omniture

EDISI KEENAM PERTANDINGAN AKADEMI CEF MUDA S.PELLEGRINO MEMBUKA PINTU KEPADA KEPADA CEF PALING BERBAKAT DI DUNIA BERUMUR BAWAH 30 TAHUN

Sanpellegrino Group
2024-02-22 21:41 11

Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino 2024-25 akan menumpukan perhatian kepada bakat masak-memasak terbaik yang memegang masa depan gastronomi dalam tangan mereka:  permohonan dibuka pada 5 Februari

MILAN, 5 Februari 2024 /PRNewswire/ -- S.Pellegrino mengumumkan edisi baharu Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino, inisiatif global untuk menemui dan membimbing cef muda yang mempunyai masa depan cerah, serta berbakat.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:  Akan Ditentukan (TBC)

Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino bukan sekadar pertandingan masak-memasak malah lebih daripada itu. Mengambil bahagian bermaksud menyertai  projek Akademi Cef Muda S.Pellegrinoyang hebat untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik melalui makanan. Para peserta akan mempunyai peluang unik untuk menyertai komuniti antarabangsa dan diperkasa melalui pendidikan, bimbingan, rangkaian dan peluang kerjaya. Semasa Pertandingan berlangsung, mereka akan dibimbing rapat oleh cef terkenal dunia yang akan membantu dalam membawa visi mereka untuk masa depan ke meja dan kemahiran masak-memasak ke peringkat seterusnya.

"Akademi Cef Muda S.Pellegrino ialah komuniti global yang dilahirkan untuk menyampaikan komitmen S.Pellegrino bagi membentuk masa depan gastronomi dengan melabur dalam nilai seperti kelestarian, tanggungjawab, keterangkuman, daya tahan dan kecantikan, serta Pertandingan merupakan akses utama kepada komitmen tersebut. Edisi terakhir mencatatkan rekod penyertaan dengan lebih 166 cef melepasi peringkat pemilihan awal antara 15 rantau yang terlibat. Apabila melihat begitu ramai bakat muda bersedia memberikan yang terbaik melalui kerja keras dan semangat, serta melihat mereka menyertai misi kami ini, membuatkan kami berasa bangga. Ini membuatkan kami menjadi lebih percaya dengan projek ini dan kami tidak sabar menunggu edisi baharu bermula," kata Stefano Bolognese, Pengarah Unit Perniagaan Antarabangsa Sanpellegrino.

Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino 2024-25 akan mengalu-alukan cef muda yang ingin mencabar diri dan kebolehan mereka sambil mendapat perhatian global. Cef muda bawah umur 30 tahun akan berpeluang mendaftar di http://sanpellegrinoyoungchefacademy.com/the-competition/application-form dari 5 Februari hingga 3 Jun 2024, dengan menghantar resipi hidangan istimewa yang menyampaikan visi peribadi, kemahiran unik dan kreativiti masing-masing. Seperti edisi sebelumnya, fasa pemilihan pertama akan dinilai oleh ALMA, Sekolah Antarabangsa Seni Masak-Memasak Itali. ALMA akan mentakrifkan senarai pendek cef muda yang akan menyertai Pusingan Akhir Serantau yang akan berlangsung di seluruh dunia hingga separuh kedua tahun 2024.

Pemenang serantau akan bersaing pada acara Peringkat Akhir (Grand Finale) untuk memenangi Anugerah Akademi Cef Muda S.Pellegrino 2024-25. Untuk memenangi gelaran itu, cef mesti menarik hati Jemaah Juri global – panel cef terkenal antarabangsa yang dihormati – dengan menunjukkan kebolehan teknikal yang tiada tandingan serta kreativiti sebenar. Bakat pemenang juga perlu menunjukkan kepercayaan peribadi yang kuat berkenaan gastronomi, bertujuan meyakinkan Juri keupayaan mereka untuk menjadi pemangkin kepada perubahan positif. Edisi terakhir menyaksikan cef Nelson Freitas berjaya, muncul sebagai cef terbaik di dunia bawah 30 tahun.

Sebagai pengiktirafan lanjut terhadap bakat cemerlang Freitas, Akademi telah menawarkan pengalaman pendidikan unik kepadanya di Peru dengan bintang komuniti cef global, Virgilio Martínez, yang restoran Lima miliknya, Central, mengungguli 50 Restoran Terbaik Dunia 2023. Di sana, Freitas akan menikmati peluang istimewa untuk meningkatkan pembangunan profesional diri, belajar dan mengambil inspirasi daripada yang terbaik.

Maklumat tentang laluannya sepanjang Pertandingan, cef Nelson Freitas berkata: "Pertandingan Akademi Cef Muda S.Pellegrino merupakan pengalaman yang menakjubkan, kerana acara ini membolehkan hubungan, [dan] perkongsian maklumat, budaya dan sudah tentu, ilmu pengetahuan. Saya merasakan bahawa saya telah berkembang secara profesional dan peribadi, menemui horizon baharu dan motivasi yang diperbaharui untuk masa depan. Bagi saya ini bukan titik akhir tetapi permulaan perjalanan baharu. Pertandingan ialah konteks yang ideal untuk semua cef muda yang ingin mempamerkan hasil kerja mereka dan menguji diri mereka sendiri. Nasihat saya untuk peserta baharu ialah: bawa sesuatu yang peribadi, bawa sesuatu yang anda rasakan wujud hubungan mendalam untuk menunjukkan yang terbaik!"

Semasa Pertandingan, pemohon juga akan bersaing untuk tiga anugerah tambahan yang akan mengiktiraf pelbagai kepercayaan dan pendekatan cef muda bagi mencipta perubahan masyarakat yang positif melalui makanan:

  • Anugerah Tanggungjawab Sosial S.Pellegrino: diundi oleh Persatuan Restoran Mampan (Sustainable Restaurant Association), yang menjalankan Food Made Good, program kelestarian perkhidmatan makanan terbesar dan komuniti global untuk memacu kelestarian dalam hospitaliti, hidangan pemenang akan mewakili prinsip yang makanan berada pada tahap terbaik apabila dihasilkan daripada amalan bertanggungjawab sosial, merangkumi keperluan sumber, sosial dan alam sekitar;
  • Anugerah Hubungan Acqua Panna dalam Gastronomi (Acqua Panna Connection in Gastronomy Award): diundi oleh Mentor, pemenang anugerah ini akan menghasilkan hidangan yang mewakili warisan masak-memasak rantau asal cef. Hidangan itu perlu mengetengahkan amalan masak-memasak tradisional dan visi moden peribadi, memberikan hubungan antara masa lalu dan masa depan; 
  • Anugerah Penggemar Hidangan Pesona Santapan Fikiran (Fine Dining Lovers Food for Thought Award): diundi oleh komuniti Penggemar Hidangan Pesona dalam talian, anugerah ini diberikan kepada cef muda yang paling berjaya mempersembahkan kepercayaan peribadi mereka dengan hidangan istimewa;

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, sila kunjungi: www.sanpellegrinoyoungchefacademy.com

Maklumat Tentang Akademi Cef Muda S.Pellegrino

Gastronomi berpotensi mengubah masyarakat, membentuk masa depan yang lebih terangkum dan mampan. Tetapi untuk melaksanakan itu memerlukan bakat. Disebabkan perkara itu, S.Pellegrino telah mencipta Akademi Cef Muda S.Pellegrino, platform untuk menarik minat, menghubungkan dan memupuk bakat masak-memasak generasi seterusnya. Persekitaran yang akan memperkasa mereka melalui peluang pendidikan, bimbingan dan pengalaman, serta melalui pertandingan global yang terkenal.

Akademi itu membuka pintu kepada ahli dari lebih 70 negara berbeza, memastikan bahawa bakat tidak dikekang oleh geografi, keetnikan atau jantina. Ini ialah tempat cef muda yang bersemangat berinteraksi dengan pemain paling berpengaruh dalam gastronomi global dan tempat mereka bersama-sama memupuk komuniti masak-memasak yang memberikan inspirasi.

Untuk menemui lebih lanjut, sila kunjungi: https://www.sanpellegrinoyoungchefacademy.com/ 

Maklumat Tentang S.Pellegrino dan Acqua Panna

S.Pellegrino, Acqua Panna dan Sanpellegrino Italian Sparkling Drinks ialah tanda dagangan antarabangsa Sanpellegrino S.p.A., yang berpangkalan di Milan, Itali. Diedarkan di lebih 150 negara melalui cawangan dan pengedar di kelima-lima benua, produk ini mewakili kualiti, kecemerlangan disebabkan oleh asal usul dan dengan sempurna mentafsirkan gaya Itali di seluruh dunia sebagai sintesis kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan. Ditubuhkan pada tahun 1899, Sanpellegrino S.p.A. ialah syarikat terkemuka dalam sektor minuman di Itali dengan rangkaian air mineral, aperitif dan minuman tidak beralkohol.

Sanpellegrino sentiasa komited untuk meningkatkan kebaikan utama untuk planet ini dan berusaha dengan bertanggungjawab dan bersemangat bagi memastikan sumber ini mempunyai masa depan yang terjamin.

Foto -
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1341607/4260608/SPYCA_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Sanpellegrino Group
Keywords: Education Entertainment Environmental Products & Services Food/Beverages Restaurants Retail Awards Broadcast feed announcements