omniture

Penembusan Utama ke Pasaran Bakeri China: Bakery China 2024 Bakal Menarik Lebih 400,000 Kunjungan ke NECC Shanghai dalam Mei

Bakery China
2024-01-18 20:47 89

SHANGHAI, 18 Januari 2024 /PRNewswire/ -- China Association of Bakery and Confectionery Industry, dengan kerjasama Bakery China Exhibitions Co., Ltd., dengan gembiranya mempersembahkan Bakery China 2024. Acara industri ulung ini dijadualkan berlangsung mulai 21 hingga 24 Mei di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai. Meraikan edisi ke-26nya, ia berjanji untuk menjadi sebuah acara besar-besaran, meliputi jumlah kawasan pameran seluas 320,000 meter persegi yang mengagumkan. Lebih 2,200 jenama terkenal dari hampir 30 negara dan wilayah akan berkumpul untuk mempamerkan rangkaian produk lazat mereka yang pelbagai. Dengan anggaran kehadiran lebih 400,000 kunjungan dari lebih 130 negara dan wilayah di serata dunia, acara ini tidak dapat dinafikan merupakan acara yang harus dikunjungi oleh golongan profesional dalam industri bakeri.


Sebagai pameran rerotian profesional yang terbesar di dunia, Bakery China, ditubuhkan pada tahun 1997, ialah sebuah acara industri tahunan yang menawarkan perkhidmatan kepada seluruh rantaian industri bakeri. Dengan lebih 20% peserta antarabangsa, termasuk 100 pengedar hasil bakeri Cina terunggul, kedai rantaian dan pembuat keputusan daripada syarikat-syarikat pengeluaran hasil bakeri, acara ini menarik kehadiran yang signifikan untuk lawatan dan perolehan di lapangan.

Salah satu sorotan utama daripada pameran ini ialah penambahan Jenama Rerotian Bebas, Produk Pengilang Peralatan Asli (OEM)/ Pengeluar Reka Bentuk Asli (ODM) serta kawasan Pameran Francais Industri Bakeri dalam edisi ke-26nya. Ini memberikan ruang khusus untuk memaparkan autonomi jenama-jenama rerotian, peluang untuk kolaborasi OEM/ODM produk dan francais industri bakeri yang berkembang pesat. Acara industri profesional ini menampilkan pertandingan berpengaruh peringkat tempatan dan berperanan sebagai pelayak China untuk pelbagai pertandingan rerotian bertaraf dunia. Sebagai salah satu pameran yang terkenal di peringkat global dalam industri bakeri dan konfeksioneri, Bakery China merupakan platform pilihan untuk syarikat-syarikat mendedahkan produk dan teknologi baharu mereka, menjadikannya hab yang menarik untuk pelbagai penampilan sulung produk. Pempamer-pempamer utama yang disahkan termasuk Fonterra, Lesaffre, Yihai Kerry, Richs, Puratos dan Nestlé.

China merupakan salah satu pengeluar dan pengguna terbesar dalam industri bakeri global, mengalami pertumbuhan yang luar biasa baik dalam industri mahupun saiz pasaran. Menurut statistik, dalam tahun 2022, industri bakeri China melonjak nilainya kepada 285.3 bilion yuan, mendapat manfaat daripada pemulihan pasca-pandemik dan trend penggunaan yang dinaik taraf dan terpelbagai. Menekankan kesihatan dan nutrisi hasil bakeri, industri ini diunjurkan berkembang pesat, dengan anggaran saiz 351.8 bilion yuan menjelang tahun 2025. Pertumbuhan pesat ini menunjukkan industri bakeri China yang berkembang pesat, didorong oleh permintaan pengguna yang semakin meningkat dan keutamaan yang semakin berkembang.

Bakery China sentiasa menjadi platform pilihan untuk menembusi pasaran dan industri bakeri Cina. Tempahan reruai dan prapendaftaran pengunjung untuk pameran ini kini dibuka. Untuk menempah reruai, sila kunjungi: https://tianbao.bakerychina.com/ex-register-en/register. Untuk pradaftar sebagai pengunjung, sila kunjungi: https://bakerychina.7-event.cn/cgi/index?action=language&param=en.

Latar Belakang Bakery China

Bakery China, dianjurkan oleh China Association of Bakery and Confectionery Industry dan Bakery China Exhibitions Co., Ltd. telahpun dilancarkan pada tahun 1997. Bakery China ialah acara terbesar dan terkemuka secara global di APAC yang menyediakan perkhidmatan kepada seluruh rantaian nilai dalam pasaran bakeri dan konfeksioneri.

 

Source: Bakery China
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Trade show news Future Events