omniture

Hisense Kekalkan Kedudukan No. 2 Secara Global bagi Penghantaran TV dalam 2023

Hisense
2024-02-02 14:04 35

Hanya 5 jenama TV terunggul di dunia mengekalkan pertumbuhan sejak 6 tahun lalu
Menikmati pertumbuhan pesat dalam pasaran Amerika Utara dan Eropah

QINGDAO, China, 2 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Syarikat peralatan rumah global Hisense mengekalkan kedudukan global No. 2 bagi penghantaran televisyen dalam tahun 2023, mencapai jumlah penghantaran sebanyak 25.9 juta bagi tahun 2023 dalam pasaran global menurut '2023 Monthly Report of Global TV Shipment Volume of TV Brands' ('Laporan Bulanan 2023 bagi Jumlah Penghantaran TV Global Jenama-jenama TV') daripada institut penyelidikan pasaran terkemuka AVC Revo. Hisense menjadi satu-satunya jenama yang terus berkembang sejak enam tahun lalu antara 5 jenama televisyen terunggul di dunia.

Pada masa ini, Hisense memperluaskan strategi globalisasinya dan mengoptimumkan jejak globalnya dalam mengendalikan 34 taman industri, 25 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan 66 syarikat luar negara. Pada tahun lalu, penghantaran pasaran luar negara Hisense meningkat sebanyak 12.2% dan menyaksikan kecepatan penghantaran ke pasaran Amerika Utara dan Eropah mencapai pertumbuhan "dua digit".


Pada awal Januari, Hisense mengambil bahagian di CES 2024 menerusi produk teknologinya yang utama termasuk TV ULED X dan TV Laser, dengan syarikat ini memenangi lebih 30 anugerah bagi inovasi dan prestasi cemerlang untuk produknya.

Tahun 2024 ialah tahun sukan dan sebagai penaja rasmi EURO 2024, jenama ini akan melancarkan selanjutnya produk televisyen canggih bagi menyediakan pengalaman permainan dan tontonan yang imersif kepada pengguna dan akan berusaha untuk memperdalam hubungan antara kejohanan dan peminat bola sepak melalui strategi pasaran sukannya yang inovatif.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan tumpuan pada TV Pintar), peralatan rumah dan maklumat pintar IT. Baru-baru ini, Hisense telah berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Survey, Polls & Research