omniture

Ketua Pegawai Teknologi Huawei Cloud Bruno Zhang: Membina Asas Awan Pintar untuk Syarikat Telekomunikasi dengan Inovasi Sistematik

HUAWEI CLOUD
2024-02-27 23:14 82

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Di acara Pelancaran Produk & Penyelesaian Huawei 2024 semasa MWC Barcelona 2024, Bruno Zhang, Ketua Pegawai Teknologi Huawei Cloud, menyatakan bahawa, "Huawei Cloud komited untuk membina asas awan pintar buat industri telekomunikasi dan mempercepatkan kecerdasan merentas industri-industri dengan inovasi sistematik yang mencakupi AI untuk Awan dan Awan untuk AI."

Bruno Zhang, CTO of Huawei Cloud
Bruno Zhang, CTO of Huawei Cloud

AI untuk Awan: Membentuk Semula Industri dengan Model Pangu

Model Pangu Huawei Cloud memperkasa penaiktarafan pintar kedua-dua industri dan aplikasi awan.

En. Zhang menerangkan bagaimana pelanggan syarikat telekomunikasi telahpun mengaplikasikannya. Model R&D Pangu membantu pembangun menjana kod dengan hanya satu prom dan kes ujian dengan hanya satu klik. Model telekomunikasi Pangu menyelesaikan masalah secara automatik 90% kesalahan rangkaian dalam masa hanya beberapa minit. Model manusia maya Pangu memiliki ketepatan segerak bibir 95% untuk khidmat pelanggan dan penstriman langsung. Ini akan disertai oleh lebih banyak model.

Awan untuk AI: Mengatasi Cabaran dengan Inovasi Sistematik

Bagi membantu syarikat telekomunikasi membina infrastruktur awan, Huawei Cloud menyediakan rangkaian penyelesaian yang terdiri daripada storan natif-AI, GaussDB, penumpuan data-AI dan seni bina QingTian teragih. Kesemua ini dilaksanakan dan digunakan merentas awan, rangkaian, pinggir dan peranti.

•  Storan Natif Awan: Lebar jalur tinggi, keserentakan tinggi dan kependaman rendah untuk model asas
Model asas latihan memerlukan eksabait data. Huawei Cloud mengendalikan permintaan ini dengan mudah hasil daripada pendekatan tiga serampang. Pertama, perkhidmatan ingatan EMS menyimpan petabait parameter dengan lebar jalur ultra-besar 220 TB dan kependaman ultra-rendah serendah mikrosaat. Kedua, perkhidmatan cache SFS Turbo menyampaikan daya pemprosesan dan keserentakan tinggi. Dengan IOPS dalam berpuluh-puluh juta, rekod 1 bilion data tidak lagi memerlukan 100 jam untuk disediakan, hanya 5. Ketiga, tasik pengetahuan dibangunkan berasaskan Perkhidmatan Storan Objek (OBS) mengurangkan kos latihan penyimpanan dan data inferens sebanyak 30%.

•  GaussDB: Pangkalan data kukuh yang membantu syarikat telekomunikasi memproses data baik dengan cekap mahupun selamat
GaussDB ialah pangkalan data teragih kelas-perusahaan dengan lebih 100,000 nod. Bagi ketersediaan, GaussDB memastikan kekonsistenan kukuh dwi-kluster dengan RPO sifar. Bagi keselamatan, ia diperakui CC EAL4+, tahap tertinggi dalam industri ini. Bagi automasi, GaussDB menyediakan alatan sehenti untuk menukarkan dan memindahkan 95% sintaks biasa.

•  Platform penumpuan data-AI: Asas data kukuh untuk model asas
Data merupakan kunci kepada model asas. Bagi membangunkan model telekomunikasi terutamanya, data daripada domain BSS, OSS dan MSS perlu disatukan ke dalam satu tasik data. Platform penumpuan data-AI Huawei Cloud ialah asas data mantap untuk model-model ini. Dengan LakeFormation, satu salinan data boleh dikongsi tanpa penghijrahan. Dengan DataArts Studio, saintis AI dapat menikmati data patuh yang berkualiti tinggi. Akhir sekali, tiga saluran – DataArts, ModelArts dan CodeArts – mengatur dan menjadualkan aliran kerja data serta AI untuk memacu latihan model dalam talian dan inferens dengan data masa nyata.

•  Model pelaksanaan berbilang-awan pertama industri dan penyelesaian Cloud on Cloud untuk pengangkut
Kesemua keupayaan model Pangu yang disebut di atas dan perkhidmatan awan berkuasa-Pangu disesuaikan kepada setiap pelanggan untuk pelaksanaan pada awan awam, awan khusus atau awan hibrid. Sebagai contoh, syarikat telekomunikasi boleh membina dan mengendalikan platform AI khusus mereka serta model asas dalam pusat data sedia ada mereka menggunakan Huawei Cloud Stack, awan hibrid.

Huawei Cloud turut menawarkan khidmat runding, operasi hujung-ke-hujung dan perkhidmatan penghijrahan sehenti melalui penyelesaian Cloud on Cloud.

En. Zhang menyimpulkan dengan sejauh mana Huawei Cloud komited terhadap kejayaan bersama. Teknologi dikongsi tersedia melalui 150,000 API. Pengalaman dikongsi diperoleh dengan menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 3 juta pelanggan global. Ekosistem dikongsi pula terdiri daripada 10,000 tawaran KooGallery. Usaha ini memperkasa pengangkut untuk membina perkhidmatan B2B dan merebut peluang agar kekal berdaya saing.

MWC Barcelona 2024 akan diadakan mulai 26 Februari hingga 29 Februari di Barcelona, Sepanyol. Semasa acara ini, Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian terkininya di gerai pameran 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via. Menerusi pelancaran komersial 5.5G 2024, Huawei berkolaborasi dengan pengendali dan rakan kongsi dari serata dunia untuk mengejar inovasi baharu yang menarik dalam rangkaian, awan dan kecerdasan. Kami akan bersama-sama memacu perniagaan 5G dan memupuk ekosistem industri yang berkembang maju, mencipta era baharu untuk transformasi digital pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/mwc2024.

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things