SINGAPURA, 15 Mac 2024 /PRNewswire/ -- BuildTech Asia (BTA), platform yang utama untuk industri bangunan dan pembinaan Asia Pasifik, kembali untuk edisi ke-13nya mulai 19 – 21 Mac 2023 (Selasa hingga Khamis) di Dewan 2 Singapore EXPO. Dianjurkan oleh Constellar, edisi tahun ini memfokuskan untuk mengentalkan industri bangunan dan pembinaan rantau ini dengan mengatasi cabaran kemampanan dan mengoptimumkan produktiviti. BTA 2024 akan menyelami secara mendalam lima aspek penting – Penyelesaian Digital untuk Industri Binaan, Bahan & Kemasan Inovatif, Pengurusan Kemudahan Bersepadu, Bangunan & Pembinaan PINTAR serta Pembinaan Mampan. Negara-negara dan wilayah-wilayah yang mengambil bahagian termasuk Singapura, Austria, Kanada, China, Finland, Jerman, Hong Kong S.A.R, Itali, Malaysia, Norway dan Korea Selatan.
Memajukan impak serantau dengan China's Machinery & Electronics Show (CMESS) di Singapura 2024
Bagi mengupayakan akses serantau kepada seluruh rantaian nilai bangunan dan pembinaan daripada syarikat-syarikat Cina hingga Asia Tenggara, China's Machinery & Electronics Show in Singapore (CMESS) 2024 akan ditempatkan bersama BTA 2024. Dengan lebih 100 syarikat Cina yang mengambil bahagian, penempatan bersama ini membolehkan pewujudan platform strategik yang memaparkan inovasi, trend dan peluang terkini dalam sektor alam bina dan pembinaan rantau ini. Ini termasuk inovasi elektromekanikal hingga teknologi bangunan canggih, bahan dan penyelesaian kemasan. Secara kolektif, BTA 2024 dan CMESS 2024 akan menampilkan lebih 150 syarikat yang mengambil bahagian dan menjangka dapat menarik minat lebih 5,000 hadirin sepanjang tiga hari.
Tema persidangan utama @ BTA 2024: Teknologi Pintar, Keselamatan Tempat Kerja dan Amalan Lestari
Bekerjasama dengan Asia Pacific Assistive Robotics Association (APARA), The Chartered Institute of Building (CIOB), International Powered Access Federation (IPAF), Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS), Specialists Trade Alliance of Singapore (STAS), Singapore International Facility Management Association (SIFMA) dan Workplace Safety and Health Council (WSH Council), BTA 2024 membawakan lebih 40 sesi dalam enam persidangan bagi menyokong ahli profesional Binaan memajukan pembangunan profesional dan pengetahuan dalam penyepaduan AI & robotik, amalan dan peningkatan MEWP (platform kerja angkat mudah alih) selamat, aplikasi mampan untuk industri & Green Mark Certification. Para hadirin oleh menantikan sesi yang bernas dan memperoleh mata CPD (Continuing Professional Development) dan mata akreditasi profesional lain. Sesi-sesi ini termasuk:
• Hari 1: Built Environment Transformation Forum
• Hari 2, PAGI: AIBotics @ Built Environment
• Hari 2, PETANG: IPAF MEWP Safety Symposium
• Hari 3, PAGI: Riding the ESG Wave in the Built Industry
• Hari 3, PETANG: SIFMA Sustainability Boot Camp – Towards a Net Zero Nation
Singapore Chinese Chamber of Commerce & Industry (SCCCI) dan China Chamber of Commerce for Import and Export of Machinery and Electronic Products (CCCME) akan turut mewakili Persidangan mengenai 2024 Conference on International Industrial Cooperation (Singapore) bersama-sama CMESS. Tema perbincangan seminar termasuk tenaga hijau dan pendigitalisan, penyepaduan industri-pendidikan antarabangsa, tadbir urus korporat dan amalan pematuhan serta pelaburan dan kerjasama industri.
Zon pengalaman baharu bagi menonjolkan inovasi dalam keselamatan tempat kerja
Lantai pameran akan turut mempamerkan kolaborasi BTA dengan IPAF dan WSH Council berhubung inovasi dan teknologi untuk keselamatan tempat kerja. Di WSH Technology Experience Zone, hadirin boleh mengambil peranan penyelia keselamatan dan menguji keupayaan mereka mengenal pasti bahaya keselamatan yang biasa ditemui di tapak pembinaan. Ia boleh mengendalikan kamera mudah alih dan analitis video bagi mengesan bahaya keselamatan pada masa nyata, melakukan pemeriksaan pintar dengan 360 kamera untuk memudahkan pengesanan kemajuan projek dan mengenal pasti bahaya keselamatan yang tidak dikesan dalam tangkapan awal tapak kerja dan melengkapkan permohonan Permit-untuk-Bekerja elektronik yang memberi pandangan disatukan terhadap aktiviti kerja berisiko tinggi yang sedang dijalankan di tapak dan memudahkan pengenalpastian kerja-kerja yang bercanggah.
Di IPAF Safety Zone, hadirin boleh mengambil bahagian dalam demonstrasi mesin canggih oleh peneraju industri seperti Galmon Singapore, LGMG dan Modern Singapore untuk memperoleh pandangan secara langsung tentang fungsian termajunya, mengimbangi keselamatan dan kecekapan. Mereka juga boleh terlibat dalam permainan interaktif bagi memenangi hadiah menarik serta berhubung dan berinteraksi dengan pihak berkepentingan industri yang utama bagi meninjau peluang kolaborasi masa depan.
BTA 2024 menumpukan penyelesaian inovatif dan mampan bagi meningkatkan produktiviti
Pelancaran baharu untuk dilihat di BTA 2024 termasuk:
BTA 2024 akan turut membawakan Singapore Pavilion yang akan mempamerkan penyelesaian inovatif, peralatan terkini dan bahan lestari, mesra alam daripada lebih 20 syarikat Singapura. Dianjurkan secara bersama dengan STAS, syarikat-syarikat di Pavilion Singapura termasuk Antbuildz Pte Ltd, AMPD Energy Singapore Pte Ltd, Bimage Consulting Pte Ltd, ConcreteAI Pte Ltd, Lingjack Digital Pte Ltd, PCSS Consultancy Pte Ltd, PDS International Pte Ltd dan Planradar Singapore Pte Ltd.
BTA dan CMESS 2024 akan berada di Dewan 2 dan 3 Singapore EXPO mulai 19 hingga 21 Mac 2024.
Latar Belakang BuildTech Asia
BuildTech Asia ialah platform unggulan Asia Pasifik untuk sektor alam bina yang mempamerkan penyelesaian pintar terkini dan teknologi produktif dalam seluruh kitar hayat bangunan. Dengan jenama-jenama antarabangsa dan serantau mempamerkan profil pameran yang paling komprehensif seperti jentera & peralatan pembinaan di lapangan, bahan binaan & penyelesaian, kemasan seni bina & kualiti, teknologi produktif, pengurusan kemudahan dan penyelesaian infrastruktur untuk membantu mempercepatkan sektor alam bina membangun dengan lebih pantas dan lebih pintar. Acara tahunan ini menyediakan gerbang ke Asia untuk berinteraksi dengan rangkaian luas pengamal, pakar teknologi, penggiat industri, pemaju, ejen serta pengedar dalam industri bangunan dan pembinaan.
Latar Belakang Constellar
Constellar ialah rakan pilihan Asia yang menghimpunkan perniagaan, menyusun atur idea dan mencipta peluang untuk pertumbuhan perniagaan yang mampan dan impak global. Berpangkalan di Singapura dengan jejak serantau di China, India, Malaysia dan Indonesia, kami menyusun atur dan membangunkan acara perdagangan dan pengguna yang berpengaruh untuk industri-industri dan sektor-sektor utama, menghubungkan orang ramai, pasaran global dan rangkaian demi pertumbuhan mampan. Kami turut mengurus Singapore EXPO, tempat dibina khas yang terbesar di Singapura untuk Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Visi kami adalah untuk menjadi peneraju global dibuat di Asia, mengaktifkan rangkaian yang memberi impak bagi mengupayakan kolaborasi dan inovasi silang industri melalui portfolio harta intelek (IP) kami yang holistik dalam industri MICE. Kunjungi constellar.co untuk maklumat lanjut.