LONDON, 23 September 2014 /PRNewswire/ --
Jaguar dan Stella Mccartney Bawakan XE Baharu ke Paris
#FEELXE
Menjelang Pertunjukan Minggu Fesyen Paris oleh Stella McCartney pada 29 September, Jaguar telah bergabung tenaga dengan pereka British terkemuka bagi kempen FEEL XE fasa seterusnya ketika pelancaran Jaguar XE diteruskan. Kedua-dua Stella dan Jaguar melambangkan yang terbaik bagi reka bentuk British dan mempunyai komitmen yang dikongsi bersama terhadap pemodenan, prestasi, gaya serta fungsi dan Pengalaman FEEL XE adalah satu ekspresi terhadap falsafah reka bentuk ini.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140922/706720)
Berucap mengenai hasil kerjanya terhadap kempen FEEL XE, Stella McCartney OBE mengulas: "Jaguar adalah satu jenama British yang penuh dengan warisan, watak dan suatu yang telah saya kagumi selama bertahun-tahun lamanya oleh itu ia adalah satu kegembiraan apabila dapat bekerja secara langsung bersama mereka. Ia adalah suatu yang menarik untuk menyesuaikan cetakan Adi Wira yang lincah pada XE, menambahkan satu perasaan pemerkasaan terhadap reka bentuknya yang menarik – saya tidak sabar untuk melihatnya di jalan-jalan sekitar Paris."
Pengalaman FEEL XE menandakan fasa seterusnya bagi pendedahan XE, yang mana Jaguar akan mengumumkan spesifikasi terperinci buat pertama kalinya di Pameran Motor Paris. Ini akan melibatkan kecekapan, infotaimen dan kemunculan sulung dunia bagi kawalan perkembangan permukaan keseluruhan baharunya.
Dua jenama British berprestij ini bersama-sama menciptakan Pengalaman FEEL XE; memaparkan flit kemewahan Stella McCartney yang memberi inspirasi kepada Jaguar yang dibaluti dengan cetakan Adi Wira yang tersendiri daripada koleksi Musim Bunga 2015 miliknya. Kenderaan-kenderaan ini akan dibawa ke jalan-jalan di Paris pada Isnin 29 September, menyampaikan siri-siri Pengalaman FEEL XE yang telah pun dikelolakan dengan teliti oleh Stella dan Jaguar bagi memberikan pengguna rasa yang Mengujakan daripada paparan budaya Paris yang unik.
Dua tahun setelah tamat pengajian daripada Central St. Martins College of Art and Design, London, Stella berpindah ke Paris dan empat tahun kemudian beliau telah melancarkan koleksi pertama rangkaian fesyen Stella McCartney di Paris. Ibu kota Perancis itu masih dekat di hatinya dan ia masih menjadi bandar untuk Stella memperagakan koleksi siap pakai baharunya pada setiap musim. Ia amat sesuai apabila jalan-jalan di Paris menjadi satu-satunya bandar di dunia yang mempunyai Adi Wira Jaguar di jalanannya.
Ian Callum, Pengarah Reka Bentuk Jaguar, mengulas tentang kekaguman beliau terhadap hasil kerja Stella McCartney dan semangat yang mereka kongsikan terhadap reka bentuk dan inovasi British: "Saya sentiasa meminati hasil kerja Stella dan mengagumi projek-projek kerjasamanya sebelum ini, terutamanya pakaian persembahan untuk Pasukan Olimpik GB. Ini satu demonstrasi indah bagi komitmen Stella terhadap keanggunan, gaya selain daripada fungsi dan, prestasi yang merupakan ciri-ciri yang saya mahu ekspresikan melalui Jaguar XE."
Pengalaman FEEL XE menandakan pelibatan Stella yang berterusan dalam kempen FEEL XE Jaguar. Stella turut menghadiri tayangan perdana global Jaguar XE di Earls Court, London pada 8 September, dan beliau juga memilih untuk hadir dengan XE, Jaguar paling cekap bahan api setakat kini, di Koleksi Karpet Hijau Stella McCartney 2014 awal bulan ini.
Berikutan Pengalaman FEEL XE di Paris, Jaguar akan mengumumkan butiran projek FEEL XE seterusnya bersama pelakon British Idris Elba pada bulan-bulan akan datang. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Pengalaman FEEL XE, dan melihat kereta-kereta tersebut di jalan-jalan sekitar Paris pada Isnin 29 September menjelang Pameran Motor tersebut, sila layari http://bit.ly/XESMC.
Lihat http://www.media.jaguar.com untuk semua perkataan, fotografi pegun dan fail-fail video.
Untuk fail-fail video dengan resolusi tinggi layari http://www.broadcast.jaguarlandrover.com
SALURAN-SALURAN JAGUAR:
- Facebook: http://www.facebook.com/Jaguar
- Twitter: http://twitter.com/Jaguar
- Instagram: http://instagram.com/Jaguar
- YouTube: http://www.youtube.com/JaguarCars
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi:
The Brooklyn Brothers Claudia Davies /claudia@thebrooklynbrothers.com
SUMBER Jaguar