omniture

Majikan Paling Menarik di Dunia Memenuhi Kemahuan Generasi Milenia

Universum
2014-09-23 21:00 220

NEW YORK, Sept. 23, 2014 /PRNewswire/ -- Universum, peneraju global dalam penjenamaan majikan, telah mengeluarkan pemeringkatan Majikan Paling Menarik Dunia 2014. Berdasarkan kaji selidik pelajar negara Universum bagi lebih 200,000 pelajar perniagaan dan kejuruteraan di dua belas ekonomi paling besar di dunia, pemeringkatan Majikan Paling Menarik Dunia memperlihatkan pilihan teratas bagi bakat muda pada masa kini.

Di seluruh dunia, para pelajar mendapat motivasi di tempat kerja yang kreatif dan ramah

Apabila ditanyakan tentang keutamaan pekerjaan mereka, "persekitaran kerja yang kreatif dan dinamik" merupakan ciri #1 paling dimahukan oleh para pelajar kejuruteraan pada peringkat global, dan #4 untuk pelajar perniagaan. "Persekitaran kerja yang ramah" juga adalah penting, menjadikannya berada di kedudukan #6 untuk jurutera dan #5 untuk pelajar perniagaan.

"Petanda ini menunjukkan generasi ini, tidak kira di mana mereka berada di dunia, menggunakan pendekatan berbeza terhadap kerja," ulas Petter Nylander, Ketua Pegawai Eksekutif Universum. "Para pelajar mengetahui betapa pentingnya pekerjaan dalam kehidupan mereka dan mahu bekerja di dalam persekitaran yang berkaitan – majikan perlu berusaha untuk menggalakkan persekitaran ini."

Bagi jurutera, industri automotif kembali dengan penuh tenaga

Google masih kekal di atas namun kebanyakan majikan automotif menaiki kedudukan bagi pelajar kejuruteraan tahun ini, menunjukkan industri ini sedang membina semula popularitinya setelah jatuh buat seketika.

"Memandangkan teknologi automotif dan rantaian bekalan menjadi lebih sofistikated," Nylander berkata lagi, "syarikat kenderaan tidak lagi dilihat sebagai tempat tradisi atau konservatif untuk bekerja. Dengan memberi tumpuan kepada peluang untuk menjadi inovatif dalam bidang kejuruteraan, mereka sedang beroleh kejayaan dalam kalangan kumpulan ini."

Big Four beroleh tempat teratas dalam kalangan pelajar perniagaan

Tahun ini, firma perakaunan Big Four menjadikan syarikatnya sebagai majikan pilihan di seluruh dunia untuk pelajar perniagaan, dengan EY, Deloitte, KMPG, dan juga PwC menduduki empat daripada lima kedudukan teratas di belakang Google.

"Ini jelas menunjukkan organisasi ini telah mengambil pendekatan berteraskan data untuk jenama majikan mereka," Nylander membuat kesimpulan. "Mereka benar-benar memahami keperluan persekitaran, latihan serta pembangunan yang mantap bagi sesebuah syarikat, dan ciri-ciri lain yang dicari oleh para pelajar perniagaan, serta membuat pelaburan bagi menyediakan keperluan ini untuk para pekerja mereka."

Latar Belakang Universum dan Kedudukan Majikan Paling Menarik Dunia

Sebagai firma penyelidikan dan khidmat nasihat global, Universum membantu majikan cemerlang dalam pengambilan dan pengekalan tenaga kerja dengan memastikan penambahbaikan terhadap jenama majikan mereka. Kedudukan Majikan Paling Menarik Dunia (WMAE) Universum telah dikumpulkan melalui kaji selidik pelajar negara Universum yang telah dilaksanakan dalam dua belas ekonomi paling besar di dunia. Layari http://bit.ly/WMAE2014.

Jonas Barck
Telefon Bimbit: +46706933388
E-mel: jonas.barck@universumglobal.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140923/706209

Source: Universum
Keywords: Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research