SINGAPURA, 18 September 2014 /PRNewswire/ -- Bagi memenuhi permintaan hebat para penggunanya, nanu, aplikasi panggilan yang benar-benar mudah alih dan percuma, hari ini telah melancarkan kempen bagi memberi ganjaran lebih 10 juta minit percuma untuk para pengguna sedia adanya bagi menghargai sokongan mereka dalam memperluas komuniti rakan global nanu.
Memandangkan semakin ramai orang berkongsi nanu bersama rakan mereka, nanu mampu maju ke hadapan dalam misinya untuk menyediakan panggilan percuma kepada semua, di mana-mana sahaja di dunia, walaupun melalui 2G.
nanu terus beroleh sokongan rakannya dari serata dunia. Seorang pengguna bernama Jayaram Murali Iyer berkata: "Saya telah memuat turun aplikasi itu. Aplikasi yang hebat. Saya amat menyukainya. Suara adalah amat jelas." Juan Bautista pula berkata, "Kemas kini baharu dapat berfungsi dengan sempurna pada Huawei Ascend Y300. Bunyi adalah amat jelas dan kuat. Saya suka nanu."
Model perniagaan panggilan percuma dengan tajaan iklan ini telah membolehkan nanu memberikan peluang kepada 250,000 pengguna pertama yang terlibat untuk menjemput rakan mereka dan beroleh ganjaran beberapa minit untuk membuat panggilan percuma kepada pengguna bukan nanu. Bagi setiap jemputan yang berjaya, para pengguna nanu sedia ada akan menerima tambahan 2 minit percuma untuk membuat panggilan kepada pengguna bukan nanu, sehingga 50 minit percuma untuk 25 jemputan. Panggilan yang dibuat antara pengguna nanu adalah sentiasa tanpa had dan percuma.
Sejak dilancarkan bulan lalu, nanu telah pun berjaya mendapatkan pengguna tetap di lebih 200 negara dan membolehkan para pengguna membuat panggilan percuma dan berkualiti dalam persekitaran dengan lebar jalur rendah, terutamanya di beberapa negara membangun seperti India dan Brazil, yang menyaksikan pertumbuhan eksponen aplikasi tersebut.
Bagi memuat turun nanu, layari: http://bit.ly/downloadnanu
Bagi mendapatkan maklumat tentang nanu: www.hellonanu.com
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen nanu, layari halaman Facebook atau Twitter nanu:
https://www.facebook.com/nanusocial
https://twitter.com/nanusocial
Maklumat Perhubungan Media
+65-3151-4760
lars@hellonanu.com
soraya@preciouscomms.com
stephanie@preciouscomms.com
Latar Belakang nanu
nanu ialah aplikasi panggilan mudah alih revolusioner yang menggunakan teknologi VoIP proprietari lebar jalur ultra rendah dan model perniagaan panggilan percuma dengan tajaan iklan bagi menyediakan panggilan percuma berkualiti tinggi untuk semua, di mana-mana sahaja, walaupun melalui 2G.