omniture

CGTN: Meluangkan masa bersama rakyat: tradisi Tahun Baharu Cina Xi Jinping

CGTN
2024-02-04 12:04 25

BEIJING, 4 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Di rumah hijau desa yang terletak di Perbandaran Tianjin, utara China, sayur-sayuran dan buah-buahan sedang menunggu untuk dipetik dan diangkut. Sebahagiannnya telahpun dibungkus bagi tujuan penghantaran untuk disajikan di atas meja makan orang ramai.

Kampung Diliubu, dikenali sebagai sumber utama sayur-sayuran untuk Beijing dan Tianjin, akan membekalkan hasil pertanian ke bandar-bandar mega semasa Festival Musim Bunga yang akan datang, atau Tahun Baharu Cina.

Dengan kampung ini menjadi hentian pertama dalam lawatan pemeriksaan beliau selama dua hari di Tianjin, pada hari Khamis Presiden Cina Xi Jinping melawat kampung-kampung yang dilanda banjir teruk pada musim panas yang lalu dan mengetahui tentang pemulihan hasil pertanian tempatan.

"Saya amat mengambil berat tentang pegawai-pegawai daripada golongan bawah dan orang ramai tatkala kita menyambut Tahun Baharu Cina," seperti yang pernah disebut oleh Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.

Selama bertahun-tahun, Xi mengamalkan tradisi melawat orang biasa, terutamanya kumpulan yang kurang bernasib baik menjelang Festival Musim Bunga, hari cuti yang paling penting dalam kalendar Cina. Jatuh pada 10 Februari tahun ini, festival ini merupakan masa yang biasanya diluangkan bersama keluarga.

Rakyat sentiasa bermain di fikiran Xi

Semasa menyampaikan pesanan Tahun Baharu 2024 beliau sebulan yang lalu, Xi menyenaraikan isu-isu yang tetap diutamakan dalam fikiran beliau, termasuk tempat yang dilanda banjir, taufan, gempa bumi atau bencana alam yang lain.

Ketika beliau melawat mereka yang terjejas akibat banjir di Kampung Diliubu pada hari Khamis, Xi sekali lagi menjelaskan kebimbangan beliau terhadap golongan berkenaan.

"Jawatankuasa Pusat CPC serta jawatankuasa Parti dan kerajaan pada semua peringkat sentiasa memikirkan tentang keselamatan dan keselesaan orang ramai," kata beliau kepada penduduk kampung.

Ini bukanlah kali pertama presiden Cina memfokuskan kepada tempat yang dilanda bencana untuk memulakan pemeriksaan tahunan beliau sebelum Festival Musim Bunga. Pada Januari 2022, beliau mengharungi salji untuk melawat rakyat di sebuah kampung kecil yang dikenali sebagai Fengnanyuan di Wilayah Shanxi, utara China yang dilanda teruk oleh banjir musim luruh.

Meneruskan budaya tradisional Cina

Terletak di tengah-tengah pelbagai astaka gaya kuno dan laluan berliku-liku, Tianjin Ancient Culture Street yang menempatkan banyak jenama terkenal, diliputi dengan persiapan yang meriah sempena permulaan Tahun Naga.

Gerbang gaya purbanya yang ikonik, dihiasi dengan motif naga Cina dan burung phoenix, kini bercahaya dengan warna terang "merah Cina", menarik perhatian pengunjung dari seluruh negara ini.

Semasa mengunjungi jalan ini pada hari Khamis, Xi menegaskan kepentingan untuk meneruskan budaya tradisional Cina, pesanan yang turut ditekankan oleh beliau semasa lawatan terakhir beliau ke Tianjin pada tahun 2019.

Pemodenan Cina tidak dapat dijayakan tanpa warisan dan promosi budaya tradisional China yang halus, kata Xi.

Menggelar Tianjin sebagai sebuah bandar dengan ciri-ciri dan daya tarikan yang hebat, beliau menggesa usaha untuk melindungi dan memanfaatkan blok sejarah dan budayanya bagi menjadikannya bersinar dalam pembinaan sebuah metropolis moden.

https://news.cgtn.com/news/2024-02-02/Spending-time-with-the-people-Xi-Jinping-s-Chinese-New-Year-tradition-1qS8w1LAwQU/p.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion