omniture

Swisslog lantik Lee Sze Pinn sebagai Pengarah Urusan SEA baharu

Swisslog
2024-02-21 11:45 17

Lee Sze Pinn telahpun dilantik sebagai Pengarah Urusan Swisslog Southeast Asia apabila Koh Seng Teck berundur sebagai persiapan untuk bersara.

PETALING JAYA, Malaysia, 20 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Swisslog dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Lee Sze Pinn sebagai Pengarah Urusan SEA yang seterusnya, berkuat kuasa Januari 2024. Sze Pinn membawakan rekod prestasi yang mantap kepada Swisslog dengan pengalaman perniagaan antarabangsa yang luas.

Lee Sze Pinn, Managing Director of Swisslog Southeast Asia
Lee Sze Pinn, Managing Director of Swisslog Southeast Asia

Kerjaya Sze Pinn menjangkau 22 tahun lamanya dan pemahaman mendalam beliau tentang pelbagai komuniti akan menjadi aset yang besar untuk memperkukuh kolaborasi antara wilayah-wilayah berbeza yang membentuk Swisslog. Setelah berjaya memimpin sebuah organisasi matriks, Sze Pinn memiliki kemahiran dan kebolehsuaian yang diperlukan untuk memimpin dalam persekitaran yang rumit dan dinamik.

Koh Seng Teck, Pengarah Urusan Swisslog Southeast Asia sebelum ini, telah beralih kepada jawatan Pengurus Akaun Utama bagi membuat persiapan untuk persaraan beliau yang sememangnya layak. Pencapaian Koh digabungkan dengan pengalaman dan latar belakang Sze Pinn memberi peluang yang mantap untuk pertumbuhan yang berterusan. Pada masa ini, kedua-duanya bekerjasama erat bagi memastikan peralihan yang sangat terurus dan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Swisslog Jens Schmale: "Saya yakin Sze Pinn akan membawa pengetahuan baharu yang luas untuk jawatan ini. Saya percaya kepimpinan beliau bukan sahaja akan mengekalkan trajektori semasa kami, tetapi turut mendorong kami menuju fasa pengembangan dan kejayaan yang baharu."

Sze Pinn tidak sabar-sabar menantikan cabaran daripada jawatan baharu beliau dan bermula. "Asia Tenggara ialah pasaran yang sangat penting untuk Swisslog, dengan setiap tahun yang berlalu menyaksikan kejayaan yang belum pernah dicapai sebelum ini dan pencapaian yang memecah rekod. Saya berharap dapat membangun berdasarkan asas kukuh daripada kepimpinan terdahulu, terus berkembang di dalam rantau ini dan memberi penekanan yang kuat ke atas orang ramai."

Latar Belakang Swisslog – Swisslog menyampaikan penyelesaian berpandukan data & robotik untuk automasi logistik anda bersama-sama konsep perkhidmatan modular yang andal. Berkolaborasi dengan syarikat-syarikat yang berpandangan jauh, kami komited untuk menetapkan standard baharu dalam automasi gudang bagi menyediakan produk dan penyelesaian kalis masa depan. Sebagai sebahagian daripada KUKA Group, pelanggan kami mempercayai kecekapan pekerja kami yang bersemangat – lebih daripada 15,000 orang bekerja di seluruh dunia.

www.swisslog.com & www.kuka.com 

 

 

 
Source: Swisslog
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Personnel announcements Supply Chain/Logistics