omniture

HONEYWELL BERKOLABORASI DENGAN THE GREEN SOLUTIONS CORPORATION UNTUK LOJI PEMBUATAN HIDROGEN HIJAU PERTAMA VIETNAM

Honeywell
2024-02-21 09:00 12

HANOI, Vietnam, 21 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Honeywell mengumumkan bahawa ia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan The Green Solutions Group Corporation (TGS) untuk projek Tra Vinh Green Hydrogen, yang akan menjadi loji hidrogen hijau pertama Vietnam di wilayah Delta Mekong.

Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri Honeywell membantu mengurangkan kos dan pelepasan karbon sambil menyediakan kestabilan grid daripada sumber kuasa boleh diperbaharui, membolehkan pengeluaran hidrogen hijau di loji hidrogen hijau Tra Vinh.
Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri Honeywell membantu mengurangkan kos dan pelepasan karbon sambil menyediakan kestabilan grid daripada sumber kuasa boleh diperbaharui, membolehkan pengeluaran hidrogen hijau di loji hidrogen hijau Tra Vinh.

Honeywell akan membawakan teknologinya yang sudahpun tersedia ketika ini kepada projek ini seperti reka bentuk dan pengurusan automasi projek dan pengurusan tenaga untuk peralihan tenaga, termasuk sistem storan tenaga bateri (BESS), bagi membolehkan TGS menyepadukan sumber tenaga boleh baharu ke dalam loji hidrogen hijau.

Disaksikan oleh Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, penandatanganan MoU berlangsung pada November 2023 di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP28 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

"Sistem storan tenaga bateri Honeywell akan memainkan peranan pengupaya utama dalam projek Hidrogen Hijau Tra Vinh," kata Ramanathan Valliyappan, Pengurus Besar Serantau Honeywell Process Solutions. "Ia akan memperluaskan tenaga boleh baharu bermula dari ladang solar TGS melebihi masa cahaya matahari serta melanjutkan kuasa angin apabila angin tenang. Platform BESS Honeywell membantu mengurangkan kos dan emisi karbon dengan menyediakan kestabilan grid daripada sumber kuasa boleh baharu, seterusnya mengupayakan penghasilan hidrogen hijau di loji Tra Vinh."

Selain daripada BESS, Honeywell akan menyediakan penyelesaian dan kepakaran meluas yang meliputi seluruh rantaian nilai hidrogen untuk membantu TGS beroperasi dengan selamat, menguntungkan dan mencapai matlamat penghasilan tenaga boleh baharunya.

"Kolaborasi kami merupakan langkah kritikal ke arah penghasilan hidrogen hijau di loji Tra Vinh," kata Huynh Thi Kim Quyen, Pengarah Urusan TGS. "Projek Hidrogen Hijau Tra Vinh merupakan mercu tanda yang penting untuk syarikat kami dan pencapaian yang signifikan ke arah merealisasikan matlamat negara kami untuk menyahkarbonkan sektor tenaga dengan penyelesaian tenaga boleh baharu, seterusnya menyumbang kepada masa depan yang lebih bersih dan lebih lestari."

Vietnam berjanji untuk mencapai sifar bersih menjelang tahun 2050. Menurut beberapa anggaran, ia merupakan salah satu daripada lima negara teratas yang mungkin paling terjejas oleh perubahan iklim, dengan kemungkinan risiko sosial dan ekonomi yang teruk.[i] Negara ini memiliki potensi kuasa solar dan angin yang tinggi, terutamanya di wilayah Delta Mekong, tempat letaknya loji Tra Vinh.

Honeywell komited untuk mencapai keneutralan karbon dalam operasi dan kemudahannya menjelang tahun 2035. Komitmen ini memanfaatkan sejarah inovasi selama berdekad-dekad lamanya untuk membantu pelanggannya mencapai matlamat alam sekitar dan sosial mereka. Kira-kira 60% daripada pelaburan penyelidikan dan pembangunan pengenalan produk baharu 2022 Honeywell ditujukan kepada hasil berorientasikan-ESG untuk pelanggan.[ii]

[i] "Country: Vietnam," World Bank Group Climate Change Knowledge Portal, 2021.

[ii] Methodology for identifying ESG-oriented solutions is available at investor.honeywell.com (lihat "ESG/ESG Information/Identification of ESG-Oriented Offerings")

Latar Belakang Honeywell 

Honeywell ialah syarikat pengendalian bersepadu yang menawarkan perkhidmatan kepada rangkaian industri dan geografi yang luas di seluruh dunia. Perniagaan kami sejajar dengan tiga trend mega yang hebat – automasi, masa depan penerbangan dan peralihan tenaga – disokong oleh sistem pengendalian Honeywell Accelerator kami dan platform perisian bersepadu Honeywell Connected Enterprise. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, kami membantu organisasi-organisasi mengatasi cabaran yang paling sukar dan paling rumit di dunia, menyediakan penyelesaian yang boleh diambil tindakan serta inovasi yang membantu menjadikan dunia lebih pintar, lebih selamat dan lebih lestari. Untuk berita dan maklumat lanjut mengenai Honeywell, sila kunjungi www.honeywell.com/newsroom

Hubungan media:
Anton Susanto
+60123583903
imawanto.susanto@Honeywell.com 

Source: Honeywell
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements