AFIKIM, Israel, 25 September 2014 /PRNewswire/ -- Afimilk buat julung kalinya, mempertingkat kesuburan lembu yang telah diikat, dengan membolehkan pengesanan kesediaan mengawan automatik dilakukan dengan AfiAct II Stanchion.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140925/706118)
AfiAct II Stanchion menggabungkan koleksi data jangka panjang dan tag pemantauan kelakuan yang dipasang di kaki (AfiTag II) di serata ladang Stanchion. Ia menghantar isyarat kesediaan mengawan sebagai senarai pembiakan kepada komputer dan telefon bimbit pengguna.
Analisis penunjuk haba AfiAct II Stanchion menyampaikan pengesanan kesediaan mengawan berprestasi tinggi yang tepat di dalam petak ikat. Pemilik petak ikat dapat mempertingkat kesuburan ternakan mereka dengan ketara: sistem tersebut boleh meningkatkan kadar kehamilan sebanyak 6 peratus dan 9 peratus berbanding pemerhatian visual, serta dapat mengurangkan hari terbuka tahunan sehingga 20 kepada 40 bagi setiap lembu, berbanding kaedah lain.
Hasilnya, ladang petak ikat dengan 100 lembu dijangka dapat menjimatkan antara $10,000 hingga $20,000 setiap tahun.
Statistik daripada para pengguna menunjukkan sistem tersebut menggandakan jumlah kejadian kesediaan mengawan yang disahkan. Hampir tiada lembu yang dikesan oleh pengendali gagal dikesan dengan AfiAct II, manakala sebilangan besar haiwan tersebut pula telah dibiakkan hasil daripada pengesanan sistem semata-mata.
"Afimilk telah meningkatkan tahap program pembiakan kami daripada hanya membuat tekaan kepada sains. Setelah digunakan sebagai alat selain kaedah tradisi yang diamalkan, kami telah berjaya mengurangkan lembu terbuka bagi kesihatan ternakan sebanyak 5 peratus dalam tempoh empat bulan lalu," kata Joel Stam, pemilik Eagle Lee Farm di Norwich, Ontario, Kanada.
Sehingga kini, penyelesaian yang berteraskan teknologi gagal menangani ternakan tenusu di ladang Stanchion, yang menghadapi masalah dengan pengesanan kitar estrus dan pengenalpastian waktu inseminasi. Kawanan di petak ikat dan terbuka beroleh banyak kelebihan daripada pengesanan kesediaan mengawan automatik, yang meningkatkan ciri-ciri kesuburan dan mempertingkat keuntungan ternakan. Sebaliknya, para penternak lembu diikat telah bergantung pada pengesanan kesediaan mengawan secara visual atau protokol penyegerakan selama ini. Ini sering kali menyebabkan hari terbuka dan selang masa penyusuan yang lebih lama, lalu menghalang ternakan daripada mencapai keuntungan penuh.
Latar Belakang Afimilk
Afimilk telah menyediakan teknologi serta pengetahuan kepada para pengeluar hasil tenusu untuk menghasilkan susu berkualiti tinggi yang menguntungkan selama hampir 40 tahun. Syarikat tersebut telah memperkenalkan sistem pedometer beroperasi yang pertama, manakala kreativiti serta kepakaran terbukti syarikat itu pula terus menerajui industri tenusu. Menerusi usaha memajukan teknologi dan memperkenalkan inovasi, Afimilk memenuhi keperluan kian berubah sektor tenusu, dan dengan sistem yang dipasang di lebih 50 negara, syarikat tersebut terus menerajui pengesan dan perisian pengurusan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati kami di gerai pameran Ekspo Tenusu Sedunia: EH #1411-1512
Maklumat perhubungan: Cik Noa Yonish, Pengurus Marcom, +972-50-7589973, noa@afimilk.co.il
SUMBER Afimilk