omniture

Neutrinos melantik Ashish Jha sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan Strategi mereka yang pertama

Neutrinos
2024-02-23 12:36 24

Ashish Jha, pakar pemasaran berpengalaman dan pakar industri Insurtech, telah dipilih untuk meningkatkan kesedaran jenama dan mempercepat pertumbuhan secara global bagi syarikat tersebut

BENGALURU, India, 23 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Neutrinos, sebuah platform automasi kod rendah yang dibina khusus untuk tujuan kecerdasan buatan, pada hari ini mengumumkan pelantikan Ashish Jha sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan Strategi mereka. Dalam peranan baharu beliau, Ashish akan memacu strategi membawa produk ke pasaran dan meningkatkan kehadiran pasaran, kesedaran jenama, dan pertumbuhan Neutrino.

Berpangkalan di Princeton, NJ, Ashish akan membawa pengalaman strategi, pemasaran dan kepimpinan beliau yang selama 20+ tahun dalam merangka strategi pertumbuhan, membina jenama, menjalankan program pemasaran permintaan berbilang saluran, melaksanakan pelancaran produk berimpak tinggi dan menjalankan program pemasaran perkongsian dan pempengaruh.

Sebelum menyertai Neutrinos, Ashish merupakan Ketua Pegawai Pemasaran di Innoveo, memacu kesedaran pasaran dan pertumbuhan syarikat tersebut. Ashish juga pernah berkhidmat sebagai VP dan CMO di Zinnia (sebelum ini dikenali sebagai SE2), pembekal teknologi hayat dan takaful terkemuka, yang mengubah kehadiran dan kesedaran pasaran syarikat tersebut. Selain itu, Ashish juga pernah memegang jawatan kepemimpinan pemasaran di organisasi global besar termasuk Tata Consultancy Services, Majesco, Mastek dan Essar Group. 

"Saya mengalu-alukan Ashish ke dalam keluarga Neutrinos," kata Samik Ghosh, Ketua Pegawai Eksekutif Neutrinos. "Pengalaman beliau yang luas dalam memimpin strategi, pemasaran dan komunikasi dalam teknologi perkhidmatan kewangan, serta ruang kod rendah dan automasi proses, bersama dengan rekod prestasi beliau yang kukuh dalam membina jenama dan memacu pertumbuhan, menjadikan beliau aset penting kepada pasukan kepimpinan Neutrinos."

"Saya teruja dengan kuasa platform teknologi Neutrinos yang dijana oleh kecerdasan buatan yang direka khusus untuk memberikan hasil untuk industri insurans dan perkhidmatan kewangan," kata Ashish. "Saya berharap untuk memimpin strategi, pemasaran dan usaha-usaha perkongsian syarikat ini, sambil membolehkan perusahaan di seluruh dunia memanfaatkan teknologi baharu yang transformatif untuk menyelesaikan isu-isu rumit dan memberikan hasil perniagaan."

Tentang Neutrinos:

Neutrinos membolehkan perusahaan perkhidmatan kewangan dan insurans dengan cepat mengubah idea menjadi hasil perniagaan dengan platform automasi kod rendah yang dikuasa oleh kecerdasan buatan, perpustakaan kemampuan perniagaan yang telah dibina, dan kepakaran industri yang mendalam. Perusahaan di seluruh dunia bergantung kepada platform Neutrinos untuk membayangkan semula, mengembangkan dan melaksanakan aplikasi perniagaan yang kompleks, berpusatkan proses dan melibatkan pelanggan. Kami kini bekerjasama dengan lebih daripada 30 buah perusahaan terkemuka di seluruh dunia sebagai rakan strategik jangka panjang mereka dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan baharu, pusat hubungan pelanggan, tuntutan dan penjaminan, di antara banyak kes penggunaan lain di keseluruhan rantaian nilai.

Ketahui lebih selanjutnya di: www.neutrinos.com

Hubungan Media:

Sabareesh Natarajan
+91-965-581-4047
sabareesh.natarajan@neutrinos.co

 

Source: Neutrinos
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Personnel announcements Artificial Intelligence