omniture

Program Daerah Bersejarah Jeddah: Penemuan 25,000 Serpihan Artifak yang Berasal dari Zaman Awal Islam

Jeddah Historic District Program
2024-02-05 19:07 84

JEDDAH, Arab Saudi, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Program Daerah Bersejarah Jeddah dengan kerjasama Suruhanjaya Warisan mengumumkan mengenai penemuan 25,000 serpihan artifak, yang tertua berasal dari dua abad pertama Hijrah (dari abad ke-7 hingga ke-8 Tahun Masihi). Kerja lapangan sudah mula dijalankan di 4 tapak berbeza: Masjid Othman bin Affan (Radiallahuanhu), Al-ShonaParit Pertahanan Timur dan sebahagian daripada Tembok Utara, di bawah rangka kerja Projek Arkeologi yang diselia oleh Program Daerah Bersejarah Jeddah.

7th-8th century AD ebony pillar during conservation in the laboratory of JHD's General Department of Archaeology.
7th-8th century AD ebony pillar during conservation in the laboratory of JHD's General Department of Archaeology.

Pengumuman penemuan arkeologi ini ialah sebahagian daripada usaha Projek Pemulihan Jeddah Bersejarah yang telah dibuat dan dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz. Projek Arkeologi ini bertujuan memelihara barangan antik dan tapak arkeologi negara, mendedahkan sejarah yang tertanam di tanah Kerajaan Arab Saudi dan menyokong Jeddah Bersejarah sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan untuk terus mencapai Wawasan Saudi (2030).

Tinjauan dan penggalian arkeologi, yang dikendalikan pada bulan November 2020, berjaya menghasilkan penemuan sebanyak 11,405 serpihan tembikar seberat 293 kg, 11,360 tulang haiwan seberat 107 kg dan 1,730 cangkerang seberat 32 kg. Di samping itu, 685 bahan binaan seberat 87 kg, serta 187 artifak kaca seberat 5kg dan 71 artifak logam seberat 7kg ditemui. Jumlah berat bahan arkeologi yang ditemui ialah 531kg yang membentuk tambahan bernilai kepada penemuan arkeologi Arab Saudi.

Penyiasatan arkeologi di Masjid Othman bin Affan—Radiallahuanhu—mendedahkan penemuan arkeologi. Antara yang tertua berasal dari dua abad pertama Hijrah (dari abad ke-7 hingga ke-8 Tahun Masihi), merentasi zaman awal Islam, zaman Kerajaan Bani Umaiyah, zaman Kerajaan Bani Abbasiyah, kemudian zaman Kesultanan Mamluk dan ke zaman moden (iaitu, awal abad ke-15  Hijrah / abad ke-21 Tahun Masihi). Selanjutnya, analisis yang dikendalikan ke atas tiang kayu hitam yang terdapat di bahagian tepi Mihrab mendedahkan bahawa tiang ini berkemungkinan sudah wujud sejak dua abad pertama Hijrah (abad ke-7 hingga ke-8 Tahun Masihi). Asal-usul kayu itu telah dikenal pasti dari Sri Lanka di Lautan Hindi yang menunjukkan hubungan perdagangan yang meluas Jeddah Bersejarah.

Selain itu, serpihan artifak yang ditemui di Masjid Othman bin Affan mengandungi pelbagai bekas seramik dan kepingan porselin berkualiti tinggi, antaranya ialah beberapa kepingan yang dibuat di wilayah Jiangxi di China, yang berpotensi sudah wujud sejak abad ke-10 dan ke-13 Hijrah (abad ke-16 hingga ke-19 Tahun Masihi), serta beberapa serpihan tembikar yang lebih tua sejak dari zaman Kerajaan Abbasiyah.

Sementara itu, di Al-Shona, kronologi tapak tersebut bermula sekurang-kurangnya pada abad ke-13 Hijrah (abad ke-19 Tahun Masihi) dengan tanda peninggalan arkeologi yang mungkin sama tua dari abad ke-10 Hijrah (abad ke-16 Tahun Masihi). Banyak serpihan tembikar telah ditemui di tapak tersebut, yang terdiri daripada porselin dan seramik lain dari Eropah, Jepun dan China, sejak dari abad ke-13 dan ke-14 Hijrah (abad ke-19 hingga ke-20 Tahun Masihi).

Selain itu, penggalian di Al-Kidwah ("Bab Makkah" - pintu Makkah) mendedahkan bahagian Parit Pertahanan Timur yang kemungkinan besar sudah wujud sejak akhir abad ke-12 Hijrah (akhir abad ke-18 Tahun Masihi).

Tambahan pula, beberapa batu nisan daripada batu, marmar dan granit Mangabi juga ditemui di lokasi berbeza di Jeddah Bersejarah. Batu nisan itu mempunyai tulisan nama, ukiran untuk memperingati dan ayat Al-Quran yang berkemungkinan sudah wujud sejak abad ke-2 dan ke-3 Hijrah (abad ke-8 dan ke-9 Tahun Masihi), serta masih dalam kajian menyeluruh oleh pakar.

Kajian arkeologi terhadap empat tapak bersejarah itu termasuk penggalian, analisis radiokarbon, analisis tanah, tinjauan geofizik dan kajian saintifik mengenai artifak yang ditemui. Di samping itu, lebih daripada 250 sampel kayu diambil dari 52 bangunan dan dipindahkan untuk dikaji di makmal antarabangsa khusus bagi pengenalpastian dan pentarikhan. Lagipun, penyelidikan arkib antarabangsa berjaya menghasilkan pengumpulan lebih daripada 984 dokumen sejarah di Jeddah Bersejarah, termasuk peta dan lukisan sejarah mengenai Tembok Kota Jeddah, Al-Shona dan bahagian lain di Jeddah Bersejarah, yang sedang dikaji secara menyeluruh dan penuh perhatian.

Program Daerah Bersejarah Jeddah dengan kerjasama Suruhanjaya Warisan menyelia dokumentasi, pendaftaran dan pemeliharaan artifak arkeologi yang ditemui di Jeddah Bersejarah dan menyenaraikan penemuan itu dalam Daftar Arkeologi Negara. Selain itu, pangkalan data saintifik dicipta untuk melindungi dan memelihara maklumat tentang artifak yang ditemui. Perlu diberikan perhatian bahawa dokumentasi arkeologi dan fotografi untuk arkib telah dikendalikan oleh sekumpulan pihak kerajaan yang mempunyai kecekapan khusus dalam bidang pemuliharaan dan pendaftaran serpihan arkeologi.

Kerja projek Jeddah Bersejarah bermula pada bulan Jamadilawal, Januari 2020, dengan penyediaan kajian penerokaan dan tinjauan geofizik untuk mendedahkan sejarah yang tertanam di empat lokasi, termasuk masjid Othman bin Affan, Al-Shona, sebahagian daripada Tembok Utara dan Al-Kidwah.

Pautan kepada gambar yang dilampirkan
https://www.dropbox.com/scl/fo/qvtnekex0tee6izeu76vc/h?rlkey=2tg2710nmee4hchlecezq2fiq&dl=0

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2333785/JHD_Ebony_pillar.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2333786/Historic_Jeddah.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2333787/JHD_Chinese_ceramic.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2333789/JHD_Iron.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2333790/JHD_Incense_burner.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2333791/al_Shona.jpg?p=medium600

Aerial view of the excavated segment of the north fortification wall of historic Jeddah.
Aerial view of the excavated segment of the north fortification wall of historic Jeddah.

 

Examples of imported Chinese ceramic sherds found during archaeological excavations in historic Jeddah.
Examples of imported Chinese ceramic sherds found during archaeological excavations in historic Jeddah.

 

Iron round shot (cannonball) during conservation in the laboratory of JHD's General Department of Archaeology.
Iron round shot (cannonball) during conservation in the laboratory of JHD's General Department of Archaeology.

 

Painted incense burner after the completion of restoration carried out in the laboratory of JHD's General Department of Archaeology.
Painted incense burner after the completion of restoration carried out in the laboratory of JHD's General Department of Archaeology.

 

View of the interior of al Shona showing archaeological remains belonging to various historic phases.
View of the interior of al Shona showing archaeological remains belonging to various historic phases.

 

Source: Jeddah Historic District Program
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Education Entertainment Travel Survey, Polls & Research