omniture

InnoLight Technology Corporation Umumkan Pembiayaan Siri C bernilai USD $38 juta

InnoLight Technology Corporation
2014-09-29 10:00 98

SUZHOU, China dan SANTA CLARA, Calif., 29 September 2014 /PRNewswire/ -- InnoLight Technology Corporation, pemimpin penghantar-terima optik pengkomputeran awan generasi seterusnya, hari ini mengumumkan penutupan bagi pembiayaan Siri C bernilai $38 juta yang diterajui oleh Google Capital dan Lightspeed China Partners.

Gene Frantz, Rakan Kongsi Am Google Capital mengulas, "Teknologi InnoLight adalah unik yang sesuai untuk persekitaran pusat data generasi seterusnya, dan matlamatnya serta pelaksanaannya adalah amat cemerlang. Ketika Google Capital membuat pelaburan kedua di Asia dan pertama di China, InnoLight menggambarkan jenis syarikat dan pasukan pengurusan yang kami ingin bantu."

James Mi, Pengarah Urusan Lightspeed China Partners, mengulas, "InnoLight mempunyai teknologi-teknologi dan produk-produk terkemuka industri bagi memenuhi keperluan pusat data generasi seterusnya, dipacu oleh pertumbuhan pesat pengkomputeran awan. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan InnoLight yang berpengalaman."

"Kami amat gembira mempunyai pelabur bertaraf dunia seperti Google Capital dan juga Lightspeed China Partners untuk melabur dalam InnoLight. Kami teruja untuk bekerjasama dengan rapat bersama mereka bagi menjadikan InnoLight sebuah syarikat komponen optik bertaraf dunia," kata Dr. Hsing Kung, Pengerusi Lembaga InnoLight.

"InnoLight pernah mengalami pertumbuhan dramatik sejak tiga tahun lalu, hampir menggandakan perolehannya setiap tahun. Kini kami merupakan pemimpin penghantar-terima optik 40Gbps dan penggerak pertama bagi penyelesaian 100Gbps. Melalui pelaburan Siri C, kami akan terus mengukuhkan kepimpinan teknologi kami dan memperluas kapasiti yang produktif bagi menyokong pertumbuhan pesat industri pengkomputeran awan," kata Dr. Sheng Liu, Ketua Pegawai Eksekutif InnoLight.

Latar Belakang InnoLight

InnoLight Technology Corporation mereka bentuk, membina dan memasarkan penghantar-terima optik berkelajuan tinggi yang membolehkan peluasan jalur lebar yang pesat bagi syarikat-syarikat Web 2.0. Penyelesaiannya menawarkan prestasi teknikal unggul, cadangan nilai yang menarik, dan kelebihan masa untuk dipasarkan yang amat kritikal untuk pertumbuhan mampan bagi pusat-pusat data generasi seterusnya.

InnoLight telah ditubuhkan pada April 2008 dengan pembiayaan permulaan daripada China-Singapore Suzhou Industrial Park Ventures (kini dikenali sebagai Oriza Holdings) dan Acorn Campus. Dengan ibu pejabatnya di Suzhou, China, InnoLight mempunyai pejabat-pejabat jualan dan pusat-pusat R&D di tanah besar China, A.S. dan juga Taiwan. Para pelanggan terdiri daripada pengendali awan utama Web 2.0, peralatan OEM peringkat satu dan penyepadu sistem terkemuka di Amerika Utara, Eropah serta Asia.

www.innolight.com

Source: InnoLight Technology Corporation
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Financing agreements