omniture

SUEZ peroleh kontrak baharu dalam projek loji rawatan air tingkatkan keselamatan dan keandalan air minuman di Indonesia

SUEZ Asia
2024-02-10 00:08 186

JAKARTA, Indonesia, 10 Februari 2024  /PRNewswire/ -- SUEZ, pengusaha yang terkemuka dalam pengurusan air, baru-baru ini menandatangani kontrak untuk projek Loji Rawatan Air (WTP) Buaran III di Jakarta. Kumpulan ini akan membekalkan peralatan penting untuk proses rawatan air dan akan menyediakan khidmat nasihat teknikal bagi pemasangan dan pentaulihan utiliti Buaran III. WTP baharu di ibu negara Indonesia ini akan meningkatkan kebingkasan sistem bekalan air bandar ini bagi menyediakan bekalan air yang selamat, andal dan dalam tempoh jangka panjang kepada masyarakat tempatan.

SUEZ's patented technology is applied in various countries and regions globally, with projects such as the Macao Water project initiative being regarded as one of the benchmarks in the Asian water industry.
SUEZ's patented technology is applied in various countries and regions globally, with projects such as the Macao Water project initiative being regarded as one of the benchmarks in the Asian water industry.

Kini, WTP Jakarta dapat merawat 1.47 juta meter padu sehari, membekalkan kepada 65% kawasan bandar dengan air bersih. Kerajaan bandar ini menyasarkan liputan air bersih bandar keseluruhan sebanyak 100% menjelang tahun 2030, merancang WTP baharu untuk memenuhi kehendak yang semakin meningkat dengan tambahan 960,000 meter padu sehari. Penyiapan WTP Buaran III, dijangkakan dalam separuh pertama tahun 2025, akan meningkatkan kemajuan ke arah mencapai matlamat ini. Ia akan menyediakan tambahan 260,000 meter padu air bersih sehari kepada komuniti di Jakarta, menyumbang kira-kira sebanyak 28% daripada kapasiti air tambahan yang diperlukan untuk mencapai sasaran 2030.

Di Jakarta, kekeruhan air mentah boleh merosot dengan ketara semasa musim hujan, seterusnya menjejaskan ketersediaan air bersih dengan teruk dalam komuniti bandar. Sebagai pembekal teknologi yang penting dalam projek ini, SUEZ akan menyediakan peralatan penting untuk proses rawatan air serta khidmat nasihat teknikal untuk pemasangan dan pentaulihan. Pengenap Densadeg™ berpaten SUEZ dan penapis Aquazur® V akan digunakan secara inovatif bagi menjamin kapasiti dan kualiti rawatan air projek ini. Ini merupakan kali pertama Densadeg™ digunakan di Asia Tenggara.

Francois Fevrier, Ketua Pegawai Eksekutif Water and R&R Asia SUEZ, berkata, "Kami berbesar hati untuk menjalin perkongsian baharu di Jakarta. Kami berasa bangga dengan pencapaian ini dan bersyukur atas kepercayaan daripada pelanggan dan rakan kongsi kami. Kami tidak sabar-sabar menantikan penyiapan Loji Rawatan Air Buaran III, bukti legasi dan jejak kami yang kukuh di Asia Tenggara. Projek ini mencerminkan dedikasi kami untuk mencipta nilai dengan penyelesaian teknologi untuk pelanggan kami, dalam seluruh kitar hayat aset dan perkhidmatan mereka."

Sejak tahun 1953, SUEZ membina pelbagai loji rawatan air dan air buangan di seluruh Indonesia, menyokong perkhidmatan air di seluruh Asia Tenggara, dengan operasi menjangkau ke Vietnam, Thailand, Filipina dan Singapura. Dalam masa yang sama, SUEZ memperdalam kepakaran tempatannya secara berterusan dalam perkhidmatan air dan bahan buangan bagi mengejar kecemerlangan dalam sektor ini dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi kitaran.

Latar Belakang SUEZ: 

Berhadapan dengan cabaran alam sekitar yang semakin meningkat, SUEZ telahpun menyampaikan perkhidmatan penting yang melindungi dan meningkatkan kualiti hidup kita selama lebih 160 tahun. SUEZ menyediakan kepada pelanggannya dengan penyelesaian yang inovatif dan bingkas untuk perkhidmatan air dan bahan buangan. Dengan 40 000 pekerja merentas 40 negara, Kumpulan ini bekerjasama dengan pelanggan untuk mencipta nilai dalam seluruh kitar hayat penuh aset dan perkhidmatan mereka serta untuk memacu peralihan rendah karbon mereka. Pada tahun 2022, SUEZ menyediakan air minuman untuk 68 juta orang di seluruh dunia dan perkhidmatan sanitasi untuk lebih daripada 37 juta orang. Kumpulan ini menjana 7.9 TWj tenaga daripada bahan buangan dan air buangan. Pada tahun 2022, SUEZ menjana hasil sebanyak 8.8 bilion euro*. Untuk maklumat lanjut: www.suez.com  / Twitter @suez

*dinyatakan semula secara 12-bulan. 

Latar Belakang SUEZ di Asia: 

Di Asia, perjalanan SUEZ bermula kira-kira 70 tahun yang lalu, yang pertama di Asia Tenggara sebelum berkembang ke China hampir 50 tahun yang lalu. Dengan lebih 6,500 pekerja di seluruh Asia, SUEZ membina lebih 600 loji rawatan air dan air buangan. Bersama-sama rakan kongsi tempatan kami, kami turut menyediakan perkhidmatan kitar semula dan pemulihan air dan bahan buangan untuk lebih 25 juta orang dan 19 taman industri di seluruh negara ini. SUEZ diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling berpengaruh di China dan penanda aras perkhidmatan untuk industri alam sekitar Asia yang terkemuka. Hari ini, SUEZ bekerjasama dengan pelanggan perbandaran dan industri di lebih daripada 30 bandar dan wilayah utama di seluruh China, mengurus kontrak air PPP pertama China di Macau, mengendalikan salah satu kemudahan penunuan sisa berbahaya Asia yang terbesar di Shanghai serta melabur sebanyak lebih RMB 4 bilion di Chongqing.

 

Source: SUEZ Asia
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Contracts New products/services