LONDON, 18 September 2014 /PRNewswire/ --
http://www.TopUniversities.com/rankings2014 #QSWUR
Penekanan global yang diberi ke atas penyelidikan saintifik dan teknologi berimpak tinggi ialah pemacu utama kepimpinan dalam Pemeringkatan Universiti Dunia QS 2014.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140915/705973 )
MIT mendahului buat tahun ketiga dan telah meningkatkan kadar petikan per fakulti berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya sebanyak 14 peratus. Kolej Imperial turut melaporkan peningkatan sebanyak 14 peratus dalam metrik ini jika dibandingkan dengan 11 peratus oleh Cambridge manakala 2 peratus pula oleh Harvard. Purata peningkatan dalam kalangan 10 universiti terbaik adalah 7 peratus. Caltech masih kekal sebagai universiti terbaik dunia bagi petikan penyelidikan.
Semua sepuluh institusi terbaik mencapai kecemerlangan daripada segi reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti pelajar atau ukuran fakulti dan pelajar antarabangsa. Prestasi Kolej Imperial dalam petikan per fakulti telah membantunya menjadi institusi dengan peningkatan paling banyak dalam kalangan 10 institusi terbaik, yang memintas Harvard, UCL dan juga Oxford untuk berada pada kedudukan setara tempat kedua di dunia, seri dengan Universiti Cambridge.
London ialah satu-satunya bandar di dunia dengan lima universiti dalam Senarai 100 Terbaik. Datuk Bandar London, Boris Johnson berkata: "Pemeringkatan ini mengukuhkan kedudukan London sebagai pusat pendidikan dunia. Tiada tempat lain di dunia yang mempunyai sebegini banyak universiti yang terbaik."
2014 |
2013 |
Sepuluh yang Terbai |
|
1 |
1 |
Institut Teknologi Massachusetts (MIT) |
US |
2= |
3 |
Universiti Cambridge |
UK |
2= |
5 |
Kolej Imperial London (UCL) |
UK |
4 |
2 |
Universiti Harvard |
US |
5= |
6 |
Universiti Oxford |
UK |
5= |
4 |
Kolej Universiti London |
UK |
7 |
7 |
Universiti Stanford |
US |
8 |
10 |
Institut Teknologi California (Caltech) |
US |
9 |
10 |
Universiti Princeton |
US |
10 |
8 |
Universiti Yale |
US |
(c) QS Quacquarelli Symonds 2004-2014 |
http://www.TopUniversities.com/rankings2014
31 negara diwakili dalam kedudukan 200 terbaik; AS ialah negara dominan, dengan 51 institusi, di hadapan UK (29), Jerman (13), Belanda (11), Kanada (10), Jepun (10) serta Australia (8).
Institusi dengan peningkatan terbaik sejak tahun 2009:
MIT
Universiti Sungkyunkwan
EPFL
Stanford
LMU München
Universiti Teknologi Nanyang
Universiti Korea
Universiti Zhejiang
Queen Mary, Universiti London
ETH Zurich
Lapan daripada institusi ini mempunyai kekuatan utama dalam sains dan teknologi.
Ben Sowter, ketua penyelidikan QS berkata: "Institusi yang berteraskan teknologi ialah titik tumpuan bagi perlumbaan global untuk inovasi. Dengan belanjawan daripada sumber awam sedang diberi tekanan hebat, institusi kelihatan lebih bertumpu berbanding selama ini terhadap penyelidikan yang berpotensi memberikan keuntungan dalam bidang sains, teknologi dan juga perubatan."
Selama satu dekad, pemeringkatan QS telah memberi petunjuk kepada evolusi berterusan pendidikan tinggi, lalu membantu membimbing para pengamal, bersama pelajar yang ingin diberi khidmat oleh QS.
Keputusan penuh, 800 universiti terbaik: http://www.TopUniversities.com/rankings2014
Sumber: QS Quacquarelli Symonds