SINGAPURA, 7 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Flyability, peneraju pasaran bagi dron ruangan terkurung, melancarkan muatan Pengukuran Ketebalan Ultrasonik (UTM) revolusionernya untuk dron Elios 3 di ibu pejabatnya di Paudex, Switzerland. Dibangunkan dengan kerjasama Cygnus Instruments, pakar pengujian ultrasonik (UT) yang terkemuka, penyelesaian inovatif ini memperkasa industri-industri di seluruh APAC untuk memeriksa ketebalan keluli dengan selamat dan cekap dalam persekitaran yang sukar dicapai atau berbahaya serta ruangan terkurung, seperti badan kapal dan tangki penyimpanan, menggunakan teknologi pengujian ultrasonik.
"Sejak projek pertama kami dengan pelanggan dalam industri minyak dan gas, maritim serta kimia, keupayaan untuk melakukan pengukuran ultrasonik selain pemeriksaan visual menjadi salah satu ciri yang paling diminta," kata Patrick Thévoz, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Flyability. "Muatan UTM untuk dron Elios 3 yang utama dalam industri kami ini menonjolkan lonjakan penting ke hadapan untuk membekalkan penyelesaian sedemikian kepada pelanggan kami. Kami yakin teknologi ini akan memperkasa perniagaan untuk berkembang maju dalam landskap yang kompetitif dan peka keselamatan ini."
Pasaran robot industri APAC, bernilai USD 3.24 juta dalam tahun 2022, dijangka mencecah USD 41.02 bilion menjelang tahun 2030, dengan robot pemeriksaan berkembang pada CAGR 20%. Dalam industri-industri meliputi pembinaan kapal, minyak dan gas serta penjanaan kuasa, terdapat peningkatan permintaan terhadap penyelesaian yang mengupayakan pemeriksaan ruangan terkurung. Peraturan keselamatan yang lebih ketat dan keinginan untuk mengurangkan masa henti serta kos juga mendorong penggiat industri untuk mengutamakan amalan pemeriksaan yang selamat.
Dron Elios 3 dengan muatan UTM inovatif memperkasa era baharu pemeriksaan dinding keluli yang selamat, cekap dan tepat. Sistem UTM menggunakan transmisi ultrasonik bagi mengukur ketebalan di lokasi yang mencabar dengan tepat. Ia mengemudi geometri yang kompleks dan ruang sempit, menghapuskan keperluan terhadap kemasukan ke ruangan terkurung yang berisiko dan mengurangkan kos serta masa pusing balik dengan ketara. Muatan UT imbas-A langsung ini direka bentuk untuk pengukuran ketebalan yang pantas pada pelbagai struktur seperti badan kapal, tangki dan perpaipan. Ia membolehkan akses yang lebih selamat ke lokasi pengukuran ketebalan (TML), manakala Elios 3 menangani ruangan terkurung atau kawasan bertingkat, lalu mempercepatkan pengukuran ketebalan dinding dan kakisan.
Sistem ini mempunyai lengan pintar dengan prob ultrasonik dan penunjuk laser bagi penyasaran yang jitu. Pilihan pelekap yang boleh disesuaikan dan konfigurasi lengan yang boleh dilaraskan memastikan keserbagunaan dalam persekitaran industri yang kompleks. Selain itu, dispenser pengganding dikawal jauh mengoptimumkan transmisi ultrabunyi untuk pembacaan yang andal. Setiap pengukuran boleh ditandakan pada kembar digital aset, yang memudahkan analisis. Elios 3 malah boleh membawa modul penyediaan permukaan pilihan bagi menjamin keadaan ujian yang optimum.
Muatan ini merupakan unit ketiga untuk Elios 3 modular dan meluaskan kepelbagaian industri yang mendapat perkhidmatan daripada dron Elios untuk keperluan pemetaan, pengukuran dan Pengujian Tanpa-Musnah (NDT). Ia menyampaikan visualisasi data masa nyata dan pelarasan manual untuk pengukuran ketebalan yang tepat pada struktur keluli, memastikan kualiti pemeriksaan yang optimum. Mematuhi piawaian industri yang ketat, termasuk pematuhan ISO 16809, ia menjamin tahap ketepatan, kualiti dan keandalan tertinggi dalam mengukur ketebalan.
"Kehadiran Cygnus dalam pasaran perkapalan serta minyak dan gas selama bertahun-tahun membolehkan kami memahami keperluan pelanggan kami. Seruan terhadap pemeriksaan berasaskan dron udara bermula 20 tahun yang lalu dan sejak 10 tahun yang lalu, Cygnus telah memerhatikan keadaan ini berubah menjadi satu perlumbaan teknologi untuk memasang UT pada UAV. Kami berbesar hati dapat berkolaborasi dengan Flyability untuk muatan pengukuran ketebalan ultrasonik untuk Elios 3. Kekayaan bakat kejuruteraan Flyability, ujian lapangan yang luas serta pengesahan produk yang ketat akan memperkasa perniagaan dalam banyak industri untuk menjalankan pemeriksaan Pengujian Tanpa-Musnah yang lebih selamat," kata Lulu Costhwaite-Eyre, Pengarah Urusan Cygnus Instruments.
Alami masa depan operasi dron dengan muatan UTM pada Elios 3, dipamerkan dan didemonstrasikan di reruai Flyability di Asia Pacific Maritime 2024 (Singapura, 13-14 Mac 2024 – reruai C-E42) dan SEA Japan 2024 (10-12 April 2024 – reruai 1A-12).
Ketahui lebih lanjut di sini.
Latar Belakang Flyability
Flyability ialah pengeluar dron Swiss yang mengutamakan satu matlamat: tiada lagi manusia melakukan tugas berbahaya. Dron Flyability dibina untuk beroperasi dalam kawasan tertutup, dalam ruang yang kompleks dan terkurung. Dron terkini Flyability, Elios 3, dilancarkan pada tahun 2023 dengan 2 muatan: muatan pengesanan radiasi dan muatan LiDAR ukur. Flyability beribu pejabat di Paudex, Switzerland berserta pejabat-pejabat di China, Singapura dan AS. Hubungi: media@flyability.com
Latar Belakang Cygnus Instruments
Cygnus ditubuhkan pada tahun 1983 dengan barisan produk asli untuk NDT badan kapal. Dengan ibu pejabat terletak di UK dan pejabat-pejabat di Singapura dan UAE, Cygnus mengkhusus untuk membuat peralatan ujian ultrasonik (UT) yang tangkas dan mudah digunakan untuk semua industri di serata dunia. Selain rangkaian penuh tolok ketebalan ultrasonik, Cygnus mengeluarkan pengesan kebocoran penutup hac ultrasonik dan sistem Pengesanan Anggota Banjir (FMD) ultrasonik – menyediakan ukuran ultrasonik yang andal di atas dan bawah air. Hubungi: sales@cygnus-instruments.com