omniture

Woosh! Kereta api berkelajuan tinggi menjadi perbualan hangat di seluruh Indonesia

China Daily Multimedia
2024-01-12 15:05 7

BEIJING, 12 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh China Daily dan ASEAN-China Centre, Jelajah Media Antarabangsa China-ASEAN "Song of Our Homeland" 2023 telah dilancarkan di Stesen Kereta Api Halim bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung di Jakarta, Indonesia, yang mengumpulkan wartawan dari media utama dari China dan negara-negara ASEAN.

https://www.youtube.com/watch?v=SP7STPXvVM8 

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung, yang mampu mencecah kelajuan sehingga 350 km sejam, telah membakar semangat masyarakat di serata Indonesia.

Sejak Presiden Indonesia Joko menamakan kereta api laju tersebut "Whoosh", ia telah menjadi tular di internet. Sama ada ia berkumandang di corong radio melalui pengumuman oleh kru, tertera pada pembungkusan makanan atau diilhamkan melalui gerak isyarat simbolik oleh penumpang, "Whoosh" meresap ke seluruh perjalanan kereta api.

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung merupakan projek mercu tanda Inisiatif Jalur dan Jalan (Belt and Road) dan kerjasama di antara negara China dan Indonesia mengguna pakai teknologi dan piawaian China. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak perbezaan di sini, kereta api diwarnai dengan warna merah, warna bendera kebangsaan Indonesia. Hiasan kerusi diilhamkan oleh warisan kebudayaan negara yang tidak ternilai. Terutamanya, keghairahan masyarakat Indonesia masih belum berakhir walaupun setelah sebulan pembukaan rel berlangsung.

Orang ramai masih merasai keghairahan yang luar biasa terhadap kereta api berkelajuan tinggi. Tetapi bayangkan tinggal di bandar yang padat ini, perjalanan mengambil masa kira-kira lima jam dari Jakarta ke Bandung dengan menaiki motosikal, tiga jam dengan menaik kereta api atau van, tetapi kini hanya mengambil masa 40 minit dengan kereta api yang bergerak dengan kelajuan 350 km sejam. Presiden Indonesia Joko Widodo mendapat ilham daripada bunyi gemuruh kereta api berkelajuan tinggi. Beliau mencipta perkataan Whoosh untuk kereta api berkelajuan tinggi. Ia telah menjadi bualan hangat internet di Indonesia, di mana perkataan ini boleh dilihat dengan kerap di stesen kereta api berkelajuan tinggi. Whoosh merujuk kepada kereta api berkelajuan tinggi. Rakyat Indonesia juga mempunyai harapan yang tinggi terhadap Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung dan kerjasama dua hala di antara dua negara.

Atendan kereta api tersebut berkata: "Akan ada kelas bahasa Mandarin untuk atendan, saya masih belum menerima latihan tersebut, tetapi akan ada kursus latihan sedemikian untuk membolehkan komunikasi yang lebih baik dengan penumpang. Pada masa hadapan, KCIC akan melantik seorang vendor atau pihak yang ketiga untuk menguruskan perkhidmatan makanan ini, untuk menjual makanan dan minuman dan lain-lain. Dan juga hakikatnya bahawa kereta api berkelajuan tinggi ini mungkin akan menjadi lebih besar pada masa hadapan. Ia akan pergi lebih jauh ke bandar lain seperti Jogjakarta atau Surabaya, saya merasakan bahawa ia adalah kerjasama yang sangat baik di antara dua negara."

Syarikat: China Daily Multimedia
Hubungi: Tanglijun
E-mel: tanglijun@chinadaily.com.cn
Laman Web: chinadaily.com.cn  
Telefon: +86 15210152160
Bandar: Beijing, China

Source: China Daily Multimedia
Keywords: Publishing/Information Service Transportation