omniture

NABR Menfailkan Petisyen Tambahan Mencabar Penyenaraian Kera Ekor Panjang oleh IUCN

National Association for Biomedical Research
2024-02-03 01:23 35

WASHINGTON, 2 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Persatuan Kebangsaan Penyelidikan Bioperubatan (NABR) telah bekerjasama dengan saintis bebas yang diiktiraf untuk memfailkan petisyen tambahan kepada Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN) pada hari ini. Petisyen tersebut mencabar penetapan kera ekor panjang iaitu (Macaca fascicularis) sebagai spesies "terancam" atau "terdedah" di bawah kriteria penyenaraian IUCN. 

Pada 12 Oktober 2023, Jawatankuasa Piawaian dan Petisyen IUCN telah menerima petisyen awal daripada NABR yang mencabar penetapan kera ekor panjang oleh IUCN pada 2022 sebagai "terancam". Petisyen awal NABR, yang difailkan kepada IUCN pada 11 September 2023, menyimpulkan bahawa justifikasi saintifik asas untuk penyenaraian Terancam adalah "berat sebelah" dan "tidak berdasarkan maklumat saintifik yang terbaik yang tersedia."

Sebelum Julai 2022, kera ekor panjang telah ditetapkan sebagai haiwan "terdedah" oleh IUCN. Pada tahun 2022,  IUCN telah mengemaskini penetapannya kepada"terancam" berdasarkan kajian saintifik yang diterbitkan oleh Hansen et al. (2022).1 Petisyen tambahan NABR kini menyeru kepada IUCN untuk menggugurkan penyenaraian "terancam" dan "terdedah" sehingga "penilaian status yang baru bagi  M. fascicularis dijalankan oleh saintis yang benar-benar bebas dan tidak terlibat dalam peranan penyokong bagi spesies sasaran."

Petisyen tambahan NABR mengikuti penerbitan The American Journal of Primatology baru-baru ini, ia merupakan sebuah jurnal saintifik terkemuka, yang menyemak maklumat saintifik yang digunakan untuk menentukan status pemuliharaan kera ekor panjang.2 Penerbitan ini menyimpulkan bahawa "tiada satu pun daripada penulisan yang diterbitkan yang dikutip untuk menyokong penyenaraian IUCN terhadap kera ekor panjang sebagai Terancam menyajikan sebarang data untuk menyokong penurunan hipotesis, dan juga tidak dapat membuktikan bahawa spesies ini berisiko menjadi pupus."

"Kumpulan semakan saintifik NABR berpuas hati kerana Jawatankuasa Piawaian dan Petisyen IUCN kini akan menyemak perkara ini secara objektif," kata Dr. Ray Hilborn, seorang saintis terkenal di seluruh dunia dan ahli kumpulan semakan saintifik NABR. 

Tambah Dr. Hilborn lagi, "Memandangkan pemalsuan data yang berlaku dalam penilaian pada tahun 2022 dan 2020, kami mengharapkan Jawatankuasa Piawaian dan Petisyen IUCN akan bersetuju dengan kesimpulan kami."

Penyerahan petisyen tambahan NABR memulakan proses rasmi dengan Jawatankuasa Piawaian dan Petisyen IUCN untuk menyemak maklumat saintifik yang tersedia tentang status spesies tersebut di bawah protokol IUCN.

Kera ekor panjang merupakan spesies bukan roden yang paling banyak digunakan dalam pembangunan ubat serta ujian keselamatan dan keberkesanan ubat. Ia juga digunakan secara meluas dalam penyelidikan kanser, sains imunologi, perubatan jana semula dan penyelidikan penyakit genetik.

Kera ekor panjang dianggap sebagai spesies invasif di kebanyakan negara dan kawasan termasuk Hong Kong3, Indonesia4,5, Mauritius6, Papua New Guinea,7 serta Thailand8. Selama beberapa dekad, negara Asia dan Afrika telah membiak kera ekor panjang bebas patogen tertentu dan mengeksportnya ke Amerika Syarikat dan negara lain untuk penyelidikan bioperubatan di makmal. 

"Petisyen NABR dan artikel pada tahun 2023 yang diterbitkan dalam The American Journal of Primatology menunjukkan bahawa kera ekor panjang tidak terancam mahupun terdedah, tetapi sebaliknya merupakan spesies yang sangat invasif yang berkembang dengan pesat di kebanyakan negara tempat kera ini tinggal," kata Matthew R. Bailey, presiden kepada Persatuan Kebangsaan Penyelidikan Bioperubatan.

"Kami menyeru kepada Jawatankuasa Piawaian dan Petisyen IUCN untuk menggugurkan penyenaraian yang tidak tepat tentang spesies ini sebagai spesies terancam atau terdedah, dan agar menjalankan penilaian status baru bagi spesies ini oleh saintis bebas."

Maklumat lanjut berkenaan petisyen NABR boleh didapati dalam talian di www.nabr.org

Tentang Persatuan Kebangsaan Penyelidikan Bioperubatan
Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1979, Persatuan Kebangsaan Penyelidikan Bioperubatan (NABR) adalah satu-satunya persatuan bukan untung 501(c)(6) yang komited kepada dasar awam yang baik untuk penggunaan haiwan yang berperikemanusiaan dalam penyelidikan bioperubatan, pendidikan dan ujian. Ahli NABR merangkumi lebih daripada 340 buah universiti, sekolah perubatan dan veterinar, hospital pengajaran, syarikat farmaseutikal dan bioteknologi, kumpulan pesakit, serta masyarakat akademik dan profesional yang bergantung kepada penyelidikan haiwan yang berperikemanusiaan dan bertanggungjawab untuk memajukan kesihatan manusia dan haiwan secara global. Ketahui selanjutnya tentang kami di www.nabr.org.

1 Baca Hansen, M. F., Ang, A., Trinh, T. T. H., Sy, E., Paramasivam, S., Ahmed, T., Dimalibot, J., Jones–Engel, L., Ruppert, N., Griffioen, C., Lwin, N.,Phiapalath, P., Gray, R., Kite, S., Doak, N., Nijman, V., Fuentes, A., & Gumert, M. D. (2022). Macaca fascicularis (versi pindaan penilaian 2022). The IUCN Red List of Threatened Species 2022. https://www.iucn.org/resources/conservation-tool/iucn-red-list-threatened-species

2 Baca Hilborn, R., & Smith, D. R. (2023). Is the long–tailed macaque at risk of extinction? American Journal of Primatology, e23590. https://doi.org/10.1002/ajp.23590

3 https://www.afcd.gov.hk/english/conservation/con_fau/con_fau_mon/con_fau_mon_wild/con_fau_mon_wild.html

4 https://cites.org/sites/default/files/ndf_material/NDF_MEP_Indonesia_2023%20%281%29.pdf

5 https://www.researchgate.net/publication/346803479_Human_and_long-tailed_macaque_conflict_in_Central_Java_Indonesia 

6 https://link.springer.com/article/10.1007/s10764-022-00324-9

7 http://www.indopacific.org/wp-content/uploads/2017/02/papuamacaques-English-Version.pdf

8 https://www.thainationalparks.com/species/crab-eating-macaque

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1138543/4526597/NABR_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: National Association for Biomedical Research
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Advocacy Group Opinion