omniture

CJ Foods Lancar Mandu dan Hoppang Korea Halal di Malaysia

CJ Cheiljedang
2024-02-13 08:00 5
  • Lima produk Mandu & Hoppang bibigo halal disahkan oleh JAKIM mula dijual di kedai serbaneka CU di Kuala Lumpur
  • Menyasarkan pasaran Mandu halal di Malaysia dengan kualiti produk yang memenangi pasaran Korea, A.S. dan Vietnam

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Februari 2024 /PRNewswire/ -- CJ Foods, sebuah unit perniagaan CheilJedang yang berpangkalan di Korea Selatan, menyatakan ia telahpun melancarkan produk Mandu bibigo halal yang pertama. Syarikat ini merancang untuk memperkenalkan citarasa Mandu Korea, yang memegang bahagian pasaran No. 1 di Korea. A. S. dan Vietnam, kepada pengguna Malaysia.

CJ Foods' newly launched halal bibigo Mandu and Hoppang products
CJ Foods' newly launched halal bibigo Mandu and Hoppang products

Produk-produk baharu ini ialah tiga perisa Mandu halal disahkan oleh JAKIM yang pertama seumpamanya daripada CJ (ayam, ayam pedas Korea dan bulgogi daging) dan dua perisa Hoppang (japchae dan ayam pedas Korea). Mandu ialah makanan dibalut daripada Korea yang diisi dengan pelbagai ramuan seperti daging dan sayur-sayuran. Ia berbeza daripada ladu Cina atau gyoza Jepun yang mana ia mempunyai kulit tepung yang nipis dan rangup dengan inti berair. Hoppang ialah snek popular Korea dengan inti sayur-sayuran atau daging di dalam roti kukus. Snek ini menjadi semakin popular di seluruh dunia memandangkan ia sering dipaparkan dalam drama Korea. Produk baharu daripada CJ ini dapat memenuhi citarasa pengguna Malaysia dengan mengisi inti ayam dan menawarkan rasa pedas dan manis yang kuat. Ia akan mula dijual di kedai serbaneka CU di Kuala Lumpur dan meluaskan senarainya kepada peruncit arus perdana dalam separuh pertama tahun ini.

"Kami berasa teruja untuk melancarkan Mandu halal pertama dan berkongsi citarasa hidangan Korea bersama pengguna Malaysia," kata Wayne Wang, ketua CJ Foods Malaysia. "Bermula dengan Mandu dan Hoppang, kami akan terus memperkenalkan pelbagai produk makanan Korea bibigo kami yang berkualiti."

CJ CheilJedang, syarikat induk CJ Foods, sudahpun mengendalikan sebuah kilang di Kerteh, Malaysia sejak tahun 2015 untuk mengeluarkan asid amino gred-bahan makanan termaju seperti L-metionin. Kilang ini menggaji kira-kira 500 orang pekerja dan asid amino yang dihasilkan di sini dieksport ke pasaran global termasuk Eropah dan China.

Latar Belakang bibigo 

Dilancarkan pada tahun 2010, bibigo ialah jenama makanan Korea global daripada CJ Foods. Bertujuan untuk memperkayakan kehidupan hari ini yang sibuk dan mencabar, bibigo membawakan makanan dan budaya Korea ke meja makan seluruh dunia di bawah slogan baharu "bibigo, live delicious" ("bibigo, hidup dengan enak"). Bagi bibigo, makanan yang panas dan lazat bukan sekadar hidangan, tetapi cara untuk menjadikan hidup ini terasa lebih enak. Dengan produk makanan berkualiti tinggi yang berakar umbi dengan semangat Korea, bibigo membantu pengguna memanfaatkan setiap detik dengan sebaik mungkin.

Barisan jenama ini termasuk aneka jenis snek, pembuka selera dan barangan makanan. Produk bibigo dijual di sekitar 70 negara di seluruh dunia sementara item terkenal jenama ini "Mandu" dijual di sekitar 50,000 kedai merentas 6 benua. Diilhamkan oleh resepi asli, bibigo menjadikan citarasa hidangan Korea boleh diakses dengan tawaran popular dalam kebanyakan rangkaian runcit utama.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.bibigo.com/en/at-home

Latar Belakang CJ Foods 

CJ Foods, sebuah unit perniagaan CJ CheilJedang, ialah sebuah syarikat makanan global yang menyampaikan pelbagai produk bermula daripada barang makanan dan makanan sejuk beku/dingin hinggalah pembuka selera. Sebagai syarikat makanan terbesar di Korea dengan jualan global mencecah 11.1 trilion KRW pada tahun 2022, CJ Foods kini menerajui globalisasi makanan Korea dengan jenama bibigo yang berkembang pantas. Di bawah bibigo, ia menawarkan tujuh Produk makanan-Korea Strategik Global yang enak, termasuk Mandu (ladu gaya Korea), ayam, beras terproses, sos Korea, Kimchi, Gim (rumpai laut) dan hidangan gulung kepada pengguna global. Syarikat ini mengendalikan lebih 60 tapak di pelbagai wilayah di seluruh dunia termasuk Korea Selatan, A.S. (Schwan's Company), China, Jepun, Asia Tenggara, Eropah dan Oceania.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.cj.co.kr/en/about/business/food

Source: CJ Cheiljedang
Related Stocks:
Korea:097950
Keywords: Beverages Food/Beverages Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail