendemonstrasikan teknologi baterinya, menyediakan penyelesaian bekalan tenaga untuk perjalanan ulang-alik hijau.

Dalam bidang e-kenderaan dua roda, pengguna mengutamakan penyelesaian bateri optimum yang berkesan kos. Bateri Grafen TTFAR Yadea menawarkan peningkatan kapasiti sebanyak 30% berbanding dengan bateri standard bersaiz sama dan jangka hayat melebihi 1,000 kitaran cas—tiga kali ganda berbanding bateri biasa. Di samping itu, ia menggabungkan elektrolit antibeku dan perumah tahan suhu untuk prestasi yang stabil dalam iklim bermula daripada -20°C hingga 55°C (-4°F hingga 131°F). Bateri grafen TTFAR Yadea mendapat pengesahan pasaran global, dengan jualan global melebihi 80 juta unit setakat September 2023. Yadea juga berada di barisan hadapan bagi kebolehcapaian pengecasan, sebagai contoh, e-motosikal KEMPER Yade mencapai 80% pengecasan hanya dalam masa 10 minit, sepadan dengan kemudahan mengisi bahan api kenderaan berkuasa gas.

Hubungan PR:
media@yadea.com 

Source: Yadea
Related Stocks:
HongKong:1585
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Transportation Utilities New products/services Trade show news