omniture

PICHAYA 'PAM' SOONTORNYANAKIJ DARI BANGKOK IALAH PEMENANG BAGI ASIA'S BEST FEMALE CHEF AWARD 2024

50 Best
2024-02-06 07:00 88

Cef dan personaliti media yang memenangi pelbagai anugerah itu akan diberikan penghormatan tersebut di majlis anugerah yang diadakan secara langsung pada 26 Mac 2024 

LONDON, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ --  Pichaya 'Pam' Soontornyanakij dari Restoran Potong yang berpangkalan di Bangkok memenangi Asia's Best Female Chef Award bagi Tahun 2024. Anugerah yang menjadi rebutan ini telah diundi oleh 318 anggota Asia's 50 Best Restaurants Academy dan memberi peluang untuk meraikan wanita dalam dunia gastronomi yang gigih menganjak batas kecemerlangan.

Pichaya ‘Pam’ Soontornyanakij of Potong in Bangkok wins Asia’s Best Female Chef Award as part of Asia's 50 Best Restaurants 2024, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna.
Pichaya ‘Pam’ Soontornyanakij of Potong in Bangkok wins Asia’s Best Female Chef Award as part of Asia's 50 Best Restaurants 2024, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna.

Cef Pam akan diberikan penghormatan itu di majlis anugerah yang diadakan secara langsung pada 26 Mac 2024. Edisi 2024 Asia's 50 Best Restaurants, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, menandakan buat kali pertama anugerah itu akan diadakan di Seoul, dengan kerjasama Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs (MAFRA) dan Seoul Metropolitan Government.

William Drew, Pengarah Kandungan untuk Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "Cef Pam telah menghidangkan masakan yang benar-benar berinovatif dan menu rasanya dihasilkan dengan cukup luar biasa dalam memberikan perhatian kepada warisan serta penceritaan budaya. Untuk dunia gastronominya yang menjadi inspirasi dan berperawakan hebat di persada masakan Thailand, Pam benar-benar layak menerima penghormatan tersebut." 

Potong, yang diterjemahkan sebagai 'mudah', menawarkan gambaran masakan warisan Thai-Cina Pam dan merupakan kecenderungan kepada perniagaan ubat-ubatan herba Cina keluarganya. Terletak di bangunan pusaka nenek moyangnya yang beroperasi sebagai farmasi perubatan tradisional Cina, Potong menggabungkan tradisi dengan teknik masakan bersifat baharu dan progresif, menawarkan 20 hidangan yang memberikan inspirasi dalam menu rasa yang merangkumi falsafah 5-Elemennya iaitu 'Garam, Asid, Rempah, Tekstur dan Tindak Balas Maillard'. Potong ialah satu daripada restoran yang paling dipuji di Bangkok dan telah menduduki No.35 dalam Asia's 50 Best Restaurants 2023 dan No.88 dalam senarai lanjutan The World's 50 Best Restaurants 2023.

Komitmen Cef Pam untuk memperkasa cef wanita terbukti dalam peranannya dengan Gastronauts Asia dan Women in Gastronomy. Baru-baru ini beliau memulakan program biasiswanya sendiri iaitu WFW (Women for Women) bersama American Women's Club of Thailand, organisasi bukan untung, bertujuan menyokong pelajar wanita di kawasan luar bandar Thailand mencapai impian mereka untuk menjadi cef.

Cef Pam berkata, "Anugerah ini melangkaui pencapaian peribadi — pemberian ini meraikan kepercayaan saya, menghormati warisan dan usaha gigih untuk membaiki diri saya. Semoga penghargaan ini dapat memberikan inspirasi kepada cef wanita muda untuk mengatasi halangan dan menyemarakkan impian masakan yang hebat. Saya percaya bahawa dengan semangat dan dedikasi, sesiapa sahaja boleh mengukir laluan mereka menuju kejayaan."

Pusat Media:
https://mediacentre.theworlds50best.com/ 

Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/2333148/50_Best.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2321642/50_Best_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: 50 Best
Keywords: Entertainment